21/04/2026
🌹 Salam Perpisahan dan Selamat Berkhidmat 🌹
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
Cikgu Shamsul Kamar bin Abd. Wahab atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di SK Batu Anam bermula Oktober 2023 hingga 15 April 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai usaha dan sumbangan telah diberikan dalam memacu kecemerlangan sekolah serta membentuk sahsiah warga sekolah ke arah yang lebih gemilang.
Semoga segala jasa yang ditaburkan menjadi kenangan terindah dan diberkati.
Seluruh warga SK Batu Anam mendoakan agar Cikgu terus sukses dan cemerlang di tempat baharu.
Terima kasih cikgu, jasa dikenang selamanya. 🌟