Dokumentasi Online SK Ulu Awik

Dokumentasi Online SK Ulu Awik Selamat Datang ke Halaman Facebook Rasmi SK Ulu Awik

ILMU - AMAL - BUDI

[MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID & KHAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT ZON SARATOK 2026] 🌙✨Alhamdulillah, telah berlangsungnya Prog...
17/04/2026

[MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID & KHAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT ZON SARATOK 2026] 🌙✨

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program MQNKSS Peringkat Zon Saratok bertempat di SK Kalaka Central pada 16 April 2026.

Sekalung tahniah diucapkan kepada wakil tunggal SK Ulu Awik, iaitu adik

✨Muhammad Farish Arash Bin Muhammad Mauil✨

yang telah menyertai Pertandingan Tulisan Khat dalam mahrajan kali ini. ✍️

Pihak sekolah amat bangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mengasah bakat dalam seni khat Islam di masa hadapan.

Syabas Arash! Teruskan melakar kejayaan buat SK Ulu Awik. 🌟

🌙 SETULUS HATI DI ULU AWIK: MERIAHNYA SYAWAL KITA! 🌙Buluh dianyam menjadi raga,Tempat simpan buah kuini;Silaturahim ukhu...
12/04/2026

🌙 SETULUS HATI DI ULU AWIK: MERIAHNYA SYAWAL KITA! 🌙
Buluh dianyam menjadi raga,
Tempat simpan buah kuini;
Silaturahim ukhuwah dijaga,
Ramah Tamah memeriahkan hari.

Alhamdulillah, gema Takbir Syawal masih terasa di SK Ulu Awik! 🌟 Hari ini, seluruh warga sekolah bersatu hati dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang cukup gilang-gemilang dan penuh warna-warni. 🌈

Dari juadah tradisi yang meliurkan sehinggalah ke busana raya yang segak dan anggun, semuanya menambah seri suasana di bumi Saratok tercinta ini. Biarpun kita jauh di pedalaman, semangat kekeluargaan dan ukhuwah antara guru, murid, serta kakitangan tetap utuh dan sentiasa di depan! 🤝✨

Terima Kasih Teristimewa:
👏 Kepada barisan guru dan staf yang bertungkus-lumus membuat persiapan.
👏 Kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu.
👏 Dan buat anak-anak didik SKUA yang menceriakan suasana dengan gelak tawa.

Semoga tautan kasih ini kekal abadi. Maaf Zahir & Batin dari kami semua di SK Ulu Awik! 💚

20/03/2026

✨ Salam Aidilfitri dari warga SK Ulu Awik ✨

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami warga guru SK Ulu Awik ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua murid, ibu bapa serta komuniti setempat 🌙💚

Semoga Syawal kali ini membawa seribu kegembiraan, mengeratkan silaturahim, dan dipenuhi dengan keberkatan serta kebahagiaan bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada kami,
Warga SK Ulu Awik 🌸

Sedar tak sedar, Syawal bakal menjelma! Pihak sekolah ingin memaklumkan tarikh cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitr...
19/03/2026

Sedar tak sedar, Syawal bakal menjelma! Pihak sekolah ingin memaklumkan tarikh cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta tarikh kembali ke sekolah bagi sekolah kita.

​Cuti Bermula: 18 Mac 2026
​Kembali ke Sekolah: 30 Mac 2026

​Selamat pulang ke kampung halaman kepada semua guru, kakitangan, ibu bapa, dan murid-murid. Semoga hari raya ini dipenuhi keberkatan dan kegembiraan bersama keluarga tercinta. Berhati-hati di jalan raya!

"Team Raya Saratok dah bersedia! 🙋‍♂️🙋‍♀️Selesai sesi terakhir sebelum cuti panjang. Hari ini kita bagi peluang murid-mu...
19/03/2026

"Team Raya Saratok dah bersedia! 🙋‍♂️🙋‍♀️

Selesai sesi terakhir sebelum cuti panjang. Hari ini kita bagi peluang murid-murid 'senyum lebar' sikit dengan agihan duit raya. Tengoklah gelagat masing-masing, ada yang dah tak sabar nak balik packing baju raya!

