14/03/2026
Rupanya kesalahan kecil macam ni pun boleh terlepas pandang bertahun-tahun.
Perkataan حَكِيمًا dibaca…
حَكِيمْ
Nampak kecil je bezanya.
Tapi dalam tajwid, itu kesalahan nyata.
Puan Z perasan perkara ni baru-baru ni.
Selama ni bila jumpa perkataan macam tu,
dia baca terus berhenti:
حَكِيمْ
Barulah dia sedar rupanya itu bukan cara bacaan yang sepatutnya.
Ini yang selalu berlaku.
Kita membaca bertahun-tahun.
Rajin baca. Konsisten.
Tapi kalau kesalahan kecil tu tak disedari,
ia boleh ikut kita lama.
Bukan sebab kita tak mahu baca betul.
Tapi sebab tak pernah nampak di mana salahnya.
Saya tanya Puan Z satu soalan.
“Bila puan mula perasan kesalahan tu?”
Rupanya masa dia semak bacaan
dalam kelas Talaqqi Am.
Dalam kelas tu, ustaz akan baca
satu potongan ayat tiga kali dahulu.
Lepas tu barulah peserta ikut
secara beramai-ramai.
Di situlah Puan Z dapat bandingkan
bacaan dia dengan bacaan ustaz.
Dan terus nampak kesilapan tadi.
Kadangkala kita fikir
“Baca sendiri di rumah pun boleh kan?”
Boleh.
Tapi ada satu perkara yang kita tak boleh buat sendiri, iaitu bandingkan bacaan kita dengan bacaan yang betul.
Sebab telinga kita dah biasa
dengan cara kita sendiri.
Sebab itu dalam belajar Al-Quran,
kita perlukan proses talaqqi.
Dengar bacaan guru.
Bandingkan dengan bacaan kita.
Barulah kesalahan yang selama ini kita anggap tiada,
mula kelihatan.
Macam yang berlaku pada Puan Z tadi.
Kalau anda pernah terfikir,
“Entah betul ke tidak bacaan aku ni…”
Mungkin sudah sampai masa
bacaan itu disemak dengan betul.
Kadang-kadang satu kesilapan kecil yang kita perbaiki hari ini boleh menyelamatkan bacaan kita untuk bertahun-tahun selepas ini.
Jemput daftar kelas mengaji berkumpulan dewasa setiap hari Sabtu jam 8.00 - 10.00 pagi.
Kelas santai dan selesa. Tak nak mengaji, boleh duduk je semak bacaan ustaz & rakan-rakan.
Nak daftar?
Hubungi 011-5500 7336