SMK Sebauh

SMK Sebauh Halaman Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh

Official Page Sebauh Secondary School (SebaSS)

SEKALUNG TAHNIAH BUAT TUAN PENGETUA! 🎖️Kami warga sekolah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua SMK ...
30/04/2026

SEKALUNG TAHNIAH BUAT TUAN PENGETUA! 🎖️

Kami warga sekolah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua SMK Sebauh Cikgu Sewing Gak atas penganugerahan pingat Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) di Astana Negeri Sarawak pada 28 April 2026.

Satu pengiktirafan yang sangat layak buat seorang pemimpin yang tidak pernah lelah berusaha demi kejayaan anak-anak didik dan sekolah. Kami tumpang bangga atas pencapaian ini!

Semoga Tuan Pengetua terus diberkati dan cemerlang dalam memimpin SMK Sebauh ke mercu kejayaan. 👏✨

Kejohanan Taekwondo Kyorugi Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak kali ke-9 Tahun 2026. SMK Sebauh telah menghantar 18...
23/04/2026

Kejohanan Taekwondo Kyorugi Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak kali ke-9 Tahun 2026. SMK Sebauh telah menghantar 18 orang atlet dan 14 atlet telah memenangi pingat mengikut kategori masing-masing.

1. Anessa Cheryl - Pingat Gangsa
2. ⁠Russel Xavier Sillas - Pingat Perak
3. ⁠Androni Hizkea - Pingat Gangsa
4. ⁠Viviana Nayan - Pingat Perak
5. ⁠Andrea Luke - Pingat Gangsa
6. ⁠Beatriz Wendy - Pingat gangsa
7. ⁠Jamie Tiong - Pingat Perak
8. ⁠Cadence Tiong - Pingat Emas
9. ⁠Angela Siman - Pingat Gangsa
10. ⁠Easther Dinggu - Pingat Gangsa
11. ⁠Jasminiey Gabrella Anak Jhony - pingat Gangsa
12. ⁠Damien Elnathan - Pingat Gangsa
13. ⁠Aryanna Darlene - Pingat Gangsa
14. ⁠Meliariza Ladai - Pingat Emas

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan.

🎤✨ TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada peserta SebaSS yang menyertai Pertandingan Genta Suara Peringkat Daerah PPDTS.🎶 Sol...
02/04/2026

🎤✨ TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada peserta SebaSS yang menyertai Pertandingan Genta Suara Peringkat Daerah PPDTS.

🎶 Solo Lelaki
🥇 Johan
🥉 Tempat Ketiga

🎶 Solo Perempuan
🥇 Johan
🏅 Tempat Keempat

🎶 Solo PPKI
🥇 Johan

🎶 Duet/Duo
🥇 Johan
🥈 Naib Johan

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para peserta serta bimbingan berterusan guru-guru yang berdedikasi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!

🌟 Makluman: Para pemenang akan mewakili PPDTS ke Pertandingan Genta Suara Peringkat Negeri yang akan berlangsung di Sarikei pada bulan Mei nanti.

Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi!

Kejohanan Badminton MSSB Bintulu 2026 🏸Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Badminton SebaSS atas pencapaian yang ba...
02/04/2026

Kejohanan Badminton MSSB Bintulu 2026 🏸

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Badminton SebaSS atas pencapaian yang baik!!

🏸 Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun (L15)
🥉 Oscar Lee An An

🏸 Perseorangan Perempuan Bawah 15 Tahun (P15)
🥉 Song Aliana Grace

🏸 Beregu Perempuan Bawah 15 Tahun (P15)
🥉 Vivian Lee / Nurul
🥉 Song Aliana Grace / Asyikin

Tahniah juga diucapkan kepada Song Aliana Grace yang telah terpilih mewakili Bintulu ke peringkat Negeri pada bulan Mei nanti. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. 👏


Warga SebaSS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet SMK Sebauh yang telah menyertai Kejohanan Merentas De...
01/04/2026

Warga SebaSS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet SMK Sebauh yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSS Sarawak 2026.

Pencapaian:
🏅L 15 Daren Abiel Najin anak Kelvin - Tempat ke 5
🏅P 15 Phryscalyane Derbie Jering anak Ganya - Tempat ke 7
🏅P 15 Jenny anak Benang - Tempat ke 19
🏅P 18 Felicia anak Selat - Tempat ke 10

Sekalung penghargaan dan syabas diucapkan atas pencapaian cemerlang apabila Daren Abiel berjaya terpilih untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM di Labuan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.


DEBARAN SPM 2025 BERAKHIR HARI INI! 🎓✨Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian hari ini. Sesungguhn...
31/03/2026

DEBARAN SPM 2025 BERAKHIR HARI INI! 🎓✨

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian hari ini.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah berkat usaha, doa ibu bapa, dan bimbingan guru-guru yang ikhlas.

Semoga keputusan yang diterima hari ini menjadi asbab untuk kalian terus berjaya di dunia dan di akhirat. Teruslah merendah diri dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka yang tulang belakang kejayaan kalian.

Selamat maju jaya dalam fasa kehidupan seterusnya

16/03/2026

SESI PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA

Kementerian Pendidikan (KPM) prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.

Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita






Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 18 Mac 2026 sehingga 29 Mac 2026.30 Mac 2025 (Isnin) mula sesi persekolahan se...
16/03/2026

Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 18 Mac 2026 sehingga 29 Mac 2026.

30 Mac 2025 (Isnin) mula sesi persekolahan seperti biasa.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Di kesempatan ini, warga SMK Sebauh ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang menyambutnya.
Semoga hari raya ini membawa kegembiraan yang tiada tandingan dan kebahagiaan yang melimpah kepada anda sekeluarga.

📍Mesyuarat Agung PIBG 2026Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan ...
14/03/2026

📍Mesyuarat Agung PIBG 2026

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 14 Mac 2026 dengan kehadiran ibu bapa, penjaga serta warga sekolah.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk berkongsi pandangan, membincangkan perancangan sekolah serta mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan murid.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberi sokongan kepada program sekolah. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus memperkukuh usaha kita dalam memastikan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.

✨ Bersama Membina Kecemerlangan Anak-anak

21/02/2026

Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh warga SebaSS.
Diharapkan semua murid hadir dengan semangat yang diperbaharui, azam yang lebih kukuh serta kesungguhan dalam meneruskan pembelajaran demi mencapai kejayaan yang cemerlang.

13/02/2026

🔥🚒 Latihan Kebakaran (Fire Drill) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu 🚒🔥

Hari ini warga sekolah telah menjalani latihan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Semua murid dan guru memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi arahan serta bergerak ke kawasan berkumpul secara teratur. Pihak bomba turut memberikan penerangan ringkas berkaitan langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran.

Terima kasih kepada JBPM Bintulu atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang amat bermakna.
🔥 Keselamatan Tanggungjawab Bersama 🔥

Address

Km 1, Jalan Sebauh-Bintulu
Sebauh
97100

Telephone

+6086422126

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sebauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Sebauh:

Shortcuts

Share

Category