Sekolah Tinggi Segamat

Sekolah Tinggi Segamat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Tinggi Segamat, High School, 106 Jalan Sekolah, Segamat.

04/11/2025

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

🪅🪅🪅Tanggal 1 November 2025, Seluruh Warga Sekolah Tinggi Segamat Ingin Menjemput Dan Mempersilakan Semua Alumni Dan Warga (STS) Yang Di Kasihi Untuk Hadir Sempena Dengan Sambutan 100 Tahun - 1 Abad 1 Legasi Sekolah Tinggi Segamat Pada Tahun 2026.

🎊🎊🎊 Jamuan Makan Malam Amal Ini Bakal Diadakan Pada Tahun 2026 Sebagai Medium Untuk Alumni Berkumpul Semula Di Samping Mengumpul Dana Untuk Memperbaiki Infrastruktur STS.

🔗 🔗🔗 Sila Klik Link Pendaftaran Jamuan Amal Makan Malam Legasi 100 Tahun STS :

https://forms.gle/VfuTMMSHZwYnKVYs6

🎇🎇🎇Jamuan Amal Makan Malam Legasi 100 Tahun STS Akan Diadakan Pada :

🧭 Sabtu
📅 07 Februari 2026
🕗 8:00 malam – 11:30 malam
📍Dataran Azalea, STS

☎️☎️☎️ Sebarang Pertanyaan Boleh Diajukan Kepada :

📞 Cikgu Azlan Bin Judi Di Talian
www.wasap.my/601155742917/JamuanAmalSTS

📞 Cikgu Salzul Rahman (Cikgu Ajul) Di Talian
www.wasap.my/601121441240/JamuanAmalSTS

Terima Kasih Dan Salam Kasih Sayang Untuk Semua. ❤️❤️❤️










29/07/2024
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهLepas sekolah belajar trengkas    Diikuti belajar type writer Tangan mata kena tangkas   ...
29/03/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lepas sekolah belajar trengkas
Diikuti belajar type writer
Tangan mata kena tangkas
Baru boleh karang cerita

Kini masa cepat berlalu
Teknologi moden guna komputer
Seronoknya masa dahulu
Bunyinya ketukan type writer

Piring hitam, cartridge juga cassette
Usb, bluetooth kini WiFi
Peralatan lama ditinggal meleset
Gara2 kecepatan semuanya bersepai

Sekarang ini maklumat dihujung jari
Ingatkan kemajuan semakin cerdik
Banyaknya fitnah tidak terperi
Tidak kurang juga pos yg gedik2

Ramadhan ini banyakkan ibadah
Setiap hari baca Al-Quran
Tinggalkan perkara tidak berfaedah
Agar terampun sebelum kesudahan

سلامت برفواس
سموگ سموا عمالن دتريماڽ
موهون چوݢ معاف ظاهير دان باطين
أتس سموا کسالهن دسفنجڠ کهيدوفن اين
سموݢ دفرکننکن جوا.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.... دولو دولو كالو سوامي مڠهاديري جمفوتن وليمةالعرس، مستي كنا باوا فولڠ کرومه بوڠا تلور....
27/03/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

دولو دولو كالو سوامي مڠهاديري جمفوتن وليمةالعرس، مستي كنا باوا فولڠ کرومه بوڠا تلور..... کالو تيدق باڽقله سوألن٢ چفو أمس يڠ کنا دجواب 🙆🙆‍♂️🙆‍♀️

اد صحابة٢ يڠ هندق منديريكن رومهتڠݢ تق لفس هاري راي اين؟

سلامت برفواس سموا....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....Isteri kata periok noxxanya rosak.....Berbekalkan ilmu yg sedikit ini bukalah untuk m...
18/03/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Isteri kata periok noxxanya rosak.....
Berbekalkan ilmu yg sedikit ini bukalah untuk melihat apa2 kerosakan yg boleh dibaiki... الحمد لله setelah servis dan modify barang yg rosak, maka periok noxxa tadi dapatlah menyambungkan perkhidmatannya spt sediakala.... Periok noxxa ini cukup berjasa menjelang hariraya sbb nak rebus ketupat nanti....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....سوده لام تيدق برسيارانميمفي لينا باڽق برأڠنباڽق کوچبڠ يڠ برکليارانماتڽ سهاج دجاديکن ه...
09/12/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

