PIBG SK Kemedak

PIBG SK Kemedak Persatuan IbuBapa dan Guru SK Kemedak

20/06/2023
13 JUN 2023 l SELASA l BILIK MESYUARAT SKKAlhamdulillah mesyuarat AJK PIBG telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.. Sem...
13/06/2023

13 JUN 2023 l SELASA l BILIK MESYUARAT SKK

Alhamdulillah mesyuarat AJK PIBG telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.. Semoga apa yg telah direncanakan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Jutaan terima kasih juga kepada YDP PIBG kerana sudi menjamu kami semua..😁😁






Selamat berpindah Cikgu Norsuzana Hussein dan En Abd Razak Ibrahim.. Mereka juga merupakan AJK PIBG SKK..Semoga terus ce...
13/06/2023

Selamat berpindah Cikgu Norsuzana Hussein dan En Abd Razak Ibrahim.. Mereka juga merupakan AJK PIBG SKK..Semoga terus cemerlang di sekolah baharu.

Seluruh warga PIBG SKK mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di SK Kemedak..

Selamat Maju Jaya...



12 DISEMBER 2022 | SK KEMEDAK | SELAMAT DATANG, CIKGU HAIRILANUAR BIN MASONTahniah dan selamat datang kami ucapkan kepad...
12/12/2022

12 DISEMBER 2022 | SK KEMEDAK | SELAMAT DATANG, CIKGU HAIRILANUAR BIN MASON

Tahniah dan selamat datang kami ucapkan kepada Cikgu Hairilanuar Bin Mason yang akan menjawat jawatan Guru Besar SK KEMEDAK yang baru.

KAMI AJK PIBG SK KEMEDAK sangat mengalu-alukan kedatangan Tuan. Tahniah dan semoga SKK terus melangkah cemerlang dan gemilang di bawah kepimpinan beliau.



Alhamdulillah....Pasukan bola sepak bawah umur 10 tahun "Kemedakians FC" telah menyertai WIRA PALONG CUP 2022 anjuran Ke...
11/12/2022

Alhamdulillah....

Pasukan bola sepak bawah umur 10 tahun "Kemedakians FC" telah menyertai WIRA PALONG CUP 2022 anjuran Kelab Bola Sepak Wira Palong bertempat di Padang SK (F) Palong 4, Gemas, Negeri Sembilan.

TAHNIAH diucapkan kepada team 'Kemedakians FC' dan TERIMA KASIH atas sokongan PADU ibu ayah serta keluarga Sk Kemedak...anda mmg hebattttt ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Kredit : FB SK Kemedak Segamat Johor



Alhamdulillah...Seramai 2 orang murid SK Kemedak, telah berjaya menerima sijil dan Lencana Kenaikan Pangkat dalam Uiian ...
09/12/2022

Alhamdulillah...

Seramai 2 orang murid SK Kemedak, telah berjaya menerima sijil dan Lencana Kenaikan Pangkat dalam Uiian Kenaikan Pangkat TKRS Peringkat Kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada anak² Kemedakians.. anda mmg terbaikk ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Kredit : FB Sk Kemedak



08/12/2022

CUTI PENGGAL 3 | SESI AKADEMIK 2022/2023 | SK KEMEDAK

Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid dan warga SK Kemedak bermula 09 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022.

Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau keselamatan dan aktiviti anak- anak sepanjang cuti sekolah.

Semoga kita berjumpa lagi di sekolah pada 1 Januari 2023 (Ahad) dengan keadaan sihat dan ceria.

In syaa Allah.

Selamat bercuti dari kami...
AJK PIBG SK KEMEDAK 💙❤️


MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI~SEMPENA PERSARAAN CIKGU MUHAMMAD NOR BIN SHAKRONI🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟30 NOVEMBER 2022 | R...
30/11/2022

MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI~
SEMPENA PERSARAAN
CIKGU MUHAMMAD NOR BIN SHAKRONI

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

30 NOVEMBER 2022 | RABU | SK KEMEDAK

Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung;
Jasamu tetap dikenang,
Budimu cikgu tetap disanjung.

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup,
Dunia persaraan Tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.

Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana majlis persaraan insan hebat ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Selamat bersara diucapkan kepada Cikgu Muhammad Nor Bin Shakroni, Guru Besar SK Kemedak daripada semua Ibu Bapa/ Penjaga warga SK Kemedak.

Insan hebat ini sememangnya dikagumi kerana beliau merupakan seorang guru dan pentadbir yang sangat berdedikasi dan sentiasa konsisten dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Kepimpinan dan senyumannya pasti bakal dirindui oleh seluruh warga sekolah.

Kami mendoakan semoga Cikgu Muhammad Nor akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.😭😭😭





10 NOVEMBER 2022 | KHAMIS | UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA  (UITM) CAWANGAN JOHOR, SEGAMAT.Turut serta dalam Majlis Perasmian...
10/11/2022

10 NOVEMBER 2022 | KHAMIS | UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) CAWANGAN JOHOR, SEGAMAT.

Turut serta dalam Majlis Perasmian Johor Food Security Hero Daerah Segamat & Penyerahan Insentif Bio-Johor 2022.

Jutaan terima kasih atas undangan dan segala sumbangan akan dimanfaatkan sebaiknya demi kecemerlangan organisasi dan tentunya untuk kemenjadian anak² SK Kemedak. 💙❤️



9 NOVEMBER 2022 | RABU | SK KEMEDAKAlhamdulillah...telah berlangsung majlis penyerahan wakaf kipas sempena program WAKAF...
09/11/2022

9 NOVEMBER 2022 | RABU | SK KEMEDAK

Alhamdulillah...telah berlangsung majlis penyerahan wakaf kipas sempena program WAKAF KIPAS DAN WIRING SK KEMEDAK yg telah dilancarkan baru² ini. Penyerahan disempurnakan oleh Tuan Mohd Salim bin Abu Bakar ( REGIONAL CONTROLLER KOMPLEK PALONG) kepada pihak sekolah.

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan semoga amal ibadah kita mendapat rahmat dan keredhaanNya..💙❤️

Kredit : FB Sk Kemedak

🤲🤲🤲


1 NOVEMBER 2022 | SELASA | THE VIEW HOTEL, SEGAMATLensa kamera sekitar PROGRAM WACANA HALA TUJU PENDIDIKAN PARLIMEN SEGA...
02/11/2022

1 NOVEMBER 2022 | SELASA | THE VIEW HOTEL, SEGAMAT

Lensa kamera sekitar PROGRAM WACANA HALA TUJU PENDIDIKAN PARLIMEN SEGAMAT bersama Tuan PPD Segamat yang melibatkan pengurusan PIBG sekolah dan warga pendidik Sekolah-Sekolah Parlimen Segamat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG SKK yg hadir dan semoga segala amanat, visi dan misi yg disampaikan akan dapat digalas dengan baik supaya menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah dan memastikan kemenjadian murid khasnya anak² SK Kemedak 😁


❤️PROGRAM WAKAF KIPAS DAN WIRING SK KEMEDAK❤️Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseor...
29/10/2022

❤️PROGRAM WAKAF KIPAS DAN WIRING SK KEMEDAK❤️

Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Untuk itu program wakaf ini dilancarkan bersama kolaborasi antara KOMPLEK PALONG & PIBG SK KEMEDAK bertujuan bagi kegunaan anak-anak warga Komplek Palong yang bersekolah di SK Kemedak.

Semoga dengan usaha ini, akan bertambahnya kebaikan dan keberkatan buat semua pewakaf-pewakaf dan semua yang terlibat dalam menjayakan Program Wakaf Kipas dan Wiring SKK.

Jazakumullah Khairan Kathiran.




Address

KB 525, 85009 SEGAMAT
Segamat
85008

Telephone

+60137593742

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Kemedak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PIBG SK Kemedak:

Share

Category