21/05/2026
Forum "Respect VS Fear: Shaping Positive Traditions in SBPs without crossing into Bullying"
Tarikh : 17/5/2026
Tempat : Pustaka Raja Tun Uda, Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Anjuran : Persatuan Gabungan Alumni Sekolah Berasrama Penuh.
Pada tarikh yang berkenaan, Exsel telah dijemput untuk menghadiri Forum di atas bagi memahami dan membincangkan isu buli secara berfokus di Sekolah Berasrama Penuh. Forum ini telah dihadiri oleh salah seorang AJK Exsel, Mahmud Azhari. Antara panel jemputan ialah
- Tuan Naharudeen bin Othman, Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia
- Prof Madya Dr Hasnah binti Toran, Pengerusi Pusat Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan (UKM)
- Mr M K Thas, Advocate and Solicitor, Managing Partner of Messrs, Azlan M K Thas & Co
- Dr Zasmani binti Shafiee, Child and Adolescent Psychiatrist, Avisena Women's & Children's Hospital Shah Alam.
Dapatan dari forum adalah untuk semua pihak berlaku jelas tentang definisi dan jawapan kepada soalan-soalan berikut,
a. bilakah berlakunya buli menurut aspek undang-undang
b. Apakah kesan terhadap pelajar dari aspek pakar psikiatri dan akademik
c. Analisa dan tindakan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Secara umum, forum mencapai satu pendapat bahawa, budaya asrama yang positif akan membentuk dan membina jati serta keyakinan diri, Ibu Bapa seharusnya mempercayai segala pengurusan dan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menurut panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Peranan Guru ; "teacher is facilitating" semasa pelajar berada di asrama.
Melalui program ini, Exsel akan terus komited untuk membantu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar dan berganding bahu dengan Pertubuhan Alumni SBP yang lain melalui Gabungan Persatuan Alumni SBP.