SMK KUBU GAJAH

Directions Website

SMK KUBU GAJAH Facebook Rasmi SMK Kubu Gajah, Selama, Perak Sekolah ini ditubuhkan pada tanggal 6 Jun 2002 di atas tanah seluas 10 ekar dipuncak Bukit Rhona. Kubu Gajah.

Pelajar perintis berjumlah 100 orang pada tahun dibuka.

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 🇱🇷🇲🇾🇱🇷🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾. #11092026
21/09/2026

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 🇱🇷🇲🇾🇱🇷🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾.
#11092026

LAMBAIAN KASIH, IRINGAN DOA🌹Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Berat hati warga sekolah untuk melepaskan pemergian T...
18/09/2026

LAMBAIAN KASIH, IRINGAN DOA🌹

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Berat hati warga sekolah untuk melepaskan pemergian Tuan Pengetua, Tuan Haji Mazli Abd Mutalib yang kini meneruskan khidmat bakti di SMK Kampong Perak (SEMARAK).

Terima kasih tuan atas segala jasa, bimbingan dan kepimpinan sepanjang bersama kami. Kebaikan dan keprihatinan tuan terhadap guru-guru, terutamanya dalam memudahkan urusan cuti dan pelbagai urusan lain, amat kami hargai. Sikap tuan yang sentiasa memahami dan bertimbang rasa pastinya akan sentiasa dikenang.

Bukan sahaja dalam kalangan guru, malah murid-murid juga turut menghargai segala jasa, perhatian dan bimbingan yang telah dicurahkan oleh tuan sepanjang menerajui sekolah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada YDP, NYDP, Pengurus Ladang dan PPS SEKUGA atas kesudian hadir bersama-sama memeriahkan dan meraikan majlis perpisahan ini.

Selamat maju jaya, Tuan Haji. Semoga terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam meneruskan amanah di tempat baharu. Terima kasih untuk segalanya. Jasa dan budi tuan akan sentiasa dikenang🤍

29 Oktober 2023 - 18 September 2026

20/05/2026

🎉 Aktiviti Hari Guru & Jamuan Hari Raya 🌙✨

Pada 13 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsungnya sambutan Hari Guru serta Jamuan Hari Raya dalam suasana yang meriah dan penuh kemesraan. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan kenangan indah ini sentiasa terpahat di hati. 💐🥰

18/05/2026

Majlis Perpisahan untuk Ustazah Mariatulkibtiah binti Ibrahim.

Walaupun hanya 1 tahun 2 bulan berkhidmat di sini, kehadiran ustazah tetap meninggalkan kenangan dan jasa yang amat bermakna buat seluruh warga sekolah.

Tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat sebagai GK Kemanusiaan di SMK Sungai Bayor. Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat baharu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sekolah SMK Kubu Gajah sedang berusaha mengumpul dana bagi melaksanakan beberapa pro...
11/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekolah SMK Kubu Gajah sedang berusaha mengumpul dana bagi melaksanakan beberapa program sekolah untuk tahun 2026 ini.
Antara program yang akan berlangsung dlm tempoh terdekat ini ialah majlis apresiasi murid, mesyuarat agung PIBG dan Sambutan Hari Guru.

Dengan ini pihak sekolah dengan rendah hatinya memohon sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan lagi program yg telah dirancang.

Ini bukan sumbangan wajib, tiada paksaan dan mengikut keikhlasan tuan/puan. Sebarang pertanyaan tentang perkara ini tuan puan blh hubungi no berikut 0195556973 (Tuan Haji Mazli)/ 0194144347 (Pn Noor Hafisah) / 0135917304( En. Zarul Azmi).

Sumbangan dr pihak tuan/puan amat kami hargai dan juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga SMK Kubu Gajah.

Terima kasih

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2025✨Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas pencapaian keputusan SPM 2025 yang memba...
02/04/2026

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2025✨

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas pencapaian keputusan SPM 2025 yang membanggakan 🌟

Tahniah diucapkan kepada semua calon, khususnya pelajar yang mencapai keputusan cemerlang:
1. Muhammad Adam Iqball bin Abu Hassan (8A)
2. Muhammad Salihin bin Mohd Hanafiah (7A)
3. Shah Edrie Putra bin Norizulhazri (6A)
4. Adib Zafran bin Zainuddin (5A)
5. Muhammad Fawwaz Haziq bin Mohd Fuaad (5A)
6. Muhammad Shah Zirul Nawfal bin Mohd Shaharudin (5A)
7. Nur Umaira Saffiya binti Mohamad Safwan (5A)
8. Muhammad Zafrul Najmi bin Hasrolmizan (4A)
9. Nur Eizzatty Husna binti Osman (3A)

Lebih membanggakan, GPS sekolah telah meningkat daripada 6.02 kepada 5.20, sekali gus melayakkan SMK Kubu Gajah menerima Lonjakan Saujana.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar lain atas usaha dan pencapaian masing-masing. Teruskan berusaha dan jadikan keputusan ini sebagai langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan 💪✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang tidak pernah penat lelah mencurahkan ilmu dan membimbing anak-anak pelajar. Tidak dilupakan juga kepada pihak PIBG, ibu bapa, AKP serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam memastikan kejayaan ini tercapai.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan 🌟

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan dan jasa tetap terpahat dalam ingatan.Tahniah buat Ustazah Najmiah...
16/02/2026

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan dan jasa tetap terpahat dalam ingatan.

Tahniah buat Ustazah Najmiah atas kenaikan pangkat sebagai PK Kokurikulum dan perpindahan ke SMK Redang Panjang.

Semoga langkah di tempat baharu sentiasa diberkati dan terus melakar kejayaan demi kejayaan. Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan sepanjang bersama kami 🌷

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Pegawai Perhub...
13/02/2026

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Zairil Hazly bin Zulkifli.

Tahniah kepada semua pemimpin muda yang dilantik. Semoga terus cemerlang memimpin! 💫

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 2026.Alhamdulillah tahun ini, daripada 7 murid PVMA, 5 daripadanya telah...
13/02/2026

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 2026.
Alhamdulillah tahun ini, daripada 7 murid PVMA, 5 daripadanya telah terpilih sebagai Pemimpin Muda. Tahniah!!

Taklimat Penilaian COPTPA peringkat sekolah. Persediaan bagi menghadapi verifikasi pentauliahan sekolah PVMA. Perkongsia...
11/02/2026

Taklimat Penilaian COPTPA peringkat sekolah. Persediaan bagi menghadapi verifikasi pentauliahan sekolah PVMA. Perkongsian bahan instrumen penilaian adalah melalui pendekatan secara media sosial dan media digital.

Address

SMK Kubu Gajah
Selama
34130

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK KUBU GAJAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category