Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat

Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat Membangunkan kepimpinan profesional dalam Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) bagi mentadbir urus institusi TVET.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sanak sekalian..... lembu 🐮 dipegang pada talinya, manusia dipegang...
13/08/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sanak sekalian..... lembu 🐮 dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.... pepatah-petitih leluhur bukan saja-saja ..... ianya sarat dengan maksud.....menzahirkan janji yang dilaksanakan dengan tanggungjawab berpaksikan amanah yang digalas.

Tanggungjawab...... sebagai personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), kita semua wajib menanggung tugas dan perlu mampu menjawab akan keputusan serta tunjuk-ajar kepada anak didik kita......TANGGUNG amanah di dunia kerana ianya akan perlu di JAWAB kelak di sana.

AMANAH adalah intipati kepada tanggung dan jawab.....kerana sesungguhnya amanah yang luhur terkait kembali dengan tanggungjawab.....

Amanah:

Amanah ilmu dan kemahiran - menyampaikan dengan tepat tanpa menyembunyikan. Inilah elemen Skills & Knowledge yang terpahat didalam NOSS.

Amanah pembentukan akhlak - menerapkan integriti dalam pekerjaan, kejujuran dalam kehidupan dan akhirnya menjadi suri tauladan pada anak didik pewaris watan ini. Elemen ini terpahat jelas didalam NOSS sebagai Atritude, Safety & Environment.....inilah yang dikenali sebagai A.S.K

Amanah kepada masyarakat & negara - latihan inklusif menyediakan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti.

AMANAH dan TANGGUNGJAWAB......amanah adalah salah satu sifat Nabi. S.A.W...bagi yang beragama Islam, pengajar dan bakal pengajar......melaksanakan tanggungjawab dengan amanah secara tidak langsung meletakkan kita dalam jalan sunnah. Sahabat dan sanak pengajar yang bukan Islam juga berkongsi faham yang sama, tiada manusia yang waras akan menidakkan nilai amanah.

Para pelajar TVET-I Batch 1/2026, tanggal 14 Ogos 2026 kalian bakal melangkah keluar untuk meneruskan perjuangan untuk menjadi Pengajar TVET Negara, melangkahlah dengan niat yang betul, perkemaskan diri.....sesungguhnya proses pendidikan tidak pernah selesai, setiap langkah ada sahaja perkara baharu yang boleh dipelajari..... ingat V.A.K........bukan semata theori pembelajaran dalam kelas......terapkan dalam kehidupan, (V) perhatikan dunia dan manusia, (A) mendengar dan terus mendengar...... melihatlah dengan kedua belah mata, mendengarlah dengan kedua belah telinga....... mata dan telinga adalah pancaindera yang ada di kepala..... di antara kedua-dua pancaindera ini didatangkan akal di tengah² , maka berfikir dan bertimbang-taralah dengan bijak dan adil.....jangan lihat dan dengar hanya sebelah pihak(sumber maklumat).

(K) bertindak dan berkelaku hanya setelah akal waras telah menimbang apa yang dilihat dan apa yang didengar..... moga² perlakuan pengajar menjadi tauladan anak didik kalian kelak.

Selamat maju jaya Pengajar TVET Negara - Batch 1/2026 TVET-I.

🧭 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗣 | 𝟭𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔

“𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺. 𝗜𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵.”

Sistem yang baik menyediakan kerangka. Standard yang jelas menetapkan aras. Prosedur yang tersusun memastikan pelaksanaan bergerak pada landasan yang betul.

Namun akhirnya, 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.

Dalam ekosistem Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), setiap personel yang dilantik membawa tanggungjawab yang besar. Daripada pengurusan pusat dan pelaksanaan latihan, kepada penilaian kompetensi, pengesahan serta jaminan kualiti — setiap fungsi mempunyai peranan dalam memastikan standard kemahiran diterjemahkan dengan telus, konsisten dan berintegriti.

