SK Tebing Tinggi, Segamat

Directions Website Contact the school

SK Tebing Tinggi, Segamat Selamat datang ke halaman rasmi SK Tebing Tinggi, Segamat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSelamat menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh warga SK Tebing Tinggi! โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDimakl...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh warga SK Tebing Tinggi! โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dimaklumkan bahawa Rabu, 16 September 2026 merupakan cuti sempena Hari Malaysia.

๐Ÿซ Kembali bersekolah:
๐Ÿ“… Khamis, 17 September 2026

Manfaatkan cuti ini untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan diri di mana sahaja berada.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia!
Malaysia MADANI โ€“ Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.

๐ŸŒฟโœ๏ธ PENYAMPAIAN HADIAH TULISAN KREATIF IMELC โœ๏ธ๐ŸŒฟโ€œVoices for the Future: A Green Appeal to Those in Powerโ€โ€œSuara untuk Ma...
08/09/2026

๐ŸŒฟโœ๏ธ PENYAMPAIAN HADIAH TULISAN KREATIF IMELC โœ๏ธ๐ŸŒฟ

โ€œVoices for the Future: A Green Appeal to Those in Powerโ€
โ€œSuara untuk Masa Depan: Rayuan Hijau kepada Mereka yang Berkuasa"

Alhamdulillah, telah berlangsung Penyampaian Sijil Penyertaan Tulisan Kreatif IMELC kepada murid-murid SK Tebing Tinggi yang telah berani mencuba dan menyerlahkan kreativiti dalam menghasilkan Creative Letter bertemakan alam sekitar.

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah di negeri Johor dan sijil yang diterima merupakan sijil peringkat kebangsaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang berani mencuba, berkarya dan memberikan yang terbaik!

๐ŸŒŸ MURID TAHUN 6
๐Ÿ… Muhammad Luthfi Ilman bin Abdullah
๐Ÿ… Nawal Usna Syumaiyah binti Mohd Shafuan
๐Ÿ… Nur Zahra Hanum binti Md Norhalafi
๐Ÿ… Nur Amni Hasanah binti Abdullah

๐ŸŒŸ MURID TAHUN 5
๐Ÿ… Nur Samsiah Erryna Rose binti Mohd Khairi
๐Ÿ… Nur Aina Irdina binti Mohd Irwan
๐Ÿ… Nur Syazana Umaira binti Hazrin
๐Ÿ… Puteri Rabiatul Adawiyah binti Abdullah

๐ŸŒŸ MURID TAHUN 4
๐Ÿ… Harsya Nafeesa binti Muhammad Hakimi
๐Ÿ… Muhammad Dhia U mmar bin Mohd Nizam
๐Ÿ… Nurhasanah Zahira binti Md Norhalafi
๐Ÿ… Nurul Syafiqah Amani binti Mohd Zaini

Tahniah kepada semua murid! Keberanian untuk mencuba merupakan satu langkah besar dalam membina keyakinan diri dan mengembangkan bakat. Semoga pengalaman menyertai pertandingan ini menjadi kenangan bermakna serta pembakar semangat untuk terus berkarya dan mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Cikgu Nor Aisyah binti Latib (Bahasa Melayu) dan Cikgu Rosli bin Sahat (Bahasa Inggeris) yang telah membimbing dan memberikan sokongan kepada murid-murid sepanjang pertandingan ini.



PENYAMPAIAN HADIAH KEHADIRAN TERBAIK & PROGRAM PPDA SERTA BERUS GIGI Alhamdulillah, pada 7 September 2026, telah berlang...
08/09/2026

PENYAMPAIAN HADIAH KEHADIRAN TERBAIK & PROGRAM PPDA SERTA BERUS GIGI

Alhamdulillah, pada 7 September 2026, telah berlangsung Penyampaian Hadiah Kehadiran Terbaik, Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) serta Program Berus Gigi di SK Tebing Tinggi.

๐Ÿ† ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK
Tahniah diucapkan kepada murid Kelas Tahun 1 Pintar atas komitmen dan kesungguhan hadir ke sekolah. Semoga pencapaian ini menjadi contoh dan pembakar semangat untuk terus hadir ke sekolah dengan penuh semangat!

