Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah

Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah merupakan Sekolah Menengah Agama Negeri (Maahad Kawalan) bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Pelajar lelaki sahaja.

Sesi persekolahan 7.30 pagi - 2.30 petang.

SIJIL RENDAH PERSILATAN | 26 APRIL 2026 | AHADSetinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua...
29/04/2026

SIJIL RENDAH PERSILATAN | 26 APRIL 2026 | AHAD

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua urusetia serta tester SRP Silat Cekak Ustaz Hanafi atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan ujian ini.

Alhamdulillah, seramai 21 orang pelajar Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah telah berjaya dan lulus Sijil Rendah Persilatan dengan jayanya. Kejayaan ini pastinya hasil usaha bersama semua pihak yang terlibat.

Semoga Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah (MTSNH) terus cemerlang dan melonjak lebih jauh ke hadapan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.

Sekian, terima kasih.

🌸 *Jom Infaq Penapis Air untuk Pelajar Tahfiz* 🌸  Rasulullah ﷺ bersabda:  "Sedekah yang paling utama adalah memberi air....
13/04/2026

🌸 *Jom Infaq Penapis Air untuk Pelajar Tahfiz* 🌸

Rasulullah ο·Ί bersabda:
"Sedekah yang paling utama adalah memberi air."
(HR Abu Daud & Ahmad)

Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah kini memerlukan RM8,000 bagi pemasangan mesin penapis air berskala besar (300 liter) demi menyediakan air minuman bersih untuk 180 orang pelajar.

πŸ’§ Setiap sumbangan anda adalah bekalan pahala berpanjangan.
πŸ’§ Bersama kita ringankan beban, segarkan perjuangan ilmu & al-Quran.

πŸ“Œ Salurkan infaq ke:
Bank Islam
03090010068867 (SUWA)

πŸ“² Hantar resit infaq ke:
Ustaz Faris (+6011-14372075)
Ref: Penapis Air

Kelas Pertama Peringkat Asas Silat Cekak Ustaz Hanafi Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah,KelantanHari     : IsninTarikh  ...
08/04/2026

Kelas Pertama Peringkat Asas Silat Cekak Ustaz Hanafi Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah,Kelantan

Hari : Isnin
Tarikh : 06/04/2026
Lokasi : MTSNH

Pelajar : 18 orang

Terima kasih diucapkan kepada En. Norhaiby Bin Mohd Shariff selaku SU LPT yang telah mewakili bagi pihak YM Guru Utama bagi Majlis Ijazah Asas.

Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih serta teruja apabila En. Norhaiby sudi membantu kelas pertama bagi peringkat asas. Semoga SCH MTSNH terus berkembang di masa hadapan. Sekian, terima kasih.

19/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SMU 2025.

Kejayaan peningkatan GPS daripada 1.45 pada tahun 2024 kepada 1.12 pada tahun 2025 merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan komitmen tinggi serta usaha berterusan daripada para guru dan pelajar.

Penghargaan khusus kepada para guru yang tidak pernah jemu mendidik dengan penuh dedikasi, serta kepada para pelajar yang berusaha gigih sehingga mencapai kejayaan membanggakan ini.

Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan.

ALHAMDULILLAH MTSNH BERADA DI KEDUDUKAN KE 2 BAGI PEPERIKSAAN SMU TAHUN 2025.
17/03/2026

ALHAMDULILLAH MTSNH BERADA DI KEDUDUKAN KE 2 BAGI PEPERIKSAAN SMU TAHUN 2025.

πŸ“’ SUMBANGAN KIPAS DINDING MUSOLLA & DEWAN SERBAGUNAAssalamualaikum wbt,Pihak Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah memohon s...
16/03/2026

πŸ“’ SUMBANGAN KIPAS DINDING MUSOLLA & DEWAN SERBAGUNA

Assalamualaikum wbt,

Pihak Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah memohon sumbangan ikhlas daripada semua bagi penyediaan 13 unit kipas dinding untuk kegunaan musolla dan dewan serbaguna pelajar.

πŸ’° Kos seunit (termasuk pemasangan): RM360
πŸ’° Jumlah keseluruhan: RM4,680

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
🏦 Bank Islam
πŸ“Œ 03090010068867 (SUWA)

Semoga setiap sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
πŸ“ž Ustaz Amal Mursalin (017-9422649)
πŸ“ž Ustaz Hafizi Sidek (011-10573656)
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.

IFTAR BERSAMA WALIDAINAlhamdulillah pihak sekolah telah mneganjurkan Program Iftar bersama walidain bg memberikan peluan...
04/03/2026

IFTAR BERSAMA WALIDAIN

Alhamdulillah pihak sekolah telah mneganjurkan Program Iftar bersama walidain bg memberikan peluang kepada para walidain dan pelajar2 merasai suasana iftar di MTSNH. Program ini telah dijalankan pada tahun2 yg lepas dan insyaAllah akan berterusan pada tahun2 yang akan datang.

Semoga Allah memberikan pahala dan ganjaran yang terbaik buat semua warga MTSNH di bulan Ramadhan tahun ini.

USRAH GURU KALI 1 TAHUN 2026
04/03/2026

USRAH GURU KALI 1 TAHUN 2026

INFAK IHYΔ€' RAMADAN 1447H/2026MJom bersama merebut peluang untuk menyemarakkan Ramadan dengan berinfaq!Sumbangan ibu bap...
23/02/2026

INFAK IHYΔ€' RAMADAN 1447H/2026M

Jom bersama merebut peluang untuk menyemarakkan Ramadan dengan berinfaq!

Sumbangan ibu bapa akan digunakan bagi menyediakan juadah sahur, berbuka puasa, moreh, dan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Sebagaimana firman Allah:
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 261)

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Bank Islam: 03090010068867 (SUWA)

Resit boleh dihantar kepada guru kelas masing-masing, sila masukkan REF semasa menginfaq :

Ref1 : Nama Pelajar
Ref2 : Infaq Ihya Ramadan 2026

Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah Tualang Tinggi
☎️ +609-7832343
πŸ“§ [email protected]
πŸ“Œ Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah (Facebook)

Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi bekalan pahala berpanjangan.

LENSA PESKO MTSNH 2026
16/02/2026

LENSA PESKO MTSNH 2026

08 FEBRUARI 2026MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA & GURUBegitulah adat kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari i...
09/02/2026

08 FEBRUARI 2026
MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA & GURU

Begitulah adat kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini warga mtsnh meraikan Mantan Pengetua dan guru yang berpindah ke sekolah lain.

Tn. Hj. Pahruddin Karimi Che Muhammad dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengarah Pusat Bahasa Arab YIK. Mantan mudir merupakan mudir pertama Mtsnh yg telah banyak membangunkan serta menaikkan nama sekolah.

Cg. Marini binti Ibrahim berpindah ke Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas. Cg. marini telah berkhidmat di Mtsnh juga pada tahun pertama mtsnh bermula.

Ust. Ahmad Aimran bin Zainal Abidin berpindah ke Maahad Tahfiz al-Quran, Pulai Chondong. ust aimran berkhidmat selama 2 tahun di mtsnh.

Jutaan terima kasih kpd mantan mudir dan guru2 yang telah menjadi lilin dgn membakar diri demi kejayaan pelajar2 mtsnh.

JASA DIHARGAI, LANGKAH DIBERKATI, DOA MENGIRINGI

Address

Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah
Selising
16810

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:30
Tuesday 08:00 - 15:30
Wednesday 08:00 - 15:30
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 15:30

Telephone

+6097832343

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah:

Shortcuts

Share

Category