Dalam tempoh 100 hari pertama kepimpinan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), usaha memperkasa 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟵𝟲,𝟬𝟬𝟬 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗻𝗲𝗹 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳 terus diberi perhatian, merangkumi personel di pusat, penilai dan tenaga pengajar.

Angka ini bukan sekadar statistik.

𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟵𝟲,𝟬𝟬𝟬 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗻𝗲𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟵𝟲,𝟬𝟬𝟬 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻.

Kerana sijil boleh dikeluarkan oleh sebuah sistem, tetapi keyakinan terhadap sijil itu dibina melalui integriti manusia yang melaksanakan sistem tersebut.

Justeru, pemerkasaan personel bukan hanya soal meningkatkan keupayaan melaksanakan tugas. Ia adalah tentang membina kompetensi, profesionalisme, akauntabiliti dan budaya kualiti pada setiap lapisan ekosistem TVET.

𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗲𝗸𝗼𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺. 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶.

𝗜𝗿. 𝗧𝘀. 𝗗𝗿. 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗿𝘂𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗱. 𝗔𝗹𝗶
𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

(𝗥)𝗘𝗩𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗧𝗩𝗘𝗧: 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶, 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗺𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sanak sekalian......hidup adalah perjuangan....... perjuangan menag...
06/08/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sanak sekalian......hidup adalah perjuangan....... perjuangan menagih pengorbanan......mengorbankan atau dikorbankan.

Korbankanlah masa, tenaga, harta.....demi memperlengkapkan diri menjadi khalifah yang memakmurkan diri dan negara serta umat manusia.

Jangan terkorban dengan maklumat yang salah, jangan terkorban kata² memukau tetapi penuh ranjau.

Sanak..... maklumat benar pasti bermanfaat.....maklumat palsu membawa lesu.

CIAST Segamat selaku institut dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran sentiasa bersedia untuk membantu 😁👌 jangan segan, jangan silu....kami ada untuk membantu 😁

RUJUK MAKLUMAT TVET MELALUI SALURAN RASMI SAHAJA

Pastikan maklumat berkaitan TVET yang anda terima adalah sahih, tepat dan terkini.

Dapatkan maklumat rasmi melalui:

✅ Portal Rasmi JPK
Maklumat berkaitan SPKM, NOSS, Pusat Bertauliah serta perkhidmatan dan hebahan rasmi JPK.

✅ Portal TVET MADANI
Carian kursus, permohonan UP_TVET serta maklumat dan hebahan TVET terkini.

Rujukan melalui saluran rasmi membantu:

🔹 Mengelakkan kekeliruan maklumat
🔹 Memastikan ketepatan dan kesahihan
🔹 Melindungi orang awam daripada maklumat tidak rasmi
🔹 Memastikan urusan permohonan dan semakan dibuat dengan betul

⚠️ Elakkan bergantung kepada portal, laman web, aplikasi atau platform pihak ketiga yang bukan saluran rasmi bagi mengelakkan maklumat tidak lengkap, salah tafsir, pautan tidak sah atau urusan bayaran yang meragukan.

🌐 Portal Rasmi JPK: www.dsd.gov.my
🌐 Portal TVET MADANI: www.tvet.gov.my

🛡️ Semak dahulu. Rujuk saluran rasmi. Elakkan kekeliruan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sanak sekalian.....bermusim lalu masyarakat sering melihat aliran k...
01/08/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sanak sekalian.....bermusim lalu masyarakat sering melihat aliran kemahiran sebagai pilihan kedua dan ianya hanya untuk pelajar tercicir.

Namun, masa berjalan musim berubah....latihan kemahiran yang sering di sebut sebagai TVET dewasa ini telah diperakui oleh masyarakat sebagai laluan yang ampuh bagi membekalkan tenaga kerja mahir negara.