سوده لام تيدق برسياران
ميمفي لينا باڽق برأڠن
باڽق کوچبڠ يڠ برکلياران
ماتڽ سهاج دجاديکن هيدڠن

15/09/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berhati-hati dengan hibah
Salah hibah bakal rebah
Harta pusaka selalu diperbalah
Hukum faraid tiadalah kerenah

Hidup di Dunia hanya sementara
Akhirat jua kekal selamanya
Disana disoal banyak perkara
Perancangan Allah redhalah padaNya

Sempena bln kemerdekaan sis nak belanja harga murah buy 2 free postage
27/08/2023

Sempena bln kemerdekaan sis nak belanja harga murah buy 2 free postage

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSedikit perkongsian..... Ada yg bertanya, diantara kad medikal berbanding insuran/Takaful...
12/08/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedikit perkongsian.....

Ada yg bertanya, diantara kad medikal berbanding insuran/Takaful hayat mana satu yg lebih utama dan penting?

Jawapannya:

Kena faham terlebih dahulu apa peranan kad medikal dan apa peranan insuran hayat/Takaful Keluarga.

Kad medikal adalah hanya untuk menanggung kos seperti berikut:-
1. Kos rawat
2. Kos ubat &
3. Kos bedah

Bermakna, Sykt insuran/Takaful hanya menanggung kos2 spt diatas sahaja. Kos utk vitamin(food supplement) selain dari ubat, peralatan sokongan spt tongkat, kerusi roda dan peralatan external tidak termasuk dlm munafaat kad medikal dan ianya ditanggung sendiri. Selain dari itu tiada sebarang pampasan yg akan diberikan sekiranya berlaku kehilangan anggota, patah riuk, hilang upaya kekal penuh dan juga kematian. Kad medikal hanyalah utk menanggung kos2 spt diatas sahaja.

Manakala insuran/Takaful hayat p**a memberikan pampasan dlm bentuk tunai terhadap peserta apabila berlakunya:-
1. Kematian
2. Hilang upaya kekal penuh

Pampasan tunai(dibayar menerusi akaun bank) boleh digunakan utk sebarang aktiviti keperluan spt membeli ubat2an tambahan dan juga vitamin2 , peralatan sokongan, rawatan alternatif tradisional, utk kegunaan sara diri dan keluarga, bayar hutang, ngerjakan Hj Umrah & melancung....pendek kata terp**anglah pada peserta menggunakannya tanpa sebarang kawalan terutama bagi kes hilang upaya kekal penuh(masih hidup) maka pampasan diberikan kepada peserta ....kiranya berlaku kematian, pampasan akan diserahkan kepada ahli waris bagi pengurusan harta pusaka dimana hak2 simati didahulukan.

Persoalannya manakah lebih utama & penting?
Kena lihat pada keperluan seseorang(need base) terhadap risiko yg bakal ditanggung spt contoh mati tiba2(sudden death) punca dari kemalangan atau penyakit maka insuran kad medikal tiada faedah & ertinya dlm kes ini tetapi insuran/Takaful hayat membayar pampasan kpd ahli waris sebagai pentadbir sekurang2nya pampasan tadi boleh digunakan utk membayar hutang2 simati(sekiranya ada) dan boleh diwariskan kpd ahli warisnya yg tersayang utk meneruskan kehidupan mereka.

