06/08/2026
🌟 TAHNIAH & SYABAS WARGA SK NG. MALONG! 🌟
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, SK Ng Malong merakamkan penghargaan atas pengiktirafan yang diterima sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.
Pengiktirafan ini merupakan hasil daripada usaha berterusan, komitmen tinggi serta semangat kerja berpasukan seluruh warga sekolah dalam memastikan kecemerlangan pendidikan terus diperkasakan demi manfaat anak-anak didik.
🏆 Antara pencapaian cemerlang yang telah diraikan:
✅ Mencapai Sasaran 85% Skor Cergas (A–C) Peringkat Negeri bagi Ujian SEGAK Sesi Akademik 2025/2026.
✅ Penyertaan dalam Pertandingan Pendidikan Digital Peringkat Daerah Saratok 2025.
✅ Mencapai Sasaran Indeks Pencapaian Utama Negeri Sarawak bagi Pengguna Aktif Guru (100%) melalui Pelantar DELIMA
✅ Mencapai 100% Penguasaan Literasi & Numerasi Murid Pemulihan Tahun 2, seterusnya tiada murid Pemulihan Tahun 2 sehingga Tahun 6 bagi sesi persekolahan 2025.
✅ Mencapai Sasaran Indeks Pencapaian Utama Negeri Sarawak bagi Guru Menggunakan Artificial Intelligence (AI) Tools.
Kejayaan ini adalah hasil sokongan dan kerjasama erat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Saratok, barisan pentadbir, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), murid-murid, ibu bapa serta seluruh warga SK Ng Malong.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dan komitmen dalam merealisasikan kejayaan ini.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh budaya kecemerlangan, memperkasakan pendidikan dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
“Kejayaan bukan milik individu, tetapi hasil usaha, kepercayaan dan kerjasama seluruh warga sekolah.” ✨
Keep Learning • Keep Growing • Rise To Shine