TVET bukan sekadar penjenamaan semula latihan kemahiran, malah ianya satu model latihan berstruktur yang digubah bukan hanya untuk melatih kemahiran dan memberi ilmu, lebih dari itu TVET adalah wadah pembentukan saksiah diri bersulam sikap dan cara fikir yang sihat. Bermaksud, TVET bukan hanya berkisar kemahiran kerja, ianya adalah kematangan ilmu, kemahiran kerja dan SIKAP yang sesuai dengan kerja yang dilaksanakan.

Meneruskan usaha Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam sektor ekonomi, TVET ternyata satu model pembelajaran yang menyeluruh, hadir jasad beserta ruh....memberi makna kepada khalifah memakmurkan bumi إن شاء الله

Selamat berhujung minggu sanak sekalian.

Signing off from Batu Anam 😁

SESI PENILAIAN SIMULASI MENGAJAR AMALI PELATIH PENGAJAR TVET-i SESI 1/202631 Julai 2026 (Khamis), Segamat - Sesi penilai...
31/07/2026

SESI PENILAIAN SIMULASI MENGAJAR AMALI PELATIH PENGAJAR TVET-i SESI 1/2026

31 Julai 2026 (Khamis), Segamat - Sesi penilaian tersebut telah berjaya dilaksanakan pada 29 dan 30 Julai 2026 dengan melibatkan seramai 49 orang pelatih pengajar TVET-i. Pelaksanaan penilaian ini bertujuan untuk menilai keupayaan pelatih dalam merancang, melaksanakan serta mengendalikan sesi pengajaran amali berdasarkan pendekatan pedagogi TVET yang berkesan dan sistematik.

Penilaian ini melibatkan seramai 15 orang panel penilai yang terdiri daripada tenaga pengajar CIAST Segamat yang berpengalaman. Melalui pelaksanaan penilaian ini, pelatih pengajar TVET-i diberi peluang untuk memperkukuh kompetensi pengajaran, mengaplikasikan kaedah penyampaian yang bersesuaian serta meningkatkan tahap profesionalisme sebagai pengajar TVET yang berkemahiran tinggi. Diharapkan para pelatih terus memperkasa potensi diri dalam melahirkan generasi tenaga pengajar berkemahiran selaras dengan keperluan industri dan aspirasi TVET negara.





LAWATAN DARI SEKOLAH MENENGAH SAINS SEGAMAT31 Julai 2026 (Jumaat), Segamat - Satu sesi ramah mesra antara wakil CIAST Se...
31/07/2026

LAWATAN DARI SEKOLAH MENENGAH SAINS SEGAMAT

31 Julai 2026 (Jumaat), Segamat - Satu sesi ramah mesra antara wakil CIAST Segamat, Ts. Mohd Rizal Bin Ahmad@Manap dan Ts. Salwani Binti Daud, bersama Pengetua Sekolah Menengah Sains Segamat, Tuan Haji Sahnizam Bin Miswan, serta Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Azizan Bin Hasbollah. Pertemuan ini menjadi platform untuk kedua-dua pihak saling mengenali dengan lebih dekat melalui perkongsian mengenai fungsi teras, peranan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh institusi masing-masing dalam memperkasakan agenda pendidikan dan pembangunan modal insan.

Sesi yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keterbukaan ini turut membuka ruang kepada pertukaran idea dan pandangan berkaitan pembangunan pelajar secara holistik, khususnya dalam memperkukuh sinergi antara institusi pendidikan akademik dan latihan kemahiran TVET. Diharapkan jalinan hubungan yang terjalin ini akan menjadi asas kepada kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada pembangunan pelajar serta melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri serta aspirasi negara.





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ CIAST Segamat serta seluruh warganya mengucapkan terima kasih teram...
30/07/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

CIAST Segamat serta seluruh warganya mengucapkan terima kasih teramat sangat di atas kehadiran Ketua Profession dan atas perkongsian aspirasi PLV dalam menongkah cabaran penyampaian TVET ke segenap warga Malaysia.

Aqad PLV untuk terus berjuang demi nusa dan bangsa.

