SMK Bandar Putra, Segamat, Johor.

SMK Bandar Putra, Segamat, Johor. Aktiviti Sekolah

22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M ๐Ÿฅฐ

Warga SEBARA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua murid, ibu bapa, guru serta komuniti.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim antara kita semua.

Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli peria,
Syawal menjelma penuh kasih,
Maaf dipohon salah dan dosa.

Ikhlas daripada:
Warga SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT.

PROGRAM PENGAGIHAN DUIT RAYA ๐ŸŒ™โœจAlhamdulillah, program pengagihan duit raya kepada murid telah berlangsung dengan jayanya...
20/03/2026

PROGRAM PENGAGIHAN DUIT RAYA ๐ŸŒ™โœจ

Alhamdulillah, program pengagihan duit raya kepada murid telah berlangsung dengan jayanya bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri.

Tarikh: 17/3/2026

Semoga sumbangan ini menceriakan murid-murid dan memupuk semangat berkongsi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ๐ŸŒ™



MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PK HEM, CIKGU MOHD ARIFF BIN YUSOF@MD TAP Tarikh: 17/3/2026Tempat: Dewan Perdana Pu...
20/03/2026

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PK HEM, CIKGU MOHD ARIFF BIN YUSOF@MD TAP

Tarikh: 17/3/2026
Tempat: Dewan Perdana Putra

Tentatif:
1. Persembahan pembukaan silat murid
2. Persembahan bunga silat staff sekolah, en raffi
3. Persembahan silat (lawan) dari murid
4. Persembahan koir
5. Persembahan lagu perpisahan
6. Persembahan sajak & puisi berirama
7. Perarakan dayang
8. Penyampaian apresiasi murid
9. Dll

Warga sekolah dengan penuh rasa hormat dan penghargaan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cikgu Ariff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Sepanjang berkhidmat, beliau telah menunjukkan dedikasi, kepimpinan yang cemerlang serta keprihatinan yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan disiplin murid sentiasa terpelihara. Segala sumbangan dan pengorbanan beliau amat bermakna dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga sekolah.

Semoga Cikgu Ariff dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kebahagiaan dalam menjalani fasa baharu kehidupan selepas persaraan.

Selamat bersara, Cikgu Ariff. Jasa dikenang, budi disanjung. Kami sayang cikgu! ๐Ÿฅฐ๐Ÿค






PROGRAM KHATAM AL QURAN & PENUTUPAN BULAN RAMADAN 2026Alhamdulillah, Program Khatam Al-Quran dan Majlis Penutupan Bulan ...
15/03/2026

PROGRAM KHATAM AL QURAN & PENUTUPAN BULAN RAMADAN 2026

Alhamdulillah, Program Khatam Al-Quran dan Majlis Penutupan Bulan Ramadan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan sebagai pengisian rohani serta penutup kepada aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Tarikh: 13 Mac 2026
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan

AKTIVITI:
1. Bacaan asmaul husna
2. Perasmian penutupan bulan ramadan
3. Tadarus Al Quran
4. Choral speaking
5. Nyanyian nasyid
6. Pemberian sijil dan hadiah kepada pemenang dan peserta pertandingan mewarna dan membina poster ramadan
7. Pemberian sijil dan hadiah kepada murid khatam
8. Cabutan bertuah

PROGRAM IFTAR JAMAIE & SOLAT TARAWIHAlhamdulillah, Program Iftar yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan penuh ke...
15/03/2026

PROGRAM IFTAR JAMAIE & SOLAT TARAWIH

Alhamdulillah, Program Iftar yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan. Program ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan lagi suasana Ramadan dalam kalangan warga yang hadir.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran dan keberkatan.

Tarikh: 12 Mac 2026
Hari: Khamis
Lokasi: Surau Al Amir, SMKBP

AKTIVITI:
1. Tazkirah ramadan
2. Azan maghrib
3. Iftar ringan
4. Solat maghrib
5. Jamuan iftar jamaie
6. Solat isyak
7. Tarawih

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEGAMAT 2026 Syabas dan tahniah diucapkan atas semangat juang, disiplin serta komitmen yang...
13/02/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEGAMAT 2026

Syabas dan tahniah diucapkan atas semangat juang, disiplin serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan MSSD Segamat. Setiap langkah yang diambil penuh dengan usaha dan kesungguhan yang membanggakan.

Kepada yang berjaya meraih pingat dan podium, tahniah atas pencapaian cemerlang! ๐ŸŽ–๏ธ
Kepada yang belum berpeluang, teruskan berusaha โ€” anda tetap hebat kerana berani mencuba.

