SK Ulu Budu, Saratok

SK Ulu Budu, Saratok Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Ulu Budu, Saratok, School, Saratok.

📚 PROGRAM JOM BACA 10 MINIT 📚Hari ini warga sekolah telah bersama-sama menjayakan Program Jom Baca 10 Minit dengan penuh...
26/04/2026

📚 PROGRAM JOM BACA 10 MINIT 📚

Hari ini warga sekolah telah bersama-sama menjayakan Program Jom Baca 10 Minit dengan penuh semangat! 🌟

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid serta meningkatkan minat terhadap ilmu pengetahuan.

Selama 10 minit, semua warga sekolah menghentikan aktiviti dan memberi fokus sepenuhnya kepada pembacaan.

Pertandingan Bola TamparSyabas dan tahniah diucapkan kepada adik Mohamad Nazrel kerana telah berjaya bersama pasukan bol...
22/04/2026

Pertandingan Bola Tampar

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Mohamad Nazrel kerana telah berjaya bersama pasukan bola tampar Zon Krian dalam pertandingan bola tampar peringkat bahagian.

Pasukan ini telah berjaya meraih tempat kedua, satu pencapaian yang amat membanggakan.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada guru pengiring atas bimbingan, komitmen dan sokongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang! 🤾‍♂️✨

Pertandingan Badminton Peringkat Daerah SaratokTahniah diucapkan kepada adik Andrian Xavier Jeli dan adik Matthias Marcj...
22/04/2026

Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Saratok

Tahniah diucapkan kepada adik Andrian Xavier Jeli dan adik Matthias Marcjeli kerana berjaya mewakili Zon Krian dalam pertandingan badminton peringkat daerah.

Tahniah juga diucapkan kepada guru pengiring atas bimbingan, komitmen dan pengorbanan yang diberikan.

Meskipun tewas di peringkat suku akhir, semangat juang dan usaha yang ditunjukkan amat membanggakan.

Pengalaman yang diperoleh pastinya menjadi bekalan berharga untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Syabas dan teruskan berusaha! 🏸✨

Genta Suara Generasi MadaniPertandingan Bintang Irama Malaysia Solo & Duo Peringkat Zon KrianTahniah diucapkan kepada ad...
22/04/2026

Genta Suara Generasi Madani

Pertandingan Bintang Irama Malaysia Solo & Duo Peringkat Zon Krian

Tahniah diucapkan kepada adik Vya Debbielea dan adik Easter Chuat atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan Bintang Irama Malaysia Peringkat Zon Krian.

Meskipun tidak mendapat tempat, keberanian dan usaha yang ditunjukkan amat membanggakan.

Pengalaman yang diperoleh pasti menjadi langkah awal ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada guru pengiring atas bimbingan, sokongan dan usaha yang tidak ternilai dalam memastikan kejayaan ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada SK Ulu Budu atas penerimaan:🏆 Anugerah Pengurusan Asrama Cemerlang🏆 Anuge...
18/04/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada SK Ulu Budu atas penerimaan:

🏆 Anugerah Pengurusan Asrama Cemerlang
🏆 Anugerah Kecemerlangan Bakat Sukan
📜 Sijil Penghargaan PPD Saratok

Pengiktirafan ini diterima bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Sektor Pembangunan Murid PPD Saratok 2025.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen padu dalam memastikan kecemerlangan pengurusan serta pembangunan murid terus diperkasakan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Tahniah SK Ulu Budu! 🤎

Perkongsian ini mengetengahkan perbezaan antara TIMSS, PISA, SPM dan SEA-PLM, dengan memberi fokus kepada tujuan, kaedah...
05/04/2026

Perkongsian ini mengetengahkan perbezaan antara TIMSS, PISA, SPM dan SEA-PLM, dengan memberi fokus kepada tujuan, kaedah penilaian serta kepentingannya dalam mengukur tahap pencapaian dan keupayaan pelajar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.”

Semoga bermanfaat

PENGUMUMAN CUTI SEKOLAH
02/04/2026

PENGUMUMAN CUTI SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa cuti sekolah akan bermula sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Diharapkan semua murid dan warga sek...
18/03/2026

Dimaklumkan bahawa cuti sekolah akan bermula sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Diharapkan semua murid dan warga sekolah dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraikan.

Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh kegembiraan dan keberkatan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Andrian Xavier Jeli dan adik Matthias Marcjeli atas pencapaian yang membanggaka...
18/03/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Andrian Xavier Jeli dan adik Matthias Marcjeli atas pencapaian yang membanggakan.

Murid-murid kita adalah antara murid yang telah berjaya dipilih mewakili Zon Krian dalam Pertandingan Badminton Peringkat Daerah.

Semoga mendapat kejayaan pada pertandingn yang akan datang.

Fighting!

Pertandingan Catur Peringkat Zon Krian Pertandingan Catur yang melibatkan penyertaan murid-murid telah berlangsung denga...
11/03/2026

Pertandingan Catur Peringkat Zon Krian

Pertandingan Catur yang melibatkan penyertaan murid-murid telah berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat.

Sekolah kita diwakili oleh 6 orang murid berbakat iaitu:
♟️ Stephanie Intan
♟️ Andrian Xavier
♟️ Easter Chuat
♟️Matthias Marcjeli
♟️Veronica Gabrela
♟️Mohamad Nazrel

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada adik Mohamad Nazrel kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dan adik Easter Chuat telah mendapat Tempat Kedua bagi Pertandingan Catur peringkat Zon Krian pada kali ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memupuk minat murid dalam sukan minda serta membina keyakinan diri mereka.

Ceramah dan Pemeriksaan KesihatanPada hari ini telah berlangsung Program Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurk...
11/03/2026

Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan

Pada hari ini telah berlangsung Program Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan di sekolah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran semua tentang pentingnya menjaga kebersihan diri.

Pemilihan Atlet Badminton Zon Krian 🏸Seramai 4 orang murid SK Ulu Budu telah mewakili sekolah ke pemilihan atlet badmint...
05/03/2026

Pemilihan Atlet Badminton Zon Krian 🏸

Seramai 4 orang murid SK Ulu Budu telah mewakili sekolah ke pemilihan atlet badminton peringkat Zon Krian.

🏸 Andrian Xavier Jeli
🏸 Easter Chuat
🏸 Matthias Marcjeli
🏸Mohamad Nazrel

Tahniah dan syabas kepada semua wakil murid yang telah menyertai Sesi Pemilihan Atlet Badminton Zon Krian.

Penyertaan dan semangat yang ditunjukkan amat membanggakan lebih-lebih lagi dua daripada wakil murid kita mendapat tiga tempat terbaik berkumpulan iaitu adik Andrian Xavier dan Matthias Marcjeli.

Terima kasih juga kepada guru-guru pembimbing dan semua pihak yang terlibat.

Address

Saratok
95407

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Ulu Budu, Saratok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category