12/09/2026
PROGRAM CERAMAH PSIKOPENDIDIKAN : ANTI BULI ๐ก๏ธ๐
Alhamdulillah, Program Ceramah Psikopendidikan: Anti Buli telah berlangsung pada 11 September 2026 dengan penuh manfaat dengan penglibatan daripada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Program ini bertujuan memberikan kesedaran kepada murid tentang isu buli, kesan buli terhadap diri dan orang lain serta kepentingan membina hubungan yang sihat, saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.
Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Muhamad Syamiezy bin Sidek, Pensyarah dari Universiti Islam Melaka (UNIMEL), yang telah berkongsi ilmu, pandangan serta nasihat yang sangat bermakna kepada para murid.
Semoga perkongsian yang disampaikan dapat membuka minda murid, meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli serta membentuk sikap yang lebih prihatin, berempati dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. ๐ฑโจ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Muhamad Syamiezy bin Sidek atas perkongsian yang bermanfaat serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha berterusan dalam membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga sekolah. ๐ค๐