SJK C Chung San Sebauh

SJK C Chung San Sebauh A small Chinese school in a small town call Sebauh, Bintulu, Sarawak.

16/04/2026

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2026

🗓 : 13-17 April 2026 (Isnin-Jumaat)
⏰ : 9.40 pagi
📍 : Dewan Terbuka SJKC Chung San Sebauh

Penyalahgunaan dadah merupakan satu masalah sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.

Sehubungan itu, Program Minggu Anti Dadah ini dirancang untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang bahaya dadah serta kesan negatifnya terhadap kehidupan.

Program ini juga bertujuan untuk mendidik pelajar agar menjauhi dadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Antara Pengisian Menarik :

✏️Pertandingan Mewarna Poster
📝Pertandingan Doodle Antidadah
👣Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah oleh Unit K9

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh ilmu dan pengalaman ini.

17/12/2025

🚨 LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN BENCANA BANJIR TAHUN 2025 🚨

🗓 17 DISEMBER 2025 (RABU)
⏰ 09.00 A.M
📍 DEWAN TERBUKA, SJKC CHUNG SAN SEBAUH / TEMPAT LETAK KERETA KLINIK KESIHATAN SEBAUH

Latihan ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan warga sekolah dan memastikan semua memahami prosedur keselamatan sekiranya berlaku bencana banjir.

👏 Tahniah kepada semua yang terlibat.

02/12/2025

🎉 SUKANEKA PRASEKOLAH SJKC CHUNG SAN SEBAUH 2025 🎈

🗓 02 DISEMBER 2025 (SELASA)
⏰ 7.00 A.M - 11.30 A.M
📍 DEWAN TERBUKA, SJKC CHUNG SAN SEBAUH

Meriah dan penuh gelak tawa! Sukaneka Prasekolah SJKC Chung San Sebauh telah berlangsung dengan begitu ceria di dewan terbuka sekolah. Program ini menghimpunkan murid prasekolah bersama ibu bapa dalam suasana riang yang mengeratkan hubungan dan menambah keyakinan diri anak-anak.

🎈 Acara Murid :
1️⃣ Speed stacking- menyusun cawan
2️⃣ Mengisi air menggunakan spam ke dalam botol
3️⃣ Menggumpul gelung getah menggunakan straw

👨‍👩‍👧‍👦 Acara Pewaris + Anak :
1️⃣ Menyambut bola dalam bakul

🎊 Acara Individu Pewaris :
1️⃣ Melontar gelung ke kon

Setiap acara diwarnai dengan sorakan, semangat permainan dan kegembiraan anak-anak yang mencuba sehabis baik.

Terima kasih kepada semua guru prasekolah serta waris yang turut menjayakan program ini. Semoga memori indah hari ini menjadi kenangan manis buat anak-anak SJKC Chung San Sebauh.


📋家长/ 监护人通知以下是2026学年实巴荷中山学校学前教育班的学生名单,仅供家长参考,谢谢。📋Makluman kepada ibu bapa/penjagaBerikut merupakan senarai nama murid Pra...
13/10/2025

📋家长/ 监护人通知
以下是2026学年实巴荷中山学校学前教育班的学生名单,仅供家长参考,谢谢。

📋Makluman kepada ibu bapa/penjaga
Berikut merupakan senarai nama murid Prasekolah SJK(C) Chung San bagi Sesi Persekolahan 2026 untuk pengetahuan awal ibu bapa, terima kasih.

Makluman kepada pembekal-pembekal yang berminat.
07/10/2025

Makluman kepada pembekal-pembekal yang berminat.

02/10/2025

MAJLIS PERAYAAN KUIH BULAN TAHUN 2025

🗓 02 OKTOBER 2025 (KHAMIS)
📍 DEWAN TERBUKA, SJKC CHUNG SAN SEBAUH

Antara Aktiviti yang dijalankan :

1. Pertandingan membuat Tanglung kitar semula.
2. Aktiviti membuat kuih bulan.
3. Aktiviti seni kraf tangan.
4. Pertandingan mewarna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

04/09/2025

PROGRAM PERHIMPUNAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SJKC CHUNG SAN SEBAUH TAHUN 2025

🗓 29 OGOS 2024 (JUMAAT)
⏰ 7.20 A.M
📍 DEWAN TERBUKA, SJKC CHUNG SAN SEBAUH

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Address

Jalan Sebauh
Sebauh
97100

Telephone

+6086422168

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJK C Chung San Sebauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SJK C Chung San Sebauh:

Shortcuts

Share

Category