Terima kasih juga kepada jurulatih, guru pengiring dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan di masa hadapan. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Pencapaian๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡:

1) Acara Individu:

P15 - Naib Johan( Ain)
Tpt Ke-11 ( Shasmitta)
P18 - Tpt Ke 10 ( Sakinah)
Tpt Ke- 15 ( Nureen Ain)
L15 - Naib Johan ( Lashvin)
Tpt Ke-5 ( Rukesh)
L18 - Johan ( Tishen)
Tpt Ke-5 ( Tarvin)
Tpt Ke-7 ( Mikail)

2) Acara Berpasukan:
Johan Pasukan Kategori L18

3) KESELURUHAN : Tpt Ke-4

Tarikh: 12/2/2026
Hari: Khamis
Jam: 7.00 am hingga 2.00 pm
Lokasi: SMK SERI GEMEREH

๐Ÿ…๐Ÿ”ฅ Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-21 | 2026 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ…Dengan penuh semangat dan usaha gigih, Rumah Omega dinobatkan sebagai Juara...
10/02/2026

๐Ÿ…๐Ÿ”ฅ Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-21 | 2026 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ…

Dengan penuh semangat dan usaha gigih, Rumah Omega dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan! ๐Ÿ†
Tahniah kepada semua atlet hebat dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Jumpa lagi tahun hadapan! ๐Ÿ’ฅ

Tarikh: 10/2/2026
Jam: 7.30 am hingga 1.00 pm
Tempat: Padang SMK Bandar Putra, Segamat

Makluman Cuti Sekolah Sempena ThaipusamDimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Hari Thaipusam pada 1/2/2026Sesi ...
30/01/2026

Makluman Cuti Sekolah Sempena Thaipusam
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Hari Thaipusam pada 1/2/2026
Sesi persekolahan akan bersambung seperti biasa pada 3/2/2026
Sekian, terima kasih.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEBARA 2026Tahniah Rumah Omega! ๐Ÿ†Tahniah juga Rumah Alfa, Beta dan Gamma! Keputusan rasmi Kejoha...
30/01/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEBARA 2026

Tahniah Rumah Omega! ๐Ÿ†
Tahniah juga Rumah Alfa, Beta dan Gamma!
Keputusan rasmi Kejohanan Merentas Desa Desa Sebara 2026:
1๏ธโƒฃ Omega โ€” 314 mata
2๏ธโƒฃ Alfa โ€” 296 mata
3๏ธโƒฃ Beta โ€” 292 mata
4๏ธโƒฃ Gamma โ€” 235 mata

Tarikh: 30/1/2026
Tempat: Padang SMK Bandar Putra
Jam: 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Datoโ€™ Hj Ayob atas kesudian merasmikan Kejohanan Merentas Desa Desa Sebara 2026. Kehadiran dan sokongan Datoโ€™ memberi makna besar kepada kejohanan dan para peserta. Semoga semangat sukan terus subur di kalangan generasi muda.

Terima kasih semua atlet, guru, dan penyokong yang menjayakan hari bersejarah ini. Semoga semangat juang terus menyala! ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽ‰HARI PENDAFTARAN DAN PEMBELIAN BUKU TULIS MURID BAHARU TINGKATAN PERALIHAN, TINGKATAN 1 & PENDIDIKAN KHAS (PPKI) SEBARA...
09/01/2026

๐ŸŽ‰HARI PENDAFTARAN DAN PEMBELIAN BUKU TULIS MURID BAHARU TINGKATAN PERALIHAN, TINGKATAN 1 & PENDIDIKAN KHAS (PPKI) SEBARA TAHUN 2026๐ŸŽ‰

Tarikh: 9/1/2026
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Perdana Putra

Selamat Datang Murid-Murid Baharu 2026!
Anda kini melangkah ke dunia pembelajaran yang penuh peluang dan pengalaman. Teruskan melangkah dengan yakin, berani mencuba dan sentiasa berusaha mencapai yang terbaik. Ayuh cemerlang bersama! SEBARA HEBAT!

22/10/2025

BOOM! ๐Ÿ™Œ๐Ÿผ๐Ÿ‘€

๐Ÿ“ฃ Assalamualaikum dan salam sejahtera!Debaran kian terasaaa ๐Ÿ˜TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya SE...
22/10/2025

๐Ÿ“ฃ Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Debaran kian terasaaa ๐Ÿ˜

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya SEBARA FEST 2025 di SMK BANDAR PUTRA SEGAMAT! ๐ŸŽ‰

Ayuhhh semua! ๐Ÿ˜†
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai makanan dan minuman menarik, serta aktiviti dan permainan menyeronokkan yang menanti anda di sana! ๐ŸŽฏ๐Ÿ”๐ŸŽถ

๐Ÿ“… Ahad & Isnin | 26 & 27 Oktober 2025

26 Oktober (Ahad): 8.00 pagi - 6.00 petang

27 Oktober (Isnin): 8.00 pagi - 4.00 petang

๐Ÿ“ SMK Bandar Putra, Segamat

Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk sama-sama memeriahkan karnival tahunan yang paling dinanti-nantikan! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บ
Setahun sekali je tau! ๐Ÿซกโœจ๏ธ

Address

Jalan Putra, Bandar Putra
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079435107

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bandar Putra, Segamat, Johor. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bandar Putra, Segamat, Johor.:

Shortcuts

Share

Category