Sk Bukit Kinyau, RASMI

Sk Bukit Kinyau, RASMI SK Bukit Kinyau, 96100 Sarikei
YBA6109

Selamat Datang! 😎
04/08/2026

Selamat Datang! 😎

Kejohanan Badminton ASAT Peringkat Daerah. Tahniah kepada wakil sekolah SK Bukit Kinyau atas segala usaha gigih sepanjan...
24/07/2026

Kejohanan Badminton ASAT Peringkat Daerah.

Tahniah kepada wakil sekolah SK Bukit Kinyau atas segala usaha gigih sepanjang pertandingan.

Tiada istilah kalah bagi seorang pemenang. keep it Up! 🏸

Selamat Hari Sarawak ! Sarawak telah mengalami satu rentetan sejarah penjajahan yang sangat panjang. Hari Sarawak yang d...
22/07/2026

Selamat Hari Sarawak !

Sarawak telah mengalami satu rentetan sejarah penjajahan yang sangat panjang. Hari Sarawak yang disambut pada hari ini adalah merupakan salah satu peristiwa penting bagi negeri Kenyalang yang wajar difahami rakyatnya. Disini saya akan menerangkannya secara periodisasi agar lebih mudah difahami dan dihayati.

1. James Brooke telah menjajah Sarawak selama 105 tahun yang bermula sekitar pertengahan abad ke-19.

2. Ugutan, kekuatan ketenteraan dan helah James Brooke telah berjaya membuat Raja Muda Hasyim (Pangiran Bendahara Kesultanan Brunei) mengistiharkan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada 24 September 1841.

3. Pada tahun 1842, Sultan Omar Ali Saiffudin II telah secara rasmi mengiktiraf pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak sekaligus menjadi wakil Negara Brunei.

4. Sarawak pada ketika itu wilayahnya tidak sebesar sekarang iaitu hanya meliputi Tanjung Datu hingga Samarahan.

5. Pada tahun 1846, James Brooke diberikan kuasa penuh menjadi pemerintah baharu Sarawak sekaligus membatalkan surat pelantikan dan perjanjian tahun 1841 dan 1842. James Brooke tidak lagi terikat dengan Brunei dan menjadi kuasa baharu di Sarawak.

6. Perubahan pucuk kepimpinan telah menyebarluaskan wilayah Sarawak sehingga ke kawasan Samarahan, Sadong, Batang Lupar, Oya, Mukah, Kalaka, Rejang, Matu, dan Bintulu, Miri hinggalah ke Limbang dan Lawas.

7. Pemimpin Dinasti Brooke di Sarawak bertukar ganti sehinggalah ke Rajah Putih Sarawak Ke-3 iaitu Charles Vyner Brooke.

8. Perang dunia kedua telah berlaku sehingga 1945 telah menyebabkan Sarawak musnah dari segi insfrastruktur dan ekonomi iaitu melibatkan padang-padang minyak, kebun-kebun getah, kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang.

9. Semua perkara ini. memerlukan kos yang sangat tinggi dan Charles Vyner Brooke berpendapat hanya British yang mampu memulihkan keadaan Sarawak dengan kadar segera.

10. Seperti manusia mengantuk disorongkan bantal, British berminat dengan tawaran ini kerana ada kepentingan pelaburan British.

11. Pejabat Kolonial berpendapat:

“...that so large an area of potentially rich tropical territory should be left undeveloped, making a relatively negligible contribution to the world’s wealth and enjoying few of the benefits of modern scientific progress, cannot be tolerated indefinitely...”

12. Dengan adanya masalah kesihatan dan usia, Vyner Brooke juga tiada anak lelaki untuk mewarisi jawatan tersebut yang ditambah lagi dengan keraguan akan kredibiliti adiknya Bertram Brooke dan anak saudaranya Anthony Brooke untuk mentadbir Sarawak.

13. Akhirnya, kuasa autokratiknya di Sarawak diserahkan kepada British pada tahun 1946

13. British menguasai Sarawak namun mendapat banyak tentangan daripada penduduk tempatan terutamanya orang Melayu.

14. Wujud politik anti penyerahan(anti-vession) yang turut disokong oleh Sarawak Dayak Association.

15. *Hari Sarawak, 22 Julai 1963: Setelah British melalui satu siri hampir 20 tahun. British akhirnya memberikan hak berkerajaan sendiri kepada Sarawak dimana pada tarikh tersebut Kabinet Sarawak dan kabinet perikatan pertama kali dibentuk.*

Istilah berkerajaan sendiri adalah Sarawak menerajui kerajaan dan ada pemerintahan sendiri. Adakah bermaksud Sarawak sudah merdeka pada tarikh 22 Julai 1963?

Banyak suara sumbang dari kalangan masyarakat Sarawak akan makna daripada berkerajaan sendiri yang diagungkan. Disinilah pengetahuan kepada sejarah dituntut agar kita mempunyai pemahaman yang lebih baik.

Hakikatnya, Sarawak tidak mencapai kemerdekaan sepenuhnya. Menurut Prof Michael Leigh dalam buku "The Rising Moon" British masih memegang kuasa sehingga 16 September 1963 (Hari Malaysia)

Fakta: Tahukah anda Charles Vyner Brooke pernah berunding secara rahsia dengan British untuk menjual Sarawak kepada Jawatankuasa Pentadbiran dengan harga 2 juta pound sekitar tahun 1930. (Sekitar 170-180 juta nilai semasa)

-Panitia Sejarah 2026-

21/07/2026

Joget Toleh Menoleh - Zafriel ft Enzhy Firmansyah

Karnival Kesenian & Kebudayaan Asrama Peringkat Daerah Sarikei 2026 21.7.2026 / SK AdinTahniah diucapkan kepada adik Zaf...
21/07/2026

Karnival Kesenian & Kebudayaan Asrama Peringkat Daerah Sarikei 2026

21.7.2026 / SK Adin

Tahniah diucapkan kepada adik Zafriel & Enzhy yang berani menyahut cabaran dalam pertandingan Nyanyian Duo sekolah asrama pada kali ini.

Semoga pengalaman kali ini memberi dorongan untuk bangkit lagi pada tahun hadapan. Tahniah!

16/06/2026

MSSD
SK BUKIT KINYAU, SARIKEI.

15-16 JUN 2026

MSSD SarikeiSK Kinyau, Sarikei. Syabas dan tahniah atas usaha gigih semua peserta!
16/06/2026

MSSD Sarikei

SK Kinyau, Sarikei.

Syabas dan tahniah atas usaha gigih semua peserta!

09/06/2026

Sambutan Hari Guru

Back To School

9 Jun 2026

09/06/2026

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja

Back To School

9 Jun 2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK BUKIT KINYAU 2026 9/6/2026, DEWAN SRI WARISAN TEMA : BACK TO SCHOOL
09/06/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK BUKIT KINYAU 2026

9/6/2026, DEWAN SRI WARISAN

TEMA : BACK TO SCHOOL

Address

Sk Bukit Kinyau
Sarikei
96100

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Bukit Kinyau, RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category