Bagaimana pun, disyorkan untuk membeli perlindungan lengkap(komprehensif) dimana dibawah perlindungan asas hayat disertakan sekali perlindungan tambahan seperti;
1. Penyakit kritikal
2. Elaun Hospital harian
3. Kemalangan diri
4. Kad medikal
5. Pengecualian bayaran premium
6. Munafaat pendapatan keluarga

Adalah disebabkan ketidakpastian berlakunya sesuatu musibah itu diuji dengan kemalangan atau penyakit tetapi yang pastinya setiap yang bernyawa itu pastinya mati.... Maka apabila kita ada perlindungan yang komprehensif sudah tentu tuntutan dapat dibuat tanpa berlakunya perbalahan di kemudian hari.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Wakil Takaful/Insuran bertauliah Taha bin Ali hp 0137273899. Khidmat nasihat perancangan kewangan anda menjadi keutamaan kami.

Membaca amalan mulia.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،Perkongsian, Ada seorang pemilik kereta melapurkan telah melanggar tiang jalan akibatnya...
11/08/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

Perkongsian,

Ada seorang pemilik kereta melapurkan telah melanggar tiang jalan akibatnya keretanya remuk dibahagian depan.

Setelah 2 bln masuk bengkel keretanya masih tidak siap....setelah tokey workshop dipaksa maka keretanya disiapkan tetapi didapati tidak capai sebagaimana spec asal sebelum kemalangan.
1. Satu rim telah bengkok dan tayar telah rosak akibat kemalangan
2. Body bhg depan dan sisi remok
3. Ada bhg lain yg tidak kelihatan juga rosak.

Tokey kedai tidak dapat cari set rim asal yg rosak yg patternnya sama dan telah menawarkan tunai utk pemilik tadi cari sendiri....

Maka pemilik tadi telah menukarkan 4 biji rim dan tayar baru dan top-up sebahagian harga....apabila buat allignment didapati enjin mounting juga telah koyak kesan dari kemalangan dan telah meminta kedai rim & tayar tukar sekali enjin mounting...

Pertanyaan pemilik tadi bolehkah dia minta bengkel panel workshop utk menggantikan semula bayaran yg telah didahulukan utk penggatian rim, tayar dan engin mounting? Dan ada tidak benefit utk tuntut "loss of used"?

Jawapannya adalah.....
1. Selepas kenderaan keluar dari workshop masih ada lagi tempuh jaminan sekiranya ada perkara yg tidak puashati utk dibaiki semula termasuklah kerosakan yg tidak dapat dikesan pada peringkat awal spt enjin mounting boleh dipohon utk tuntutan insuran....
2. Sekiranya rim yg standard sama tidak dapat dicari maka boleh buat permohonan utk menggantikan kesemua rim pattern yg sama pada kos yg munasabah manakala 3 rim yg masih elok akan menjadi milik pihak insuran.
3. Apa2 kos yg telah dibayar dan dibuat diluar panel workshop adalah tidak ditanggung oleh pihak insuran tetapi cekgu tadi bolehlah berunding dgn tokey kedai utk buat adjustment sekiranya ada ruang....
4. Loss of used hanyalah tuntutan kpd pihak ketiga iaitu terhadap insuran kenderaan yg *bersalah* disebabkan tidak boleh guna pakai kenderaan bermula dari tarikh kereta diserahkan ke bengkel panel sehingga kereta siap dibaiki....sedangkan pemilik kenderaan p**a telah terbabas melanggar tiang jalanraya maka tidaklah layak utk buat tuntutan "loss of used"....... tatapi ada sebahagian sykt insuran menawarkan pakej elaun harian utk kenderaan yg terlibat kemalangan terhad pada jumlah hari yg ditetapkan(kena semak polisi) tanpa mengambil kira kesalahan dari siapa.....

Dapatkan insuran/takaful dari wakil bertauliah Taha bin Ali no hp 0137273899....
Khidmat nasihat adalah percuma.....

Membaca amalan mulia.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة....Perkongsian, Ada seorang balu datang bertanya, apakah benar utk rawatan kosmetik muka...
11/08/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة....