29/07/2026

Sesi Penilaian Simulasi Mengajar Teori TVET-i Sesi 1/2026 telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Julai 2026 sebagai platform untuk menilai kompetensi pelajar berasaskan penguasaan 4 Step Pattern, iaitu Persediaan, Penyampaian, Penggunaan dan Pengesahan. Penguasaan konsep 4 Step Lattern ini adalah memastikan agar proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara tersusun, berpusatkan pelajar serta mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan sesi ini bukan sahaja menguji kebolehan pelajar mengaplikasikan pengetahuan pedagogi dan kemahiran komunikasi, malah membentuk keyakinan, profesionalisme serta kompetensi sebagai bakal tenaga pengajar TVET yang berkualiti. Diharapkan pengalaman melalui penilaian simulasi ini dapat memperkukuh kesediaan pelajar untuk melaksanakan pengajaran yang efektif serta menyokong aspirasi melahirkan tenaga pengajar TVET yang kompeten, inovatif dan berdaya saing.



-i

🎓 *PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2026 (LEPASAN SKM/DKM/DLKM )* 🎓📍 CIAST Segamat masih membuka peluang kepa...
28/07/2026

🎓 *PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2026 (LEPASAN SKM/DKM/DLKM )* 🎓

📍 CIAST Segamat masih membuka peluang kepada calon berumur 20 - 35 tahun yang berminat dan mempunyai kecenderungan yang tinggi menjadi pengajar TVET melalui program Pengajaran TVET (TVET-i).

🗓️Tarikh akhir pendaftaran 9 Ogos 2026

✨Ayuh sertai TVET-i selama 9 bulan
📘3 bulan teori
👩‍🏫6 bulan internship

🎁 *Insentif menarik menanti anda seperti berikut*
📌 *Yuran Percuma*
📌 *Elaun Sara Diri*
📌⁠ *Kemudahan Asrama sepanjang pengajian teori*
📌 *Makan PERCUMA*

🎯 Syarat Kemasukan Ringkas:
✔Lulus SPM/SVM (lulus BM & Sejarah)

✨ Kenapa pilih CIAST Segamat?
✅ Latihan pengajaran TVET-i yang diiktiraf
✅ Tenaga pengajar berpengalaman
✅ Kemudahan pengajaran yang baharu dan berteknologi
✅ Asrama dan kemudahan belajar yang selesa

🚀🚀🚀🚀🚀🚀 🚀🚀
*REBUT PELUANG INI DAN BINA KERJAYA SEBAGAI PENGAJAR TVET MASA DEPAN*

📌 Lokasi:
CIAST Segamat, Jalan MP4, Taman Molek Perdana, Batu Anam, 85000 Segamat, Johor

📲 Maklumat lanjut, sila hubungi:-
Puan Sharizan Kamari
Unit Hal Ehwal & Latihan Pelajar melalui whatsapp

https://wa.me/+60162225692

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
MOHON SEKARANG - TEMPAT ADALAH TERHAD!!!



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sanak sekalian, tanggal 22 & 23hb Julai 2026 telah berlangsung sesi...
23/07/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sanak sekalian, tanggal 22 & 23hb Julai 2026 telah berlangsung sesi temuduga pelajar TVET-I bagi kemasukan September 2026 di CIAST Segamat..... ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ sesi berjalan lancar dan ramai calon yang berbakat telah menghadirkan diri. Semoga negara kita akan sentiasa melahirkan tenaga kerja mahir dengan adana para pengajar kemahiran yang kompetan إن شاء الله

Daun sireh pucuknya muda
Buat di tuam pusatnya bayi
Berbekal ilmu sarat di dada
Melangkah tawadhuk resminya padi.

Address

CIAST Segamat, Jalan MP4, Taman Molek Perdana, Batu Anam
Segamat
85100

Telephone

+6079681000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan - CIAST Segamat:

Shortcuts

Share

Category