SK LKTP Medoi

Call Directions Contact the school

SK LKTP Medoi

MEDOIRION WOWJUMAAT | 18 SEPTEMBER 2026 | DEWAN DR ZALIHA MUSTAFAMAJLIS SELAUT BUDI SERIBU MEMORI USTAZ KAMARULZAMAN BIN...
18/09/2026

MEDOIRION WOW
JUMAAT | 18 SEPTEMBER 2026 | DEWAN DR ZALIHA MUSTAFA

MAJLIS SELAUT BUDI SERIBU MEMORI USTAZ KAMARULZAMAN BIN MD NOR

Majlis ini bagi meraikan insan yang banyak berjasa. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman dapat dicoretkan bersama rakan-rakan guru dan AKP serta murid-murid.

Selamat berkhidmat di tempat baru ustaz. Terima kasih atas khidmat dan bakti selama 13 tahun menetap di bumi Johor khususnya di Felda Medoi. Jasamu dikenang selalu.

Padi menguning di bendang sawah,
Dipetik orang di hujung hari,
Meskipun jauh membawa arah,
Kenangan indah tetap di hati.

Sehingga berjumpa lagi. Moga tautan ukhuwah terus terjalin meskipun jaraknya memisahkan.

مع السلامة وإلى اللقاء.

UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRANSelamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Guru Besar Cikgu Abd Aziz bin Daud Abd Aziz Daud Aadnar  ...
15/09/2026

UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRAN

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Guru Besar Cikgu Abd Aziz bin Daud Abd Aziz Daud Aadnar 🎊🎈

Semoga dipanjang usianya dalam ketaatan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan semoga yang baik-baik mengiringi perjalanan kehidupan serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat✨

Alhamdulillah.. Semua warga SK LKTP Medoi gembira berpeluang menyambutnya bersama-sama usai Program Penutupan Bulan Kemerdekaan 2026. Selamat hari lahir Cikgu!

MEDOIRION WOWsKHAMIS | 15 SEPTEMBER 2026 | DEWAN DR ZALIHA MUSTAFAMAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SK LKTP MEDOI 2026M...
15/09/2026

MEDOIRION WOWs
KHAMIS | 15 SEPTEMBER 2026 | DEWAN DR ZALIHA MUSTAFA

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SK LKTP MEDOI 2026

Majlis penutupan ini disempurnakan oleh Cikgu Abd Aziz bin Daud, Guru Besar SK LKTP Medoi yang bertemakan Silang Budaya. Terdapat banyak pertandingan yang telah dianjurkan oleh setiap panitia.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang memberikan komitmen yang jitu terhadap setiap aktiviti yang dijalankan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

ANALISIS KEHADIRAN MURID MINGGU 31 / 2026KPI SEKOLAH & PPD SEGAMAT  : 95%Minggu ke 31 persekolahan telah mencatatkan per...
12/09/2026

ANALISIS KEHADIRAN MURID MINGGU 31 / 2026

KPI SEKOLAH & PPD SEGAMAT : 95%

Minggu ke 31 persekolahan telah mencatatkan peratusan keseluruhan kehadiran MENCAPAI KPI sekolah iaitu 96.10%

Pihak sekolah ingin mengingatkan kepada semua ibu bapa supaya cakna dan tidak mengambil mudah dengan kehadiran murid sekolah. Rancang aktiviti keluarga sebaiknya.

Sekiranya murid sakit, hantar surat cuti sakit kepada guru kelas untuk makluman pihak sekolah.

Teruskan usaha untuk mencapai 100% kehadiran.

Daripada :
Unit Hal Ehwal Murid
SK LKTP Medoi

Ayuh bersama-sama kita banteras rantaian dadah dan tabiat merokok dalam masyarakat kita. Infografik di bawah menyediakan...
10/09/2026

Ayuh bersama-sama kita banteras rantaian dadah dan tabiat merokok dalam masyarakat kita. Infografik di bawah menyediakan panduan, fakta, dan kesan nyata yang perlu kita ketahui bersama.

Kongsikan infografik ini sebagai tanda sokongan anda kepada komuniti bebas dadah dan rokok.





UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRANSelamat Ulang Tahun Kelahiran Puan Norhasniza binti Ram 🎊🎈Semoga dipanjang usianya dalam ket...
09/09/2026

UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRAN

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Puan Norhasniza binti Ram 🎊🎈

Semoga dipanjang usianya dalam ketaatan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan semoga yang baik-baik mengiringi perjalanan kehidupan serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat✨

INFOGRAFIK JEREBU UNTUK SEKOLAH KPM📚Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamata...
08/09/2026

INFOGRAFIK JEREBU UNTUK SEKOLAH KPM📚

Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan warga sekolah terus diberi perhatian ketika keadaan berjerebu. Ikuti panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”








UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRANSelamat Ulang Tahun Kelahiran Cik Suzana binti Hamnon 🎊🎈Semoga dipanjang usianya dalam ketaa...
08/09/2026

UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRAN

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Cik Suzana binti Hamnon 🎊🎈

Semoga dipanjang usianya dalam ketaatan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan semoga yang baik-baik mengiringi perjalanan kehidupan serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat✨

UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRANSelamat Ulang Tahun Kelahiran Ustaz Noor Azali bin Ismail🎊🎈Semoga dipanjang usianya dalam ke...
30/08/2026

UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRAN

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ustaz Noor Azali bin Ismail🎊🎈

Semoga dipanjang usianya dalam ketaatan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan semoga yang baik-baik mengiringi perjalanan kehidupan serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat✨

MAKLUMAN CUTI PENGGAL KE-2Selamat bercuti kepada semua murid-murid. Manfaatkan sebaiknya waktu cuti dengan perkara-perka...
30/08/2026

MAKLUMAN CUTI PENGGAL KE-2

Selamat bercuti kepada semua murid-murid. Manfaatkan sebaiknya waktu cuti dengan perkara-perkara berfaedah dan sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Daripada:
Unit Hal Ehwal Murid
SK LKTP Medoi

Address

Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079313985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK LKTP Medoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK LKTP Medoi:

Shortcuts

Share

Category