๐Ÿšซ๐Ÿ’Š PROGRAM PPDa
Tahniah dan syabas kepada Adik Nawal Usna Syumaiyah binti Mohd Shafuan atas kreativiti serta usaha menghasilkan karya bertemakan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Semoga mesej โ€œSayangi Diri, Jauhi Dadah!โ€ terus menjadi pedoman dalam kehidupan.

๐Ÿชฅ๐Ÿ˜ PROGRAM BERUS GIGI
Program turut diserikan dengan penglibatan semua murid dalam aktiviti penjagaan kebersihan dan kesihatan gigi. Semoga amalan memberus gigi dengan betul dan menjaga kesihatan mulut menjadi rutin harian setiap murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program ini. Semoga setiap usaha yang dilaksanakan dapat membentuk murid yang sihat, berdisiplin, ceria dan cemerlang.

๐Ÿšซ๐Ÿ’Š PROGRAM ANTIDADAH SK TEBING TINGGI ๐Ÿ’Š๐Ÿšซโ€œSayangi Diri, Jauhi Dadah!โ€ ๐ŸŒŸMarilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran t...
08/09/2026

๐Ÿšซ๐Ÿ’Š PROGRAM ANTIDADAH SK TEBING TINGGI ๐Ÿ’Š๐Ÿšซ

โ€œSayangi Diri, Jauhi Dadah!โ€ ๐ŸŒŸ
Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah serta kepentingan memilih gaya hidup yang sihat dan bebas daripada pengaruh negatif. Poster ini mengetengahkan beberapa perkara penting seperti mengenali dadah, bahaya dan kesannya, aktiviti antidadah di sekolah, cara mengelakkan diri daripada dadah serta ikrar untuk menjauhi dadah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Nawal Usna Syumaiyah binti Mohd Shafuan atas kreativiti dan kesungguhan menghasilkan poster yang begitu menarik, kreatif dan penuh dengan mesej kesedaran ini.

Semoga usaha ini dapat memberi inspirasi kepada warga SK Tebing Tinggi untuk bersama-sama membudayakan kehidupan yang sihat serta menjadikan sekolah sebagai Sekolah Bebas Dadah.

SAYANGI DIRI, JAUHI DADAH!
KATAKAN TIDAK KEPADA DADAH! ๐Ÿšซ๐Ÿ’Š




๐Ÿšซ๐Ÿ’Š KAMI BENCI DADAH! ๐Ÿ’Š๐Ÿšซโ€œSayangi Diri, Jauhi Dadah!โ€Dadah bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah boleh menjejaskan ma...
08/09/2026

๐Ÿšซ๐Ÿ’Š KAMI BENCI DADAH! ๐Ÿ’Š๐Ÿšซ

โ€œSayangi Diri, Jauhi Dadah!โ€
Dadah bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah boleh menjejaskan masa depan, keluarga dan kehidupan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengatakan TIDAK kepada dadah dan memilih gaya hidup yang sihat, aktif serta positif.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Nawal Usna Syumaiyah binti Mohd Shafuan atas kreativiti dan usaha menghasilkan poster bertemakan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang sangat menarik dan informatif.

Semoga mesej yang disampaikan melalui poster ini dapat memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang bahaya dadah serta pentingnya menjaga diri demi masa depan yang lebih cerah.




โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SKTT โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Sambutan Amb...
08/09/2026

โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SKTT โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi (SKTT) pada 28 Ogos 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis berlangsung dengan penuh semangat patriotik, meriah dan ceria melalui pelbagai pertandingan menarik yang melibatkan murid-murid SKTT, antaranya:

๐Ÿ‘— Memperagakan Busana Kemerdekaan
โ™ป๏ธ Mencipta Busana Merdeka daripada Bahan Kitar Semula โ€“ Tahap 2
๐ŸŽจ Menghasilkan Kraftangan Bertemakan Merdeka โ€“ Tahap 1
๐Ÿ“œ Mendeklamasikan Sajak
๐ŸŽถ Mendendangkan Syair
๐ŸŽค Koir Lagu Kebangsaan
๐Ÿ–๏ธ Pertandingan Mewarna Poster

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian! Setiap penyertaan yang ditunjukkan membuktikan kreativiti, keberanian, bakat serta semangat cinta akan tanah air yang tinggi dalam kalangan murid-murid SKTT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua guru dan warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga semangat Malaysia MADANI, cinta akan negara dan jiwa patriotik terus subur dalam diri setiap warga SKTT.




๐ŸŒ™โœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026/1448H โœจ๐ŸŒ™Peringkat Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi & Sekolah Agama Tebing TinggiA...
08/09/2026

๐ŸŒ™โœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026/1448H โœจ๐ŸŒ™

Peringkat Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi & Sekolah Agama Tebing Tinggi

Alhamdulillah, pada 27 Ogos 2026, telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dan Sekolah Agama Tebing Tinggi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran PIBG SK Tebing Tinggi serta AJK Badan Kebajikan Sekolah Agama Tebing Tinggi yang bersama-sama memeriahkan sambutan penuh bermakna ini.

Antara pengisian menarik yang telah berlangsung ialah ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Muzammil bin Rahmat dari SK Balai Badang, persembahan nasyid oleh murid Tahun 5, serta bacaan al-Quran oleh adik Raid Rakin bin Mohd Shakirin.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang Minggu Sambutan Maulidur Rasul, sebagai penghargaan atas penyertaan, kreativiti dan kesungguhan murid-murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid, PIBG, AJK Badan Kebajikan Sekolah Agama Tebing Tinggi serta semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan majlis ini. Semoga sambutan ini terus menyemai rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadikan akhlak Baginda sebagai contoh dalam kehidupan seharian.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…




๐ŸŽจ๐Ÿ•Œ PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026 ๐Ÿ•Œ๐ŸŽจSempena Minggu Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah K...
08/09/2026

๐ŸŽจ๐Ÿ•Œ PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026 ๐Ÿ•Œ๐ŸŽจ

Sempena Minggu Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang 17 hingga 21 Ogos 2026, antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan Azan (Lelaki) dan Pertandingan Iqamat (Perempuan).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, keberanian dan kreativiti. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada guru-guru, pihak sekolah serta semua yang terlibat dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancang.

Semoga sambutan ini dapat menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadikan Baginda sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan kita. ๐Ÿค

โ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.โ€ (Surah al-Ahzab: 21)




PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) F&N MAGNOLIA โ€“ SEKOLAH ZON 9 PPD SEGAMAT TAHUN 2026 Alhamdulillah, telah sel...
20/08/2026

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) F&N MAGNOLIA โ€“ SEKOLAH ZON 9 PPD SEGAMAT TAHUN 2026

Alhamdulillah, telah selesai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) F&N Magnolia di Sekolah Zon 9 PPD Segamat Tahun 2026 yang telah berlangsung pada:

๐Ÿ“… 20 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan SJKC Li Chi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak F&N Magnolia atas penganjuran program yang penuh manfaat dan bermakna ini. Semoga program seperti ini terus menyemai semangat kebersamaan serta memberikan pengalaman yang positif kepada para murid.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru pengiring, Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila, atas komitmen dan bimbingan yang diberikan sepanjang program.

Tahniah dan syabas kepada 4 orang wakil murid yang telah menyertai program ini:

1. Nur Syamsiah Erryna Rose binti Mohd Khairi
2. Aliya Fathihah binti Nazrulhisham
3. Puteri Rabiatul Adawiyah binti Abdullah
4. Muhammad Aaron Danial bin Mohd Anuar

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang bermakna serta membina keyakinan, kemahiran dan semangat positif dalam diri murid.




๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸSetinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nurhaslin binti Hamdan atas penerimaan Anugerah Perk...
20/08/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nurhaslin binti Hamdan atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025๐Ÿ†โœจ

Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen, serta terus mencipta kecemerlangan dalam dunia pendidikan.

Terima kasih atas segala jasa, usaha dan sumbangan yang telah dicurahkan demi kemenjadian murid dan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

Tahniah, Cikgu Nurhaslin!
Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi buat warga pendidikan.



Address

Jalan Utama, Kampung Tebing Tinggi
Segamat
85100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tebing Tinggi, Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Tebing Tinggi, Segamat:

Shortcuts

Share

Category