07/04/2026
Taklimat Penubuhan Jawatankuasa Pengelola Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.
Taklimat ini dipengerusikan oleh Encik Lau Ngie Tung, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei merangkap Pengerusi Pengelola bagi Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 26-29 April 2026 bertempat di 2 Venue utama iaitu SMK Tinggi, Sarikei(Pendaftaran,Majlis Penutupan & Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) dan SMK St. Anthony, Sarikei(Pertandingan Kaligrafi Cina Sekolah Rendah & Sekolah Menengah).
Hadir bersama semasa taklimat adalah Cik Leong Chin Chin, Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang merupakan penyelaras karnival serta Puan Tchong Fung Nyon, Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang merupakan Pegawai Teknikal Negeri.
Semoga Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 yang akan dikelolakan berjalan dengan lancar..
Sama-sama kita memeriahkan Karnival ini nanti.
Ikhlas dari
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei