SMK Sebuyau

SMK Sebuyau "Berusaha Hingga Berjaya"

📌PERTANDINGAN NYANYIAN POP DUO SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI 2026 📆19 & 22 MEI 2026 | SARIKEI SYABAS & TAHNIAH!!!👏👏👏...
22/05/2026

📌PERTANDINGAN NYANYIAN POP DUO SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI 2026

📆19 & 22 MEI 2026 | SARIKEI

SYABAS & TAHNIAH!!!👏👏👏

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan peserta nyanyian dari SMK Sebuyau yang telah mewakili PPD Simunjan dalam Pertandingan Nyanyian Pop Duo Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 yang telah berlangsung di Sarikei.

Pencapaian murid :

5️⃣Tempat ke 5
Mohd Shahlan Daniyal Bin Abdullah
Mohd Taufiqillah Bin Hijan

Semoga bakat, usaha dan semangat yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada semua murid serta terus mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan gemilang! 🎤✨





📸Christy Suzila

📌 DIALOG PRESTASI BERSAMA MURID TING 5 SPM 2026📆22 MEI 2026 | DEWAN SERBAGUNA SMK SEBUYAU 🌻Dialog Prestasi Bersama Murid...
22/05/2026

📌 DIALOG PRESTASI BERSAMA MURID TING 5 SPM 2026

📆22 MEI 2026 | DEWAN SERBAGUNA SMK SEBUYAU

🌻Dialog Prestasi Bersama Murid Ting 5 @ calon - calon SPM 2026 telah dilaksanakan bagi membincangkan prestasi & pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) 2026.

Melalui data yang telah dibentangkan keputusan PPSA T5 2026 menunjukkan data yang positif & memberansangkan berbanding kohort SPM 2025 dalam peperiksaan yang sama pada tahun lepas.

Semoga sasaran ( ETR) SPM 2026 dapat dicapai & direalisasikan oleh semua 185 calon SPM 2026 bagi melonjakkan pencapaian GPS dan peratus layak sijil sekolah .





4.9
💯

📸Radiah, Rafidah, Farhana

📌PROGRAM JELAJAH KESIHATAN ORAL TANPA AMALAN MEROKOK (KOTAK) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026📅20 MEI 2026 [RABU]Bahagian Pe...
21/05/2026

📌PROGRAM JELAJAH KESIHATAN ORAL TANPA AMALAN MEROKOK (KOTAK) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026

📅20 MEI 2026 [RABU]

Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Samarahan serta Kolaborasi Strategik bersama Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan telah menganjurkan Program Jelajah Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna SMK Sebuyau, Sarawak.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Hasbi bin Ancheh, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan. Turut hadir bersama :

- Dr. Zairina binti Zainurain, Penyelaras program KOTAK negeri Sarawak
- Dr. Ida Suraya binti Ismail, Pegawai Pergigian Bahagian Samarahan
- Pn. Iliadne Francis Medan, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sebuyau
- Pn. Wan Hayati binti Wan Wahed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sebuyau

📌Program KOTAK merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2016 yang bertujuan mengenal pasti murid sekolah rendah serta menengah yang merokok atau berisiko tinggi untuk merokok agar usaha pencegahan serta intervensi berhenti merokok dapat dihasilkan dengan lebih awal.

Turut berlangsung pada majlis ini, sesi menandatangani bunting rasmi Jelajah KOTAK Negeri Sarawak oleh Encik Hasbi Bin Ancheh.

Majlis telah dimulakan dengan satu sesi forum yang bertajuk “Tanpa Rokok, Tanpa V**e, Senyum Sihat.. Kita Hebat!”. Barisan Panel terdiri daripada :

- Dr Nurul Hana binti Saiful Empon, Pegawai Perubatan, Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan
- Dr Nur Amira Liew binti Abdul Rahman, Pegawai Pergigian yang menjaga Klinik Pergigian Sebuyau
- Cikgu Sharifah Farhana binti Haji Wan Kassim, Kaunselor SMK Sebuyau

Selain itu, turut berlangsung sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dianjurkan:

Pertandingan Melukis Poster (Menengah Atas)
🥇Lorrena Livia Anak Munggi Mathew (5 Nilam)
🥈Rebecca Tada Anak Senin (5 Nilam)
🥉Sharifah Ainul Hayat binti Wan Halmi (5 Berlian)

Pertandingan Melukis Poster (Menengah Rendah)
Cynthia Aurey Anak Fali Lawrence (3 Berlian) - Saguhati

“Tanpa Rokok, Tanpa V**e, Senyum Sihat.. Kita Hebat!”





📽Miza, Murni, Sh Farhana

20/05/2026

📌KARNIVAL STEM PERINGKAT PPD SIMUNJAN TAHUN 2026

📅 19 MEI 2026 | SELASA





📽️Amani, Nurasyikin Hedeir

📌KARNIVAL STEM PERINGKAT PPD SIMUNJAN TAHUN 2026📅 19 MEI 2026 | SELASASekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua...
20/05/2026

📌KARNIVAL STEM PERINGKAT PPD SIMUNJAN TAHUN 2026
📅 19 MEI 2026 | SELASA

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan dalam Karnival STEM Peringkat PPD Simunjan. Penyertaan dan semangat yang ditunjukkan membuktikan generasi muda mampu berfikir secara kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam bidang STEM.

🏆Keputusan Rasmi Pertandingan

Pertandingan Water Rocket Challenge 🚀
🥇SMK Simunjan No.1
🥈SMK Sri Sadong
🥉SMK Sebuyau

Pertandingan Bridge Building Challenge🌉
🥇SMK Simunjan No.1
🥈SMK Simunjan No.1
🥉SMK Sebuyau
4️⃣ SMK Sebuyau

Pertandingan Drone Challenge✈️
🥇SMK Sebuyau
🥈SMK Sri Sadong

Terima kasih kepada para guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan terima kasih juga kepada warga SMK Sebuyau sebagai penganjur khususnya pihak pentadbir dan AJK pelaksana yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan pertandingan ini.





📸📽️ Nurasyikin Hedeir, Nur Amani, AJK STEM

📌 UNIMAS PRE-UNIVERSITY TRANS-BORNEO ROADSHOW (UPTR) : JERAYAWARA DI SMK SEBUYAU 2026📆 15 MEI 2026 | JUMAAT✨ Terima kasi...
19/05/2026

📌 UNIMAS PRE-UNIVERSITY TRANS-BORNEO ROADSHOW (UPTR) : JERAYAWARA DI SMK SEBUYAU 2026
📆 15 MEI 2026 | JUMAAT

✨ Terima kasih kepada Universiti Malaysia Sarawak atas kunjungan dan perkongsian ilmu dan pendedahan tentang pra-universiti ataupun asasi melalui program UNIMAS PRE-UNIVERSITY TRANS-BORNEO ROADSHOW (UPTR) : Jerayawara di SMK Sebuyau 2026 pada 15 Mei 2026.

Semoga program ini memberi inspirasi dan membuka lebih banyak peluang serta hala tuju pendidikan kepada murid-murid SMK Sebuyau. 💙💛





📸 Nurasyikin Hedeir

📌 MAJLIS PENANGGUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SEBUYAU KALI KE-43 TAHUN 2026📆 14 MEI 2026 | KHAMISGambar kenang-ken...
15/05/2026

📌 MAJLIS PENANGGUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SEBUYAU KALI KE-43 TAHUN 2026
📆 14 MEI 2026 | KHAMIS

Gambar kenang-kenangan bersama rumah sukan 🥰





📸AJK Dokumentasi, Nurasyikin Hedeir & Semua AJK yang terlibat 😁

📌 MAJLIS PENANGGUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SEBUYAU KALI KE-43 TAHUN 2026📆 14 MEI 2026 | KHAMISKejohanan Olahrag...
15/05/2026

📌 MAJLIS PENANGGUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SEBUYAU KALI KE-43 TAHUN 2026
📆 14 MEI 2026 | KHAMIS

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Sebuyau 2026 berlangsung dengan penuh semangat, kerjasama dan warna-warni kenangan. 🏆✨

Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Sebuyau kali ini disempurnakan oleh Puan Dayang Norhasmah binti Nasron, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan (SPbM).

Keputusan kejohanan 2026
🟡Tempat Pertama: Rumah Kuning
🟢Tempat Kedua: Rumah Hijau
🔴Tempat Ketiga: Rumah Merah
🔵Tempat Keempat: Rumah Biru

Tahniah kepada semua murid, rumah sukan, guru serta warga sekolah yang telah menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang. Semoga semangat kesukanan terus mekar dalam diri semua! 💪🔥





📸AJK Dokumentasi, Nurasyikin Hedeir & Semua AJK yang terlibat 😁

14/05/2026
📌 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SEBUYAU KALI KE-43 TAHUN 2026📆 14 MEI 2026 | KHAMISHARI KETIGA   📸AJK Dokumentasi, Nura...
14/05/2026

📌 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SEBUYAU KALI KE-43 TAHUN 2026
📆 14 MEI 2026 | KHAMIS

HARI KETIGA





📸AJK Dokumentasi, Nurasyikin Hedeir & Semua AJK yang terlibat

Address

Jalan Sawmill
Sebuyau
94850

Telephone

+6083467146

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sebuyau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Sebuyau:

Shortcuts

Share

Category