Keluarga besar SK Ulu Awik menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin kepada semua ibu bapa dan komuniti. Hati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung! 🚗💨

"

"Kesihatan terjamin, pembelajaran makin yakin! 🩺✨Hari ini anak-anak kita menerima kunjungan daripada pasukan kesihatan u...
19/03/2026

"Kesihatan terjamin, pembelajaran makin yakin! 🩺✨

Hari ini anak-anak kita menerima kunjungan daripada pasukan kesihatan untuk pemeriksaan rutin di sekolah. Terima kasih kepada misi/jururawat yang sangat sabar melayani kerenah dan memberikan taklimat kesihatan kepada murid-murid.

Penting untuk kita pastikan anak-anak sentiasa sihat supaya mereka dapat fokus sepenuhnya dalam kelas.☁️

🌙✨ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia! 🌙✨  Semoga bulan penuh rahmat ini membawa keberkatan, kekuatan dan keamp...
18/02/2026

🌙✨ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia! 🌙✨

Semoga bulan penuh rahmat ini membawa keberkatan, kekuatan dan keampunan kepada seluruh ahli keluarga besar SK Ulu Awik.
Mari kita sambut Ramadhan dengan hati yang bersih dan amal yang soleh! 💖


Momen epik: Merentas Desa peringkat sekolah SK Ulu Awik! 🥇 Dari start line penuh debar, sampai finish dengan senyuman ke...
15/02/2026

Momen epik: Merentas Desa peringkat sekolah SK Ulu Awik!
🥇 Dari start line penuh debar, sampai finish dengan senyuman kemenangan. Bangga dengan ketabahan anak-anak Ulu Awik!

🌿 Siapa paling laju? 🫵🏻

🗓️ 20 Januari 2026

“Momen tak terlupakan: Hari Pertama Sekolah! 🥰 Dari pelukan erat pagi tadi, sampai senyuman lebar di pintu sekolah. Bang...
15/02/2026

“Momen tak terlupakan: Hari Pertama Sekolah!

🥰 Dari pelukan erat pagi tadi, sampai senyuman lebar di pintu sekolah. Bangga gila dengan keberaniannya! 🚀

💪 Siapa ingat hari pertama sekolah sendiri? Mesti seronok kan?!! 😁

📌12 Januari 2026

Gong Xi Fa Cai! 🧧 Selamat Tahun Baru Cina & Selamat Bercuti! 🍀🎈Semoga tahun baru membawa keberkuntungan, kesihatan dan k...
15/02/2026

Gong Xi Fa Cai! 🧧
Selamat Tahun Baru Cina & Selamat Bercuti! 🍀

🎈Semoga tahun baru membawa keberkuntungan, kesihatan dan kegembiraan.
🪭Nikmati masa cuti!

恭喜发财!新年快乐,假期愉快!

🎈Ikhlas daripada warga SK Ulu Awik

14/02/2026

Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1,2026.. 12 Januari 2026 - 06 Febuari 2026✨

Ikan kekek mak iloi-iloiIkan gelama mak ilai-ilaiSelamat bercuti semua oiJumpa lagi tahun depan aiSelamat bercuti dan se...
19/12/2025

Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Selamat bercuti semua oi
Jumpa lagi tahun depan ai

Selamat bercuti dan selamat berehat diucapkan kepada warga-warga Sekolah Kebangsaan Ulu Awik, Saratok. Jaga kesihatan dan keselamatan walau di mana pun anda bercuti. SEE YOU IN 2026!

Address

SK ULU AWIK, D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK
Saratok
95400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dokumentasi Online SK Ulu Awik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Dokumentasi Online SK Ulu Awik:

Shortcuts

Share

Category