Alumni KUPAS dan Program KUPAS Sandakan

Alumni KUPAS dan Program KUPAS Sandakan Diwujudkan untuk menjalin semula Ukhuwah antara mantan pelajar KUPAS, Naqib2, AJK dan mantan penasihat serta yang pernah mengikuti program KUPAS.

11/08/2016
11/02/2014

MELATIH ANAK CEPAT MENGHAFAL AL-QUR'AN

" Sebaik-baik orang diantara kalian adalah orang yang mempelajari Al -Qur'an dan mengajarkannya . "(HR. Bukhari).

Mengapa kita perlu mengajar Al-Qur'an dan mendorong anak-anak untuk menghafal Al-Qur'an?
• untuk mendapatkan redha Allah
• untuk mendapatkan ketenangan hidup
• karana Al Qur'an akan menjadi penolong (syafa'at) bagi para penghafalnya dan pembacanya
• penghafal Al-Qur'an dapat memberikan syafaat bagi keluarganya
• mendapatkan banyak kemuliaan dan pahala yang banyak
Prinsip-prinsip mengajarkan Al-Qur'an:
1. Tidak boleh memaksa anak ( kecuali dengan alasan, contohnya watak anak 'pemalas' )
2. Lakukan aktiviti dengan cara menyenangkan
3. Bermula dari ayat-ayat yang mudah difahami
4. Keteladanan dan motivasi
Kunci kejayaan mengajar anak untuk menghafal Al-Qur'an:
• Suasana senang dan membahagiakan akan membantu anak untuk mengingat hafalannya dalam waktu yang lama, dengan demikian anak akan berinteraksi dengan Al-Qur'an dengan perasaan cinta dan keterikatan terhadap Al-Qur'an.
• Berulang dan berterusan
Cara memelihara dan mengembangkan memori anak:
1. Ajari anak untuk fokus dan perhatian pada pendidiknya
2. Faktor makanan adalah penentu untuk terpelihara kemampuan memori itu bekerja ( makanan yang tidak berzat yang terdapat dalam makanan, secara perlahan pasti akan merosakkan daya ingat anak-anak)
3. Memberi penjelasan pada anak-anak tentang nilai-nilai yang terkandung dalam bacaan yang dihafalnya, maka memori akan bekerja lebih wujud
4. Menghormati waktu bermain dan waktu rehat anak
5. Jauhkan unsur-unsur yang boleh merosak psikologi anak-anak contoh, celaan dan tekanan
6. Ciptakan motivasi-motivasi agar anak cenderung menyukai aktiviti menghafal
Waktu-waktu yang tepat untuk mengajar anak menghafal Al-Qur'an:
• Tidak mengantuk
• Tidak letih / keletihan
• Tidak kekenyangan atau sebaliknya, tidak sedang kelaparan
• Tidak dalam keadaan penat belajar
• Tidak sedang bermain
• Tidak dalam keadaan sakit / bad mood
Yang perlu diperhatikan tentang bakat anak dalam menghafal:
• Kenali bakat anak-anak dan hargai minat mereka.
• Fahami keterbatasan daya ingatan anak kerana setiap anak itu berbeza kemampuannya
• Kenali masalah dan kesulitan anak-anak dalam belajar dan berinteraksi
TEKNIS PENGAJARAN
1. Bayi (0-2 tahun)
• Bacakan Al-Qur'an dari surat Al-Fatihah
• Tiap hari 4 kali waktu (pagi, tengahari, petang, malam)
• Tiap 1 masa satu surat diulang 3x
• Setelah hari ke-5 ganti surat An-Nas dengan kaedah yang sama
• Tiap 1 masa surat yang lain-lain diulang 1x
2. Di atas 2 tahun
• Kaedah sama dengan teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan bercakap kurang, maka tambah waktu menghafalnya, misal dari 5 hari menjadi 7 hari.
• Sering dengar murottal.
3. Di atas 4 tahun
• Mula atur disiplin dan masa untuk menghafal secara serius
• Ajari muroja'ah sendiri
• Ajari mengahfal sendiri
• Selalu beri motivasi supaya semangat selalu terjaga
• Masa menghafal 3-4x sehari
CARA MENJAGA HAFALAN
• Mengulang-ulang secara teratur
• Mendengar murottal
• Mentadabburi dan menghayati makna
• Menjauhi maksiat

10/02/2014

Kepada Allah kita Datang dan kepada Allah juga kita kembali.
AL-FATIHAH..
Atas pemergian arwah Suami kepada Pn Siti Sofiah Rafiei, (Abang Jamil). Pada Jam 1.00 Tengahari tadi, dan akan dikebumikan esok ditanah perkuburan Islam Jalan Aman. Sahabat2 yang berkelapangan bolehlah ziarah.
Moga rohnya brada dlm kalangan org2 beriman..

