02/10/2026
BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN KAPASITI PENOLONG PPD PEMULIHAN KHAS DAN GURU PEMULIHAN KHAS BERKAITAN KESEDARAN DYSLEXIA DENGAN KERJASAMA ROTARY CLUB PUTERI LAGOON
TARIKH: 1 OKTOBER 2026
MASA: 11.00 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT: AUDITORIUM SJKC JEMENTAH
SASARAN: 85 ORANG GURU DAN PENYELARAS PEMULIHAN KHAS
PENCERAMAH:
1. CIK ONG VENGENE (ROTARY CLUB SERI KEMBANGAN)
2. CIK WONG XIAO JUN (ROTARY CLUB SERI KEMBANGAN)
3. CIK GWENDALINE LIM (ROTARY CLUB JOHOR BAHRU)
ANJURAN: UNIT PEMULIHAN KHAS PPD SEGAMAT DENGAN KERJASAMA JPN JOHOR DAN ROTARY CLUB PUTERI LAGOON
Bengkel ini diadakan bagi menyebarkan kesedaran berkaitan Dyselxia di kalangan guru. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu guru memahami dan menggunakan pendekatan yang lebih sesuai dan betul kepada bukan sahaja murid yang telah disahkan Dyslexia, malah untuk murid perdana yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Dalam bengkel ini, penceremah telah berkongsi berkaitan kefahaman mengenai Dyslexia, teknik atau alat yang boleh digunakan sebagai pendekatan untuk membantu murid membaca dan menulis dengan lebih cepat dan effektif serta pendedahan berkaitan teknik phonics Bahasa Melayu. Terdapat 14 teknik yang boleh digunakan dan diharapkan guru boleh mencuba teknik-teknik ini di sekolah masing-masing.
Guru juga didedahkan dengan Program NadiBaca dimana program ini bertujuan untuk membantu murid dyslexia dan murid yang lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih cepat menggunakan phonics. Program NadiBaca ini dilengkapi dengan 6 set modul, dan setiap modul mempunyai langkah atau aturan yang perlu dilaksanakan oleh guru bagi memastikan di akhir langkah nanti, murid berjaya membaca dan menulis.
Diharapkan dengan terlaksananya bengkel perkongsian berkaitan dyslexia ini, guru-guru dan penyelaras lebih jelas berkaitan teknik dan cara untuk membantu murid menguasai asas membaca dan menulis. Kepelbagaian teknik bukan sahaja amat perlu kerana setiap murid adalah berbeza, malah dapat memberikan nafas baharu dan suasana baharu dalam pengajaran guru agar murid lebih seronok, faham dan di akhirnya dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih cepat.