25/08/2026
π MAULIDUR RASUL 1448H: SEMARAK SELAWAT, SUBURKAN CINTA, BERKATKAN UMMAH.
βMADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATIβ
π 25 Ogos 2026 menjadi saksi meriahnya Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMKA Segamat yang berlangsung penuh penghayatan, kesyukuran dan semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
π Menariknya, sehari sebelum sambutan berlangsung, warga SMKA Segamat telah bergotong-royong melapah dan memotong daging sebagai persiapan bagi jamuan yang diadakan selepas majlis pada hari ini. Semangat kerjasama dan kebersamaan yang dizahirkan menjadi cerminan indah budaya kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah dalam menjayakan sambutan penuh bermakna ini.
π Pada hari ini, sambutan dimulakan dengan tazkirah ringkas Maulidur Rasul oleh Tuan Pengetua, sebelum diteruskan dengan taklimat perjalanan majlis oleh Ustaz Muhammad Alif bin Jamali.
π Suasana semakin meriah apabila warga SMKA Segamat bersama-sama menyertai perarakan selawat menuju ke Dewan Luqman Al-Hakim. Gema selawat terus menghidupkan suasana melalui acara Semarak Semangat Selawat yang dipimpin oleh Kumpulan Nasyid Ar-Rayyan.
π Acara kemuncak diserikan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Dr. Hj. Wan Ismail bin Wan Dagang, yang mengajak seluruh warga sekolah untuk terus meneladani akhlak, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW.
π Lebih bermakna, sambutan turut mendapat sokongan dan kehadiran ibu bapa, di samping sumbangan daripada para penyumbang yang sama-sama membantu menjayakan program ini.
ππ» Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, ibu bapa, guru, murid serta seluruh warga SMKA Segamat atas komitmen dan sokongan yang diberikan.
π€²π» Semoga sambutan Maulidur Rasul ini bukan sekadar menjadi acara tahunan, tetapi menjadi titik tolak untuk kita terus menyemarakkan selawat, menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Mudah-mudahan lahir generasi SMKA Segamat yang berjiwa Madani, berakhlak mulia, bersatu hati dan sentiasa berada dalam limpahan keberkatan Allah SWT.