03/04/2024
3 APRIL 2024 | PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK MPPTE (TINGKATAN 6)
Program ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan program Ihya Ramadan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan keimanan dan penuh mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu". Bagi menyambut seruan Rasulullah SAW tersebut, Majlis Perhubungan Pelajar Tingkatan Enam (MPPTE) menyatakan komitmen untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan menganjurkan PROGRAM BUBUR LAMBUK TAHUN 2024
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah khususnya para guru yang memberikan sokongan penuh terhadap program ini. Terima kasih juga kepada pelbagai pihak yang memberi sumbangan : Kilang Sawit Palong Timur, Pejabat Felda Palong Timur 1, Pejabat Felda Palong Timur 2, Kedai Cik Mail, Koperasi Felda Palong Timur 3 dan Kedai Cik Tulimin
Semoga Ramadhan kali ini sedikit sebanyak telah memberi dorongan dan galakkan kepada kita semua untuk terus melakukan kebaikan.