Taska Tunas Insan Firdaus - TASTI

Call Directions Contact the school

Taska Tunas Insan Firdaus - TASTI Menggunakan kaedah penghayatan asmaul husna dalam aktiviti harian kanak kanak

17/09/2026

assalamualaikum aktiviti kanak-kanak pada hari ini Khamis 17/9/2026

tajuk : jom jadi detektif air

1. Kanak-kanak dapat menggunakan deria penglihatan untuk mengenal pasti dan mencari objek di dalam air.
2. Kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan semasa menggunakan penyedut untuk mengutip objek.
3. Kanak-kanak dapat mengawal pergerakan tangan dan jari dengan lebih baik.
4. Kanak-kanak dapat cuba menyelesaikan tugasan dengan memilih cara yang sesuai untuk mengalihkan objek.
5. Kanak-kanak dapat meningkatkan kesabaran, fokus dan keyakinan diri semasa menjalankan aktiviti.

17/09/2026

Aktiviti pada hari ini:
Selasa (15/09/2026)

*"Rainy Day Sensory Art"*

*Objektif*

1. Kanak-kanak dapat memahami konsep "Cuaca Hujan".

2. Kanak-kanak dapat menanggalkan pelekat double tape dan menampal kapas untuk membentuk awan.

3. Kanak-kanak dapat menyambung titik-titik hujan dan mewarnakan sungai.

4. *Asy-Syakur* Kanak-kanak belajar doa melihat hari hujan dan mensyukuri nikmat hujan yang diturunkan oleh Allah.

09/09/2026

assalamualaikum aktiviti hari selasa 8/9/2026

tajuk : love earth

objektif :
1. Kanak-kanak dapat menghasilkan karya kreatif menggunakan pelbagai bahan mengikut idea dan imaginasi sendiri.
2. Kanak-kanak dapat meneroka dan memilih warna serta bahan yang sesuai untuk menghasilkan hasil seni bertemakan alam sekitar.
3. Kanak-kanak dapat merangsang deria penglihatan dan sentuhan melalui penerokaan warna, bentuk dan tekstur bahan yang digunakan.
4. Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan bentuk, saiz serta kuantiti bahan yang digunakan semasa aktiviti.
5. Kanak-kanak dapat memupuk sikap menyayangi, menghargai dan menjaga alam sekitar.

25/07/2026

tajuk : ayam lapar..jom kita bagi makan

objektif :
1. Kanak-kanak dapat meneroka tekstur pasir sensori dan mengenal pasti objek "cacing" yang tersembunyi.
2. Kanak-kanak dapat memahami bahawa ayam makan cacing melalui aktiviti bermain sambil belajar.
3. Kanak-kanak dapat menguatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti mencubit, menarik dan memasukkan "cacing" ke dalam mulut ayam.
4. Kanak-kanak dapat belajar menunggu giliran, berkongsi bahan dan bekerjasama dengan rakan semasa aktiviti.

25/07/2026

assalamualaikum aktiviti kanak-kanak pada hari ini 22/7/2026 rabu

Tajuk : kaki labah-labah cantik

Objektif:
1. Kanak-kanak dapat menguatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti memasukkan dan menyusun straw.
2. Kanak-kanak dapat memasukkan potongan straw ke dalam dawai berbulu dengan menggunakan koordinasi mata dan tangan.
3. Kanak-kanak dapat menunjukkan sikap sabar, tekun dan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti.
4. Kanak-kanak dapat mengira bilangan potongan straw yang dimasukkan pada setiap kaki labah-labah.

25/07/2026

assalamualaikum aktiviti pada hari ini rabu 15/7/2026

tajuk :
burung hantu mata bulat

objektif :

1. Kanak-kanak dapat menghasilkan kraf burung hantu menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti sendiri.
2. Kanak-kanak dapat memilih dan memadankan warna serta bentuk bagi menghias burung hantu.
3. Kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan semasa menyiapkan kraf.
4. Kanak-kanak dapat mengenal burung hantu sebagai salah satu jenis haiwan.

25/07/2026

Tajuk : Eh! bunyi apa tu?

objektif :
1. Kanak-kanak dapat menghubungkan bunyi dengan gambar haiwan yang betul.
2. Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan bunyi beberapa jenis haiwan.
3. Kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan diri semasa meneka bunyi haiwan.
4. Kanak-kanak dapat menggunakan koordinasi mata dan tangan semasa mencari serta mengambil gambar haiwan di dalam bola.

25/07/2026

Assalamualaikum aktiviti pada hari ini Jumaat (10/7/2026)

POP THE MOSQUITO
objektt:

1. Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti memegang dan mengecop span.
2. Merangsang koordinasi mata dan tangan semasa melakukan aktiviti mengecop.
3. Menggalakkan kanak-kanak meneroka warna, bentuk dan corak secara kreatif.
4. Meningkatkan fokus, daya tumpuan dan keyakinan diri semasa menyiapkan hasil kerja.
5. Memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti seni dan sensori.

07/07/2026

Assalamualaikum aktiviti hari ini 7/7/2026 (SELASA)

tajuk: aquarium ikan ajaib.

objektif :
1. Kanak-kanak dapat meneroka sifat buih (bubble) melalui pemerhatian terhadap bentuk, saiz dan pergerakan buih semasa bermain.
2. Kanak-kanak dapat memahami hubungan sebab dan akibat apabila meniup, menyentuh dan meletakkan ikan di dalam bubble.
3. Kanak-kanak dapat menggunakan deria penglihatan dan sentuhan untuk meneroka tekstur, warna dan pergerakan bubble.
4. Kanak-kanak dapat menunjukkan minat untuk meneroka alam persekitaran melalui aktiviti bermain secara hands-on dan imaginatif.
5. Kanak-kanak dapat mengenal konsep ruang seperti "di dalam" dan "di luar" apabila memasukkan ikan ke dalam bubble.

Address

No, 25 Jalan Bistari 4/16 Taman Yayasan
Segamat
85010

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:30

Telephone

+601157602559

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Tunas Insan Firdaus - TASTI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska Tunas Insan Firdaus - TASTI:

Shortcuts

Share

Category