Perkongsian,

Ada seorang balu datang bertanya, apakah benar utk rawatan kosmetik muka, gigi dan gusi adalah terkecuali dari perlindungan insuran terutama munafaat menggunakan kad medikal?

Baru2 ini beliau terlibat dgn kemalangan yg mencederakan bhg muka, gigi dan gusi....wakil Takafulnya memberitahu bahawa terdapat klausa didalam polisi yg mengatakan tidak layak utk buat tuntutan....jadi terpaksalah balu tadi membayar kos rawatan dari poket sendiri...

Jawapan dari saya adalah,
Berkenaan klausa dlm terma dan syarat memang ada menyebutkan pengecualian berkaitan rawatan termasuk bedah utk muka, gigi dan gusi bagi tujuan kecantikan (cosmetics) kecuali ianya berpunca dari akibat kemalangan maka peserta masih layak buat tuntutan.

Disebabkan balu tadi telah membayar semua kos rawatan tersebut maka bolehlah mengemukakan resit asal kpd pihak Takaful utk buat tuntutan semula....

Pastikan pembaca semua melantik wakil Insuran/Takaful bertauliah yg berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman supaya tuntutan tidak akan menjadi masalah dan Hak anda dijaga...

Hubungi Wakil Insuran/Takaful bertauliah Taha bin Ali no. Hp 0137273899 utk mendapatkan khidmat nasihat percuma....Anda keutamaan saya.

Membaca amalan mulia....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...Perkongsian, Jiran saya rumahnya telah dirempuh oleh kenderaan yg dipandu oleh seorang...
11/08/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Perkongsian,

Jiran saya rumahnya telah dirempuh oleh kenderaan yg dipandu oleh seorang yg mabuk dan kenderaannya p**a tiada road tax dan insuran.....bagaimana nak buat tuntutan sedangkan banyak ribu juga kos pembaikan rumah?

Jawapannya,

1. Kiranya kenderaan yg melanggar tidak berinsuran maka boleh buat tuntutan dgn melantik peguam utk menyaman terhadap pemandu dan pemilik kenderaan.

2. Kiranya rumah kediaman tbt masih dibawah pembiayaan Bank atau Majikan atau Kerajaan sudah tentu ada insuran Rumah Kediaman (Houseowner insurance/Takaful). Dibawah pakej insuran rumah kediaman ada melindungi perkara spt berikut:-
a. Kebakaran oleh api, kilat petir dan letupan
b. Bencana alam spt angin kencang, typhoone cyclone, ribut taufan, gempa bumi dan banjir
c. Rempuhan kenderaan
d. Limpahan air tangki
e. Pecah masuk oleh pencuri
f. Bahagian kapal terbang jatuh terhempap bangunan
g. Tanggungan awam terhadap kecederaan kpd tetamu semasa berada di premis
h. Tuntutan atas sewaan diluar semasa menghadapi bencana atau menerima pendapatan sewaan kiranya rumah sewaan terlibat bencana

Bagi kes rujukan diatas maka tuntutan boleh dibuat dibawah insuran rumah kediaman kiranya rumah masih didalam pembiayaan lagi dibawah tajuk "rempuhan kenderaan".

3. Kiranya rumah tersebut telah habis dibayar atau pembinaan sendiri menggunakan modal sendiri dan tuan rumah masih menginsurankan rumahnya dibawah tajuk insuran rumah kediaman/isi dlm rumah maka perlindungan masih boleh dibuat.

Pastikan pembaca menginsurankan rumah kediaman anda secukupnya kerana "Rumah Anda Syurga Anda".

Sila hubungi wakil bertauliah Insuran/Takaful Taha Ali no hp 0137273899 dan dapatkan khidmat nasihat percuma bila2 masa......Anda diutamakan.

Membaca amalan mulia...

Address

106 Jalan Sekolah
Segamat
85000

Telephone

076222966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tinggi Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category