KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2

Call Directions Website

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 Sebuah Kolej sepenuhnya milik Kerajaan Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Rasidah).

Program-program sepenuh masa yang ditawarkan di Kolej Komuniti Segamat 2 adalah:

1. Diploma Teknologi Solar Fotovoltan (DTS)
2. Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
3. Sijil Teknologi Senibina (STS)
4. Sijil Teknologi Maklumat (STM)

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini boleh hubungi Unit Pengambilan kami di talian 07-9498227 (Waktu Pejabat) atau 017-7885362 (Pn. Selain itu, kami juga ada menjalankan pelbagai pilihan kursus pendek yang merangkumi bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Katering & Sajian, Jahitan Pakaian, Perniagaan & Keusahawanan, Grafik & Multimedia dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus-kursus ini boleh hubungi Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kami di talian 011-10773310 (Ustaz Ahmad Shawal)

Pihak Kolej Komuniti Segamat 2 dan Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐๐Š๐€๐ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“ ๐ŸHari ini cuaca terang,Seterang langit har...
17/10/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐๐Š๐€๐ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“ ๐Ÿ

Hari ini cuaca terang,
Seterang langit hari ini,
Kami ucapkan selamat datang,
Untuk pegawai baharu kami.

Selamat datang ke Kolej Komuniti Segamat 2 diucapkan kepada Cik Rashidah binti Abdul Timbalan Pengarah Pengurusan, Kolej Komuniti Segamat 2 berkuatkuasa 14 Oktober 2026.

Terus sukses, selamat menjalankan tugas dan semoga terus komited melaksanakan amanah dengan baik dan penuh tanggungjawab demi Legasi Juara KKS2

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐„๐Š๐’๐๐‹๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ: ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐’๐Ž๐‹๐€๐‘ ๐๐• ๐’๐Š๐€๐‹๐€ ๐†๐„๐‘๐†๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐’๐Ž๐‹๐€๐‘ ๐“๐๐ ๐’๐„๐๐€๐๐†โ˜€๏ธ๐Ÿ”‹Satu program Lawatan...
15/10/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐„๐Š๐’๐๐‹๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ: ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐’๐Ž๐‹๐€๐‘ ๐๐• ๐’๐Š๐€๐‹๐€ ๐†๐„๐‘๐†๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐’๐Ž๐‹๐€๐‘ ๐“๐๐ ๐’๐„๐๐€๐๐†โ˜€๏ธ๐Ÿ”‹

Satu program Lawatan Eksplorasi Industri ke Stesen Janakuasa Elektrik Solar PV 50MWac, Ladang Solar TNB Sepang milik TNB Renewables Sdn. Bhd. (TRe) telah berjaya dianjurkan pada 15 Oktober 2026

Program ini telah disertai oleh seramai 36 orang pelajar (Kelas 3A, 3B & 4A) bersama para pensyarah pengiring daripada program Diploma Teknologi Solar Fotovoltan, Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2).

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai sistem Solar PV berskala besar serta memberi pendedahan secara langsung kepada aplikasi teknologi Solar PV dalam industri. Program ini juga diharapkan dapat menghubungkan pembelajaran teori yang diperoleh di dalam kelas dengan keadaan sebenar di industri.

Jurang Teori & Praktikal: Menghubungkan teori akademik yang dipelajari di dalam bilik kuliah dan makmal KKS2 dengan pemahaman praktikal di lapangan industri tenaga boleh baharu.

Persiapan Kerjaya: Membuka minda para pelajar mengenai peluang kerjaya, trend teknologi terkini, dan standard keselamatan industri tenaga solar photovoltaic (PV).

๐Ÿ’ฌ Aspirasi & Terima Kasih:
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak TNB Renewables Sdn. Bhd. (TRe) atas sudi menerima kunjungan, perkongsian kepakaran, dan perkhidmatan mesra yang diberikan sepanjang lawatan eksplorasi ini berlangsung.

Semoga ilmu dan pendedahan berharga ini dapat melonjakkan semangat serta persediaan para pelajar Diploma Teknologi Solar Fotovoltan KKS2 untuk bergelar tenaga kerja mahir dan profesional yang bakal memacu industri Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara! ๐Ÿ’ก๐ŸŒฑ

Diploma Teknologi Solar Fotovoltan -KK Segamat 2

๐—ช๐—”๐—๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ: ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“ ๐ŸKolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) mengalu-alukan ke...
15/10/2026

๐—ช๐—”๐—๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ: ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“ ๐Ÿ

Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) mengalu-alukan kehadiran Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang baharu dinaikkan pangkat melapor diri. Sesi perjumpaan & lapor diri bersama Puan Hajah Nor Dalila binti Haji Abd Rahman Pengarah KKS2, turut diadakan bagi menyambut kehadiran mereka dalam keluarga KKS2.

