SABA Sekolah Agama Batu Anam - Original PAGE

SABA Sekolah Agama Batu Anam - Original PAGE Laman Facebook rasmi Sekolah Agama Batu Anam
Segamat, Johor

30/04/2026
22/04/2026
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗-𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗭𝗢𝗡 𝟯14.04.2026 | 25 SYAWAL 1447 | SELA...
14/04/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗-𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗭𝗢𝗡 𝟯

14.04.2026 | 25 SYAWAL 1447 | SELASA

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perujian Tilawah Al-Quran bagi murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor Zon 3 di Buloh Kasap.

Program ini bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat dalam seni bacaan Al-Quran, malah turut memupuk kecintaan terhadap Kalamullah serta meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi. Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi asbab untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran dan berakhlak mulia. 🤲📖






𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗜𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗭𝗔𝗟𝗜𝗡𝗔10.04.2026 | 22 SYAWAL 1447 | JUMAATAlhamdulillah, dengan penuh r...
10/04/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗜𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗭𝗔𝗟𝗜𝗡𝗔

10.04.2026 | 22 SYAWAL 1447 | JUMAAT

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, majlis yang penuh bermakna ini telah berlangsung dengan lancar dan meriah 💛

Selain meraikan keberkatan Syawal, kita juga turut mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas segala jasa serta pengorbanan Ustazah Zalina sepanjang berkhidmat di SA Batu Anam. Semoga segala ilmu dan bakti yang dicurahkan menjadi asbab keberkatan yang berpanjangan 🌸

Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menyediakan juadah yang enak-enak 🤍

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
🤲 Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal selamanya


𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗔𝗡𝗔𝗠08.04.2026 | 20 SYAWAL 1447 | RABUAlhamdulillah, telah berlangsung den...
08/04/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗔𝗡𝗔𝗠

08.04.2026 | 20 SYAWAL 1447 | RABU

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Simulasi Kebakaran di Sekolah Agama Batu Anam. Program ini memberi pendedahan yang sangat penting kepada murid-murid dan warga sekolah tentang langkah keselamatan serta tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Bomba Segamat atas kerjasama, komitmen dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga segala usaha ini dapat meningkatkan kesedaran dan keselamatan semua.



21/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔-𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐀𝐌.

20/03/2026

𝗧𝗔𝗞𝗕𝗜𝗥 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗-𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗔𝗡𝗔𝗠

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 & 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗔𝗡𝗔𝗠 16.03.2026 | 26 RAMADAN 1447 | ISNINAlhamdulillah, bersempena ...
16/03/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 & 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗔𝗡𝗔𝗠

16.03.2026 | 26 RAMADAN 1447 | ISNIN

Alhamdulillah, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Sekolah Agama Batu Anam akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Agihan Bubur Lambuk sebagai tanda kesyukuran dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.
Majlis ini turut diserikan dengan penglibatan para murid yang telah bertadarus sepanjang Ramadan serta aktiviti agihan bubur lambuk kepada warga sekolah. Semoga program ini dapat menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan memupuk semangat berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini.
📅 Hari: Isnin�📆 Tarikh: 16 Mac 2026 / 26 Ramadan 1447H�⏰ Masa: 2.00 Petang – 5.30 Petang�📍 Tempat: Dewan Terbuka, SA Batu Anam
Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
“Al-Quran di hati, Ramadan diberkati.” ✨
� �



11/03/2026

اونتوق ايدرن سݢرا،

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

چوتي تمبهن سمڤنا ڤراياءن سمبوتن هاري راي عيدالفطري تاهون 𝟐𝟎𝟐𝟔

دڠن حرمتڽ کڽاتاءن ميديا اوليه کمنترين ڤنديديقن ماليسيا (KPM) برتاريخ 10 مچ 2026 اداله دروجوع.

اونتوق معلومن، برداسرکن کڽاتاءن ميديا ترسبوت، بهاݢين ڤنديديقن إسلام منيمبل ݢونا تمبهن چوتي ڤراياءن سمڤنا سمبوتن هاري راي عيدالفطري تاهون 2026.

سهوبوڠن دڠن ايت چوتي تمبهن سمڤنا ڤراياءن هاري راي عيدالفطري دبريکن ڤد هاري رابو 18 مچ 2026 باݢي سكوله اݢام كراجاءن جوهر دان اينستيتوسي٢ ڤنديديقن إسلام نݢري جوهر.

سكيان

ڤڠاره
جابتن اݢام إسلام نݢري جوهر
11 مچ 2026 برساماءن 21 رمضان 1447

Address

Kampung Kenangan, Jalan Sekolah Agama, Batu Anam,
Segamat
85100

Opening Hours

Monday 13:00 - 18:30
Tuesday 13:00 - 18:30
Wednesday 13:00 - 18:30
Thursday 13:00 - 18:30
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 13:00 - 18:30

Telephone

+60196825815

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SABA Sekolah Agama Batu Anam - Original PAGE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SABA Sekolah Agama Batu Anam - Original PAGE:

Shortcuts

Share

Category