Sains Sukan SMK Dato' Mustaffa

03/09/2020

Assalamualaikum

Calon sains sukan SPM di Selangor yang berhajat untuk ke STPM dan ade peluang untuk sambung sains sukan di peringkat STPM di sekitar Selangor.

*Sekolah/Kolej yg menawarkan sains sukan peringkat STPM*

*Petaling Perdana*
1. Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (KTESA)
2. Kolej Tingkatan Enam Puchong (KTEP)

*Sabak Bernam*
3. Kolej Tingkatan Enam Abdul Rahman Putra (KiSTARP) *ada asrama*

*Petaling Utama*
4. Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya (KTEPJ)

*Klang*
5. SMK Sg. Kapar Indah

*Hulu Langat*
6. SMK Tinggi Kajang

13/07/2019
05/11/2018

Don't try to be perfect, just be you.

Boleh cuba..mungkin rezeki ramadhan tahun ini.selamat berpuasa dan jangan nakal2.admin ingat macam nak buat bubur lambuk...
06/06/2016

Boleh cuba..mungkin rezeki ramadhan tahun ini.selamat berpuasa dan jangan nakal2.admin ingat macam nak buat bubur lambuk la..lama dah tak buat

Pembantu Perawat Kesihatan Gred U11 420 Kekosongan | Berita gembira untuk seluruh warga malaysia yang berminat untuk menyertai keluarga besar

31/03/2016

URAT SAYA LARI, DOKTOR! (Bahagian 1)

DOKTOR: Masalah apa hari ni encik?
PESAKIT: (menunjukkan kakinya yang bengkak) Saya accident 2 hari lepas. Jatuh motor. Semalam pergi berurut. Tukang urut kata patah tulang keting (tulang betis). Dia dah masukkan balik. Jadi ni nak X-ray tengok masuk ke tak.
DOKTOR: Errr....oookaayyy.....

Setelah X-ray. Ternyata, tak ada yang patah pun.

PESAKIT: Wah, hebat tok bomoh tu. Pandai dia masukkan tulang! Sembuh dah!
DOKTOR: Errr.... oookaayyy.....

Catatan:
1) Tulangnya tak pernah patah pun.
2) Kalau betul patah tulang keting (tibia), pesakit tak akan dapat berjalan kerana ia tulang menyangga berat badan. Kalau tanpa pembedahan, sekurang-kurangnya ia perlu dibebat (dengan simen dan sebagainya). Dan perbuatan mengurut untuk memasukkannya SANGAT BAHAYA! Ia boleh mengoyakkan salur darah dan saraf.
3) Terdapat beberapa bahagian badan yang tidak boleh sewenang-wenangnya ''diurut" terutama kalau ada kepatahan. Tulang keting. Tulang peha. Tulang punggung. Tulang belakang. Ia memerlukan pengawasan, kerana sebarang 'manip**asi' pada bahagian ini boleh mengoyakkan salur darah dan saraf. Ia boleh menyebabkan KEMATIAN! Juga ia tulang yang menampung berat badan, jadi, tak sewenang-wenangnya urut hari ni masukkan. Malam dah boleh jalan macam biasa (unless, memang tak ada patah pun.)

URAT SAYA LARI, DOKTOR! (Bahagian 2)

DOKTOR: Assalamualaikum. Masalah apa hari ini?
PESAKIT: Saya accident tiga hari lepas.
DOKTOR: Ada cedera?
PESAKIT: Pergelangan kaki bengkak. Saya pergi berurut. Tok bomoh kata urat saya lari. Tapi dia dah betulkan dah. Tapi makin bengkak hari ni doktor. Saya nak minta MC saja ni.
DOKTOR: Mana boleh macam tu. Kena cek dulu. Kita buat x-ray dulu.

Setelah X-ray, ternyata ada keretakan pada buku lali kanan (distal end-fibula). Sendinya rosak teruk.

DOKTOR: Mana ada urat lari. Urat bukannya boleh lari-lari encik. Ni patah ni. Bila pergi urut, memang makin teruk lah.
PESAKIT: Errr....oookaayyy...

Catatan:
1) Entah kenapa, amalan 'orang kita' kalau accident (jalan raya atau bersukan) dan cedera, malamnya terus jumpa tukang urut. Keluarlah pelbagai diagnosis yang susah nak dijelaskan seperti 'urat lari', 'masuk angin' dan sebagainya.
2) Ini TIPS. Hebah-hebahkan kepada keluarga dan rakan anda.

-- Berlaku kemalangan, kaki anda bengkak. Tangan anda bengkak. JANGAN terus jumpa tukang urut. Pergi ke hospital / klinik untuk dapatkan pemeriksaan doktor. Sesetengahnya perlukan x-ray (TAK SEMUA perlu x-ray tau, bergantung kepada keadaan klinikal) untuk pastikan tiada kepatahan atau kecederaan lain.
-- Jika patah, berjumpa tukang urat akan menambah kecederaan pada tulang yang patah dan tisu-tisu sekeliling. Bengkak makin teruk. Patah akan makin lari.
-- Jika tiada patah, kemungkinan ia 'soft tissue injury' iaitu cedera otot, sendi, ligamen, dan sebagainya. SEKALI LAGI, JANGAN TERUS JUMPA TUKANG URUT.

Peringkat awal kecederaan, demah dengan ais atau sesuatu yang sejuk. Ini untuk mengecutkan salur darah dan mengurangkan radang daripada terus "membengkak''. Ia boleh dilakukan sebaik saja kemalangan (sebelum jumpa doktor lagi).

Selepas 2-3 hari (biasanya tiga hari ke atas), boleh mula demah dengan sesuatu yang suam p**a. Ini untuk membuka semula salur darah bagi membolehkan 'keradangan' atau bengkak surut semula.

Elakkan pergerakan yang banyak pada bahagian cedera untuk mengelakkan cedera tambah teruk dan percepatkan penyembuhan.

Balutan boleh digunakan untuk mengelakkan bengkak makin membesar.

Tinggikan bahagian yang cedera untuk membolehkan bengkak surut (graviti) lebih cepat.

Bila nak jumpa tukang urut? Selepas bengkak surut! Sakit minimum. Dari kajian (ya, memang ada kajian pasal urut-mengurut!) urutan bantu melancarkan pengaliran darah dan fungsi sendi bagi mempercepatkan surut radang dan bengkak. Tapi ia hanya dilakukan pada fasa yang betul, iaitu ketika proses penyembuhan (untuk mudahnya, ketika bengkak dan sakit sudah semakin kurang).

Pendekatan yang sama digunakan dalam kecederaan sukan. YA! Manchester United bayar doktornya gaji ribu-ribu untuk buat benda ni apabila Wayne Rooney cedera. Dan kita boleh buat dengan percuma!

Sudah sampai masanya kita ubah sikit demi sikit amalan / budaya masyarakat kita kepada approach yang lebih baik dan terbukti melalui kajian. Kan? Bukan menidakkan tukang urut. Ya, mereka sangat membantu, dan di hospital pun ada disediakan khidmat tukang urut. Begitu juga 'bomoh patah', sesetengah kepatahan sesuai dirawat oleh mereka (misalnya kepatahan lengan yang straightforward).

Setiap orang, setiap kaedah, ada tempatnya. Guna lah kaedah yang betul pada tempat yang betul.

Titik.


Generasi tshirt untuk sains sukan..bekas2 pelajar yg mengambil sains sukan pasti akan terkenang sejarah bersama..mana2 B...
31/03/2016

Generasi tshirt untuk sains sukan..bekas2 pelajar yg mengambil sains sukan pasti akan terkenang sejarah bersama..mana2 BATCH SAINS SUKAN yg ada koleksi gambar boleh share disini.m

Coretan hari kedua : Sesi pagiAktiviti jungle tracking
30/03/2016

Coretan hari kedua :

Sesi pagi
Aktiviti jungle tracking

Coretan aktiviti pendidikan luar sains sukan1st day: water confident dan snorkeling
29/03/2016

Coretan aktiviti pendidikan luar sains sukan

1st day: water confident dan snorkeling

Program pendidikan luar sains sukan akan berangkat ke p**au pangkor untuk menjalani amali..doakan program ini selamat pe...
28/03/2016

Program pendidikan luar sains sukan akan berangkat ke p**au pangkor untuk menjalani amali..doakan program ini selamat pergi dan balik serta melakukan aktiviti..amin

Peluang kerjaya
23/03/2016

Peluang kerjaya

11/11/2015

Address

Sekincan
45400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sains Sukan SMK Dato' Mustaffa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category