PPPT yang melapor diri ialah:

๐Ÿ€Cik Rashidah binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan
๐Ÿ€Ts. Izwanizam bin Yahaya, PPPT DH 13 (M)
โ˜˜๏ธPuan Datin Sakinah binti Mupit, PPPT DH 13 (M)
โ˜˜๏ธPuan Suhaile binti Daud, PPPT DH 12 (M)
โ˜˜๏ธEncik Mohd Zaki bin Mohd Ismail, PPPT DH 10 (M)
โ˜˜๏ธEncik Muhammad Asyraf Nurudin bin Zulkifli, PPPT DH 10 (M)
โ˜˜๏ธTs. Mohamad Iqmal Hanafi bin Ahmad Hisham, PPPT DH 10 (M)

Kehadiran warga baharu serta pelantikan barisan kepimpinan ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan idea segar dalam memperkukuh pengurusan, pelaksanaan akademik serta perkhidmatan sokongan institusi. Semoga pengalaman dan kepakaran yang dibawa dapat menyumbang kepada kecemerlangan KKS2 serta memberikan manfaat kepada seluruh warga kampus.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€! Semoga amanah baharu ini digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kerjasama untuk terus memacu kecemerlangan Kolej Komuniti Segamat 2.

11/10/2026

Student KKS2 bila dah masuk week 14๐Ÿ˜. Chill je, budak budak KKS2 ni dah biasa last minit, hujung hujung Anugerah Pengarah๐Ÿคฃ

Jom Mohon KKKS2, Syarat mudah:
Lulus BM & Sejarah
1 kredit (C) apa-apa subjek
Lulus Matematik (Untuk Sijil Teknologi Maklumat Sahaja)

๐Ÿšฒ Dekat dengan rumah anda
๐Ÿ  Asrama PERCUMA!!!
๐Ÿ’ต Yuran pengajian termurah RM 200 sahaja ๐Ÿ‘
๐ŸŽ“ Sijil Diiktiraf (MQA) - Boleh kerja kerajaan, boleh kerja swasta, boleh sambung belajar!!!
๐Ÿ’ฐ Bantuan Kewangan Tanpa Bayaran Balik sebanyak RM 7,200. Tertakluk kepada terma & syarat

๐Ÿ“š Program yang Ditawarkan:
โšก๏ธSijil Teknologi Elektrik
๐Ÿ’ปSijil Teknologi Maklumat
๐Ÿ“Sijil Teknologi Senibina

Keistimewaan:

๐ŸŒŸ Melanjutkan Pengajian:
Peluang melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Universiti Awam Malaysia selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti.

๐Ÿ“… Tarikh Permohonan:
Sehingga 30 Oktober 2026

Saya Berminat! Macam mana nak mohon???

Permohonan kemasukan bagi sesi akademik sesi 2 2026/2027 melalui pautan:
https://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangv2/login22627.aspx

Jom letakan pilihan pertama Kolej Komuniti Segamat 2 di permohonan andaโค๏ธ

๐’๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง, ๐ญ๐ž๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข๐›๐š๐ฐ๐š๐ก:
๐Ÿ“žPuan Siti Fatimah (Pegawai Pengambilan Pelajar): https://wa.me/+60127411800

ATAU

๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ก๐š๐๐ข๐ซ ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ข ๐ค๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฐ๐š๐ฅ๐ค-๐ข๐ง ๐ค๐ž ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Ÿ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐๐Œ:

Lokasi: Unit Pengambilan Pelajar, Kolej Komuniti Segamat 2
Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
Alamat: KM 4, Jalan Jementah 85100, Batu Anam Segamat (bersebelahan Kem Segamat)

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŽ“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga akademia kh...
05/10/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŽ“

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga akademia khususnya di Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) yang sentiasa menjadi tunjang dalam membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Dedikasi, ilmu, kepakaran dan komitmen para pensyarah bukan sekadar menyampaikan ilmu di bilik kuliah, malah menjadi pemangkin kepada lahirnya graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Seiring dengan tema tahun ini iaitu โ€œSinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademiaโ€, marilah kita terus memperkukuh budaya ilmu, memperkasa inovasi dan menyemarakkan kecemerlangan akademia demi masa depan pendidikan tinggi negara yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Kolej Komuniti Segamat 2

๐Ÿ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ ๐ขโ—๏ธโ—๏ธโ—๏ธ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasi...
02/10/2026

๐Ÿ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ ๐ขโ—๏ธโ—๏ธโ—๏ธ

๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) akan menganjurkan Program Jelajah Belia Rukun Negara (JBRN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 pada:

๐Ÿ—“๏ธ 3-4 Oktober 2026 (Sabtu-Ahad)
๐Ÿ•™ 8.00 Pagi - 10.30 Malam
๐Ÿ“Kolej Komuniti Segamat 2, Johor

Penglibatan seramai 100 orang peserta daripada :
๐Ÿ‘จโ€๐ŸŽ“Kolej Komuniti Segamat 2

Program ini bertujuan untuk memperkukuh literasi, kefahaman dan penghayatan nilai Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar program, tetapi ruang untuk belia mengenali, memahami dan menghargai keunikan antara satu sama lain. Kerana di sebalik perbezaan budaya, bahasa dan adat, kita tetap berkongsi satu identiti sebagai anak Malaysia.