 Mari kita berkempen untuk kesedaran dan remaja Islam.Sila SHARE :HUKUMNYA HARAM.http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangs...
05/02/2014


Mari kita berkempen untuk kesedaran dan remaja Islam.
Sila SHARE :

HUKUMNYA HARAM.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian. Tibanya 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah p**a, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua p**a menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga p**a menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu p**a tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari

 Rohatil athyaru tasydu, bi layaa lil Maulidi, wa bariqunnuriyabdu, min Ma'aani Ahmadi .. 2x Wa bariqunnuriyabdu, min Ma...
05/02/2014


Rohatil athyaru tasydu, bi layaa lil Maulidi,
wa bariqunnuriyabdu, min Ma'aani Ahmadi .. 2x
Wa bariqunnuriyabdu, min Ma'aani Ahmadi .. 2x
bi layaa lil Maulidi .. 2x
Abdulloh Nama Ayahnya,
Aminah Ibundanya ..
Abdul Mutholib Kakeknya,
Abu Talib Pamannya ..
Khodijah Isteri Setia,
Fatimah Putri Tercinta ..
Semua bernasab Mulia, Dari Quraisy Ternama ..
Inilah kisah sang sang rosul, yang penuh s**a duka .. 2x oh penuh .. s**a duka .. 2x
2 bulan dikandungan wafat ayahandanya ..
Tahun gajah dilahirkan ditemani datuknya ..
Sesuai adatnya arab disusui halimah ..
6 tahun usianya wafat ibundanya ..
Inilah kisah sang sang rosul, yang penuh s**a duka .. 2x oh penuh .. s**a duka .. 2x
60 tahun usia datuk meninggalkannya ..
Abu thalib pun menjaga, bapa saudara salim membela ..
Saat kecil menggembala dagang pergi ke syam ..
Umur 25 memperistri Khadijah ..
Inilah kisah sang sang rosul, yang penuh s**a duka .. 2x oh penuh .. s**a duka .. 2x
Di umur ke 30 menyatukan bangsa ..
Saat peletakkan batu hajar aswad mulia ..
Genap 40 tahun mendapatkan risalah ..
Baginda menjadi rasul khalifah Anbiyya ..
Inilah kisah sang sang rosul, yang penuh s**a duka .. 2x oh penuh .. s**a duka .. 2x

رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو فِى لِيَالىِ المَولِدِ وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو مِن مَعَانِى اَحمَدِ رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو فِى لِيَالىِ المَولِدِ وَبَرِيقُ الن...

Sesungguhnya Allah mengujimu, kerana ia SAYANG padamu.Kita doakan semoga Alumni kita Nurul Izzati bersama Nasruddin Abdu...
04/02/2014

Sesungguhnya Allah mengujimu, kerana ia SAYANG padamu.
Kita doakan semoga Alumni kita Nurul Izzati bersama Nasruddin Abdullah tabah menghadapi ujian Allah.

03/02/2014


Sekitar 15 atau 20 Tahun yang lepas, KUPAS aktif dan berperanan menganjurkan program pelajar berbentuk Islamik, dan membentuk rangkaian disetiap sekolah, mengajak pelajar2 sebaya menghayati Islam dan mengikuti ajarannya. Hari ini misi Dakwah mekar berkembang, Kembara Cinta Rasul dan Usrah Kaki 5 mempunyai peranan masing-masing. Mungkin sudah sampai masanya Strategi Dakwah khasnya di Sandakan perlu dikemas kini, kerjasama Alumni KUPAS dan Program KUPAS Sandakan, KCR dan Usrah Kaki 5, amat dialu2kan... tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendidik generasi Sandakan agar hidup dan dibentuk dengan acuan Islam yang betul dan berkesinambungan dari peringkat Sekolah Menengah hingga ke Universiti. Nama-nama besar yang mempunyai banyak pengalaman perlu dilibatkan, Ustaz Bahtiar Hud, Imam Azizul Ramli Saparudin, Cikgu Ahmad Supu, Ustaz Mohamad Sufan, Imam Mulyadi Kasimin atau sesiapa sahaja Ilmu dan Pengalaman dalam Medan Dakwah.

30/01/2014

Ada virus p**ak masuk dalam facebook profile ini. Segera delete jika ada mesej berkenan check password di wall kalian.
Copy Paste Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

30/01/2014

29/01/2014

Alumni KUPAS dan Program KUPAS Sandakan yang telah pergi menghadap Ilahi :
1. Abu Dzar @ Nawa Usman ( 2004 atau 2005 ) - Dikebumikan dijalan Aman Sandakan, Tugas Almarhum selalu diamanahkan buat Banner.
2. Said Alimudin Warga kampung BDC dan berpindah di Kampung Tinosa 2, Meninggal Kuala Lumpur ( 2012 ) - Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuching KL/Kepong, Selalu ditugaskan memasak bila ada Program KUPAS.
Al-Fatihah...
Sahabat yang ada maklumat Sahabat kita yang telah pergi boleh bagi tahu kami.

Masih ingat lagu ini...Selalu jadi tema lagu Program KUPAS, IPIS & KAMI.
29/01/2014

Masih ingat lagu ini...
Selalu jadi tema lagu Program KUPAS, IPIS & KAMI.

Address

Pasti Saidina Abu Bakar ( Kami Bermula )
Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni KUPAS dan Program KUPAS Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share