13/10/2026
PEMAIN INDUSTRI PEMACU PEMBANGUNAN JOHOR, GRADUAN TVET ASET PENTING KEMAJUAN NEGERI
SEGAMAT, 13 Oktober 2026– Peranan pemain industri dalam memperkukuh pembangunan ekonomi dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi menjadi antara penekanan utama dalam Majlis Perasmian Penutup Hari Akademia dan Jubli Perak Kolej Komuniti Segamat serta Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) dan Nota Kerjasama (NoC) 2026.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mohd Azahar bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang. Turut hadir wakil pihak BKIK, JPPKK Pn Noor Alina Namami
Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan penglibatan pemain industri sebagai rakan strategik dalam membentuk pembangunan negeri Johor secara amnya dan Daerah Segamat khususnya.
Menurut beliau, kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan sektor industri merupakan antara usaha penting untuk memastikan pembangunan ekonomi negeri terus berkembang, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat.
Beliau turut menekankan komitmen kerajaan negeri untuk terus bekerjasama dengan pemain industri bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Johor sebuah negeri yang lebih makmur dan berdaya saing.
Dalam konteks itu, graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilihat sebagai aset penting yang mampu menyumbang kepada kemajuan serta pembangunan negeri menerusi kemahiran, pengetahuan dan kompetensi yang memenuhi keperluan industri.
Majlis menandatangani LoI dan NoC 2026 p**a mencerminkan usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dengan pihak berkepentingan dalam industri, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pelajar, graduan dan komuniti.
Penganjuran program berkenaan bukan sahaja menandakan sambutan Jubli Perak Kolej Komuniti Segamat, malah menjadi platform memperkukuh sinergi antara institusi TVET, kerajaan dan pemain industri dalam melahirkan graduan berkualiti serta memenuhi keperluan pasaran kerja.
Kerjasama berterusan ini diharap dapat menjadikan graduan TVET sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi dan kemakmuran negeri Johor pada masa hadapan.