Ayuh bersama menyemarakkan semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih kukuh dan sejahtera.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šMenelusuri perjalanan lebih satu abad, Jabatan Penerangan terus me...
02/10/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Menelusuri perjalanan lebih satu abad, Jabatan Penerangan terus menyantuni rakyat dan menyampaikan maklumat merentas generasi. Daripada komunikasi bersemuka dan bahan bercetak hingga ke platform digital, pendekatan sentiasa diperkasa seiring perubahan zaman.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JaPen, dahulu dan kini, atas dedikasi serta khidmat bakti dalam membina kefahaman, menyemai keyakinan dan memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan rakyat.

Sebagai nadi penyampaian maklumat yang sahih dan tepat, teruskan menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat dengan memastikan setiap maklumat, dasar dan perkhidmatan disampaikan dengan jelas, mudah difahami dan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Kolej Komuniti Segamat 2

โฐ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!Semakin hampir detik yang dinanti! Jelajah Belia Rukun Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 bakal mengh...
01/10/2026

โฐ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

Semakin hampir detik yang dinanti!

Jelajah Belia Rukun Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 bakal menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, menghayati prinsip Rukun Negara dan meraikan keindahan kepelbagaian Malaysia.

Bukan sekadar program, tetapi ruang untuk belia mengenali, memahami dan menghargai keunikan antara satu sama lain. Kerana di sebalik perbezaan budaya, bahasa dan adat, kita tetap berkongsi satu identiti sebagai anak Malaysia.

๐Ÿ“…๐Ÿ‘ - ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Ÿ, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ

Ayuh, bersama-sama menghayati Rukun Negara dan membina generasi yang menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian serta menjadikan perpaduan sebagai amalan kehidupan.

Berbeza latar, bersatu tekad. Perpaduan bermula dengan kita

๐Š๐Š๐’๐Ÿ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐’๐ˆ๐”๐Œ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐‰๐๐ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Kolej Komuniti Segamat 2...
30/09/2026

๐Š๐Š๐’๐Ÿ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐“๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐’๐ˆ๐”๐Œ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐‰๐๐ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) telah menyertai Simposium Pemantapan Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Malaysia 2026 yang berlangsung pada 27 hingga 29 September 2026 di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Simposium ini menghimpunkan seramai 80 orang Yang Dipertua JPP Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia sebagai platform memperkukuh kepimpinan, jaringan dan pembangunan sahsiah mahasiswa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YDP JPP KKS2, Nur Syazuwani Izzaty binti Azrul Affandee atas komitmen mewakili kolej serta memanfaatkan peluang untuk menimba pengalaman dan memperkukuh kemahiran kepimpinan di peringkat Kolej Komuniti Malaysia.

Lebih membanggakan, Nur Syazuwani Izzaty binti Azrul Affandee, berjaya meraih Tempat Kedua dalam Pertandingan Video Pendek & Saudara Khairul Aiman bin Salim (DTS 3), meraih Johan English Storytelling. Pencapaian ini sekali gus menyerlahkan bakat, keyakinan serta keupayaan komunikasi pelajar KKS2 dalam penguasaan bahasa Inggeris di pentas kebangsaan.

Sepanjang simposium berlangsung, KKS2 turut menghantar wakil dalam semua pertandingan yang dipertandingkan, sekali gus membuka ruang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi, mencabar kemampuan diri serta memperoleh pengalaman baharu dalam pelbagai bidang.

Syabas dan tahniah kepada Nur Syazuwani Izzaty binti Azrul Affandee, En. Mohamad Norzamani & Tc. Anwar sebagai pegawai pengiring atas komitmen, keberanian dan semangat yang ditunjukkan. Semoga pengalaman serta pencapaian ini menjadi pemangkin kepada pembentukan barisan kepimpinan pelajar yang lebih berketerampilan dan seterusnya membawa nama Kolej Komuniti Segamat 2 ke tahap yang lebih membanggakan.

โฐ๐Ÿ‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!Semakin hampir detik yang dinanti! Jelajah Belia Rukun Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 bakal mengh...
30/09/2026

โฐ๐Ÿ‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

Semakin hampir detik yang dinanti!

Jelajah Belia Rukun Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 bakal menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, menghayati prinsip Rukun Negara dan meraikan keindahan kepelbagaian Malaysia.

Berbeza budaya, satu jiwa Berbeza latar, satu matlamat
Bersama membina Malaysia yang harmoni!

๐Ÿ“…๐Ÿ‘ - ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Ÿ, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ

Kerana perpaduan bukan sekadar untuk diperkatakan, tetapi untuk dirasai, dihayati dan diamalkan bersama

Address

KM 4 Jalan Jementah, Batu Anam
Segamat
85100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079498227

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share