Fakulti Sains Komputer dan Matematik - Johor

Directions Website Contact the school

Fakulti Sains Komputer dan Matematik - Johor Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
UiTM Cawangan Johor.

28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Perginya seorang insan yang begitu besar jasanya, meninggalkan rasa kehilangan yang amat mendalam dan sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata.

Dengan penuh dukacita, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026, bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Pemergian Allahyarhamah mengundang sebak dan pilu. Namun, segala jasa, keteladanan, kelembutan budi serta sumbangan beliau akan terus terpahat dalam ingatan dan dikenang sepanjang zaman.

Sesungguhnya, insan yang baik tidak pernah benar-benar pergi. Namanya terus hidup dalam doa, jasanya kekal dalam kenangan, dan segala kebaikannya menjadi amal yang mengiringi perjalanan menuju ke negeri abadi.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Allahyarhamah, rahmatilah rohnya, lapangkanlah kuburnya, terangilah tempat persemadiannya dan tempatkanlah beliau dalam kalangan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif serta seluruh warga UiTM.

ٱلۡفَاتِحَةِ

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

28/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐚𝐡!

Hari ini, UiTM Cawangan Johor kembali meriah.

Parkir mula dipenuhi kenderaan, koridor kembali sibuk dengan langkah mahasiswa dan bilik kuliah kembali dipenuhi wajah-wajah yang bersedia memulakan semester baharu.

Ada yang dah teruja nak mula kuliah, ada yang masih cari kelas dan tak kurang juga yang masih cuba nak dapatkan balik mood belajar.

Semoga segala urusan mahasiswa dipermudahkan dan semester ini dipenuhi kejayaan. Selamat kembali ke kampus dan selamat memulakan semester baharu!

Sekian, terima kasih.

𝑼𝒏𝒊𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒕𝒊 𝑼𝒏𝒈𝒈𝒖𝒍 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒄𝒖 𝑩𝒖𝒎𝒊𝒑𝒖𝒕𝒆𝒓𝒂 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍

اوسها، تقوى، مليا





𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐂𝐒𝟏𝟏𝟎 & 𝐂𝐒𝟏𝟒𝟑Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Taklima...
28/09/2026

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐂𝐒𝟏𝟏𝟎 & 𝐂𝐒𝟏𝟒𝟑

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Johor telah mengadakan Taklimat Akademik bagi program CS110 & CS143 pada 28 September 2026, bertempat di Dewan Sri Temenggong, UiTM Cawangan Johor.

Taklimat ini disampaikan oleh Cik Nurulzulaiha binti Sa'udah @ Suhadak selaku Koordinator Program, FSKM bertujuan memberikan penerangan berkaitan hal ehwal akademik serta membimbing para pelajar baharu dalam merancang perjalanan pengajian mereka dengan lebih teratur.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan dalam pengajian.


𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐑𝐄𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐂𝐃𝐋-𝐂𝐐𝐈 𝐅𝐒𝐊𝐌21 September 2026 | 2.00 petang | LT UiTM JohorFSKM telah mengadakan p...
21/09/2026

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐑𝐄𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐂𝐃𝐋-𝐂𝐐𝐈 𝐅𝐒𝐊𝐌

21 September 2026 | 2.00 petang | LT UiTM Johor

FSKM telah mengadakan perjumpaan Timbalan Rektor Akademik, UiTM Cawangan Johor, YBhg. Dr. Nor Hazila Ismail bersama pensyarah-pensyarah FSKM bagi membincangkan hal-hal berkaitan akademik, termasuk pengajaran dan pembelajaran, pengurusan akademik serta isu-isu semasa yang berkaitan.

Perjumpaan ini turut menjadi platform untuk perkongsian pandangan dan cadangan dalam usaha memperkukuh kecemerlangan akademik FSKM.


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓𝐏𝐋𝐀𝐍-𝐗 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓 (𝐌𝐏𝐒) 𝐊𝐄 𝐅𝐒𝐊𝐌 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑SEGAMAT, 18 S...
18/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓𝐏𝐋𝐀𝐍-𝐗 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓 (𝐌𝐏𝐒) 𝐊𝐄 𝐅𝐒𝐊𝐌 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

SEGAMAT, 18 September 2026 – Pihak Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengadakan satu sesi pembentangan dan demonstrasi projek SmartPlan-X bersama warga FSKM. Deligasi telah diketuai oleh TPr. Azman Bin [email protected] iaitu Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPS.

SmartPlan-X iaitu sebuah platform digital berasaskan data geospatial dan kecerdasan buatan (AI) untuk menyemak dan menilai perancangan Pembangunan.

Semoga input dan kolaborasi ini dapat memantapkan lagi perkhidmatan digital dan merealisasikan hasrat bandar pintar di Segamat.


𝐌𝐀𝐓𝐇 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝟐.𝟎𝟏𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Satu program MATH EXCELLENCE 2.0 anjuran Jawa...
15/09/2026

𝐌𝐀𝐓𝐇 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝟐.𝟎
𝟏𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Satu program MATH EXCELLENCE 2.0 anjuran Jawatankuasa Peneraju STEM FSKM UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini mendapat sokongan daripada semua pihak serta dapat diteruskan pada masa akan datang.

Terima kasih

Jawatankuasa Peneraju STEM
FSKM UiTM Cawangan Johor
Kampus Segamat

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾Semangat kemerdekaan menyatukan kita, kecintaan kepada negara menguatkan kita...
30/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾

Semangat kemerdekaan menyatukan kita, kecintaan kepada negara menguatkan kita.
Marilah bersama-sama menyemarakkan jiwa patriotik dan terus menyumbang demi Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

“Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 Seluruh warga FSKM UiTM Cawangan Johor mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.Sem...
24/08/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇

Seluruh warga FSKM UiTM Cawangan Johor mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Semoga kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW terus subur dan menjadi pedoman dalam kehidupan.

Ayuh bersama-sama kita berselawat, menghayati sunnah, meneladani akhlak Rasulullah SAW.


𝐌𝐀𝐓𝐇 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝟐.𝟎Memenuhi permintaan peserta dan ibubapa yang telah menyertai Math Excellence 1.0, kini Math Excellenc...
24/08/2026

𝐌𝐀𝐓𝐇 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝟐.𝟎

Memenuhi permintaan peserta dan ibubapa yang telah menyertai Math Excellence 1.0, kini Math Excellence 2.0 bakal diadakan.

📣 Jom sertai MATH EXCELLENCE 2.0, bengkel Matematik yang direka khas untuk membantu murid Tahun 4, 5 & 6 memahami Matematik dengan cara yang lebih mudah, menyeronokkan dan yakin! ✨

🌟 Bersama Cikgu Hazwan, Tutor Bebas dan pernah menjadi Pensyarah Matematik Sambilan, peserta akan dibimbing melalui sesi pembelajaran yang menarik dan mesra murid.

📅 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 DK1, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
💰 Yuran hanya RM40 (termasuk kit peserta & makan tengah hari)

🔥 JANGAN LEPASKAN PELUANG! Daftar segera sebelum atau pada 10 September 2026!

📲 Cara Pendaftaran & Pembayaran :
1️⃣ Buat pembayaran di UiTMPay: https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AAJ1/02/6874
2️⃣ Isi borang pendaftaran peserta: https://forms.gle/PXUhrHRggyLRN8RH9
3️⃣ Sertai group Telegram "MATH EXCELLENCE 2.0" selepas pendaftaran

☎️ Untuk pertanyaan, hubungi:
Dr. Afiqah – 011-1213 5563

𝐴𝑛𝑗𝑢𝑟𝑎𝑛: 𝐽𝑎𝑤𝑎𝑡𝑎𝑛𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑃𝐸𝑁𝐸𝑅𝐴𝐽𝑈 𝑆𝑇𝐸𝑀, 𝐹𝑆𝐾𝑀 𝑈𝑖𝑇𝑀𝐶𝐽

DIRGAHAYU TUANKU
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku.

Sembah takzim daripada Rektor dan seluruh warga UiTM Cawangan Johor

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، مليا

❤️ku

Address

KM 12 Jalan Muar
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Komputer dan Matematik - Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Sains Komputer dan Matematik - Johor:

Shortcuts

Share