01/10/2026
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
*DIBUKA: PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20264*
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian _(e-deferment)_ telah *DIBUKA* bagi tempoh *24 Sep - 18 Okt 2026*. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan *https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/*.
Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran *Y3*. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada *22 Disember 2026*.
_Nota: Status Gugur Taraf (GT) akan dikenakan sekiranya tiada pembayaran yuran direkodkan mengikut tempoh yang ditetapkan._
Sekian, terima kasih.
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang