Perpustakaan Kolej Komuniti Segamat

Call Directions Website

Perpustakaan Kolej Komuniti Segamat Perpustakaan Kolej Komuniti Segamat

Pujangga Melayu karya Muhammad Affandi Hassan dipilih sebagai bacaan 1B1B bagi bulan Oktober, bersempena Bulan Bahasa Ke...
01/10/2026

Pujangga Melayu karya Muhammad Affandi Hassan dipilih sebagai bacaan 1B1B bagi bulan Oktober, bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2026.

Menghimpunkan empat karya iaitu Jejak Warisan, Citra Pujangga, Tampang Sasterawan dan Wajah Pendeta. Buku setebal 714 muka surat ini membawa pembaca menyelami dunia persuratan, pemikiran dan warisan Melayu.




16/09/2026
Kempen 1 Bulan 1 Buku bagi bulan September 2026 ini masih lagi menengahkan koleksi bacaan tentang Tun Razak Perdana Ment...
05/09/2026

Kempen 1 Bulan 1 Buku bagi bulan September 2026 ini masih lagi menengahkan koleksi bacaan tentang Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ke-2. Daripada era Tanah Melayu hingga kepada pembentukan Malaysia, kita memasuki satu fasa yang penting iaitu fasa pembangunan. Ketika rakyat, khususnya masyarakat Melayu, masih bergelut dengan kemiskinan dan keterbelakangan, Tun Razak tampil dengan semangat dan gagasan besar untuk membangunkan negara.
Bacalah buku ini iaitu Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot untuk memahami peranan beliau.




MERDEKA ITU BUKAN SEKADAR SEJARAH, IA ADALAH CERITA KITA.Dari perjuangan generasi terdahulu, sampai impian generasi hari...
30/08/2026

MERDEKA ITU BUKAN SEKADAR SEJARAH, IA ADALAH CERITA KITA.

Dari perjuangan generasi terdahulu, sampai impian generasi hari ini. Kita mungkin berbeza cerita, cita-cita dan cara, tapi tetap berkongsi satu nama iaitu Malaysia. ❤️

Hari ini kita raikan kebebasan, esok kita teruskan perjuangan.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

.

Di sebalik sejarah sesebuah negara, pasti ada tokoh yang mencorakkan hala tujunya.Kenali perjalanan kepimpinan Tun Abdul...
01/08/2026

Di sebalik sejarah sesebuah negara, pasti ada tokoh yang mencorakkan hala tujunya.

Kenali perjalanan kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein serta sumbangan beliau dalam membentuk landskap politik dan pembangunan Malaysia melalui buku Fenomena Politik Malaysia: Biografi Politik Tun Abdul Razak.

Sesuai untuk pembaca yang ingin memahami sejarah, kepimpinan dan politik tanah air dari perspektif yang lebih mendalam.




23/07/2026

Erling Haaland dan bapanya membayar 1.3 juta kroner Norway, kira-kira AS$134,000, untuk mendapatkan edisi langka Heimskringla dari tahun 1594.

Buku itu merupakan karya terkenal oleh Snorri Sturluson yang mengisahkan sejarah raja-raja Nordik zaman dahulu.

Pembelian itu mencipta rekod kebangsaan bagi penjualan sebuah buku di Norway.

Namun, Haaland tidak menyimpannya sebagai koleksi peribadi.

Sebaliknya, dia mendermakannya kepada Perpustakaan Bryne, iaitu bandar tempat dia membesar, supaya masyarakat setempat dapat mengakses warisan sejarah mereka sendiri.

Buku tersebut dapat menjadi inspirasi kepada aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak dan golongan muda.

Kepercayaan tidak dibina dalam sehari, tetapi boleh musnah hanya dalam sekelip mata.Kunci Menjadi Individu Berkredibilit...
01/07/2026

Kepercayaan tidak dibina dalam sehari, tetapi boleh musnah hanya dalam sekelip mata.

Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti mengupas bagaimana nilai, amanah, kepimpinan, komunikasi dan kekuatan moral membentuk seseorang yang dihormati serta diyakini. Sesuai dibaca oleh pelajar, pensyarah, penjawat awam dan sesiapa sahaja yang ingin membina kredibiliti dalam kehidupan dan kerjaya.

Jom singgah ke Perpustakaan Kolej Komuniti Segamat dan jadikan buku ini sebagai bacaan pilihan bulan ini.




Selamat Hari Pustakawan Malaysia…Bersedia membantu.
06/06/2026

Selamat Hari Pustakawan Malaysia…

Bersedia membantu.

01/06/2026

Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dirgahayu Tuanku.

Address

No 24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar IOI
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079431633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Kolej Komuniti Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share