SK Abang Haji Matahir

SK Abang Haji Matahir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Abang Haji Matahir, Elementary School, Jalan Masjid Baru, Sarikei.

21/07/2026

πŸŽ₯ MONTAJ MAJLIS PERSARAAN | ENCIK HAMDI BIN HASENAN

β€œJasa terlakar, budi berakar.”

Setelah 33 tahun berkhidmat (1993–2026) dalam dunia pendidikan, tibalah saat untuk kami mengucapkan selamat bersara kepada Encik Hamdi bin Hasenan.

Sepanjang perjalanan sebagai seorang pendidik, beliau telah mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh dedikasi serta menjadi inspirasi kepada warga sekolah dan anak-anak didik. Segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

β€œPergimu bukan kerana jasa telah berakhir, tetapi kerana tugas telah disempurnakan dengan penuh cemerlang. Jasamu dikenang, budimu disanjung.”

Warga SK Abang Haji Matahir, Sarikei merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.

🌹 Selamat Bersara, Encik Hamdi bin Hasenan.
Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan kepada dunia pendidikan.

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.
✨ Inspirasi Sepanjang Zaman.

🌟 CONGRATULATIONS & THANK YOU🌟On 15 July 2026, SK Abang Haji Matahir successfully hosted the Dare to Spell Sarikei Distr...
15/07/2026

🌟 CONGRATULATIONS & THANK YOU🌟

On 15 July 2026, SK Abang Haji Matahir successfully hosted the Dare to Spell Sarikei District Level Competition 2026 (Primary School Category).

Congratulations to all winners on their outstanding achievements. Well done also to all participants for their confidence, determination and excellent performance throughout the competition.

Our sincere appreciation and gratitude go to all participating schools, accompanying teachers, committee members, judges and everyone who contributed to the success of this event.

Thank you for your support, and we look forward to seeing you again in future competitions. πŸ’™πŸ’›

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟Warga SK Abang Haji Matahir, Sarikei mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Ummi Najwa ata...
09/07/2026

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟

Warga SK Abang Haji Matahir, Sarikei mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Ummi Najwa atas kejayaan meraih Tempat Kelima dalam Public Speaking Competition Peringkat Daerah Sarikei.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing atas komitmen dan bimbingan yang telah diberikan sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. πŸ’™πŸ’›

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Warga SK Abang Haji Matahir, Sarikei merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Nur Rufai’ah ...
09/07/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Warga SK Abang Haji Matahir, Sarikei merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Nur Rufai’ah Addenieya Binti Sofian atas kejayaan muncul sebagai JOHAN dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Peringkat Daerah Sarikei (Sekolah Rendah). πŸ†πŸŽ€

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan bimbingan sehingga membuahkan kejayaan yang amat membanggakan ini. Sesungguhnya kejayaan murid adalah hasil daripada kerjasama, dedikasi dan semangat warga pendidik yang tidak pernah mengenal erti penat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan mengharumkan nama SK Abang Haji Matahir. πŸ’™πŸ’›

26/06/2026

INFO : Matriks Pembelajaran diperkenalkan bagi memperkukuh sistem pentaksiran pendidikan yang lebih telus, konsisten dan berfokus kepada perkembangan pembelajaran murid secara berterusan.

Pelaksanaan akan melibatkan murid Tahun 4 mulai Tahun 2026 dan Tingkatan 3 mulai Tahun 2027. Inisiatif ini memberi penekanan kepada pengesanan awal, intervensi berterusan serta pengukuhan pembelajaran murid untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

πŸ“Œ Rujuk infografik untuk maklumat lanjut.







🌟 SELAMAT DATANG KE SK ABANG HAJI MATAHIR, SARIKEI 🌟Warga SK Abang Haji Matahir dengan penuh sukacita mengalu-alukan keh...
22/06/2026

🌟 SELAMAT DATANG KE SK ABANG HAJI MATAHIR, SARIKEI 🌟

Warga SK Abang Haji Matahir dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Cikgu Muhammad Azam bin Za’ba @ Jaba sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.

Semoga perjalanan baharu bersama warga SK Abang Haji Matahir dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan inspirasi dalam mendidik serta memimpin ke arah kecemerlangan.

Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Abang Haji Matahir.

πŸ’™ Bersama kita mencipta generasi gemilang, berakhlak mulia dan berwawasan.

🌷 Terima kasih dan selamat maju jaya kepada para guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak yang ...
19/06/2026

🌷 Terima kasih dan selamat maju jaya kepada para guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak yang telah menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di SK Abang Haji Matahir dari 8 hingga 19 Jun 2026.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk menjadi pendidik yang cemerlang pada masa hadapan. Teruskan melangkah dan menginspirasi generasi akan datang. 🌟

πŸš«πŸ’Š Majlis Pelancaran Program Anti Dadah 2026Pada hari Selasa, 16 Jun 2026, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program A...
19/06/2026

πŸš«πŸ’Š Majlis Pelancaran Program Anti Dadah 2026

Pada hari Selasa, 16 Jun 2026, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Anti Dadah 2026 di SK Abang Haji Matahir.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta membentuk generasi yang sihat, berdisiplin dan bebas daripada pengaruh dadah.

πŸ₯‡πŸ† SK Abang Haji Matahir Juara!Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SK Abang Haji Matahir atas kejayaan dinobatkan se...
19/06/2026

πŸ₯‡πŸ† SK Abang Haji Matahir Juara!

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SK Abang Haji Matahir atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pasukan Terbaik Kejohanan Olahraga MSSD Sarikei Tahun 2026.

Kejayaan ini adalah hasil dedikasi, semangat juang dan kerja berpasukan yang luar biasa. Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah! πŸ’ͺ✨

Awal Muharram 1448H πŸŒ™Tahun baharu Hijrah membuka lembaran baharu kehidupan. Semoga setiap langkah yang diatur dipenuhi k...
17/06/2026

Awal Muharram 1448H πŸŒ™

Tahun baharu Hijrah membuka lembaran baharu kehidupan. Semoga setiap langkah yang diatur dipenuhi keberkatan, setiap usaha dipermudahkan, dan setiap impian yang baik dipandu ke arah kejayaan.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

Address

Jalan Masjid Baru
Sarikei
96100

Telephone

+6084651652

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Abang Haji Matahir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Abang Haji Matahir:

Shortcuts

Share