Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan - SKKS

Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan - SKKS Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan (SKKS)

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK KARAMUNTING 2026
08/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK KARAMUNTING 2026

AKTIVITI LARIAN BERHALANGAN SEMPENA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKKSTarikh : 7- 8 Ogos 2026Hari : Jumaat & SabtuTempat ...
07/08/2026

AKTIVITI LARIAN BERHALANGAN SEMPENA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKKS
Tarikh : 7- 8 Ogos 2026
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Sekolah Karamunting

AKTIVITI ICE BREAKING SEMPENA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKKSTarikh : 7- 8 Ogos 2026Hari : Jumaat & SabtuTempat : Seko...
07/08/2026

AKTIVITI ICE BREAKING SEMPENA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SKKS

Tarikh : 7- 8 Ogos 2026
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Sekolah Karamunting

Alhamdulillah.. PPD Sandakan Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Negeri Sabah 2026 - Bola JaringKeputusan liga Kum...
22/07/2026

Alhamdulillah.. PPD Sandakan

Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Negeri Sabah 2026 - Bola Jaring

Keputusan liga Kumpulan

PPD Sandakan 6 - PPD Penampang 4
PPD Sandakan 6 - PPD Tenom 0
PPD Sandakan 8 - PPD Kuala Penyu 2
PPD Sandakan 3 - PPD Telupid Tongod 7
PPD Sandakan 7 - PPD Pensiangan 3

Tunggu next jadual perlawanan esok

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

PRASEKOLAH SK KARAMUNTING KEMBALI MEWAKILI DAERAH SANDAKAN KE PERINGKAT NEGERI! 💙🏐Tahniah kepada pasukan Bola Jaring Pra...
19/07/2026

PRASEKOLAH SK KARAMUNTING KEMBALI MEWAKILI DAERAH SANDAKAN KE PERINGKAT NEGERI! 💙🏐

Tahniah kepada pasukan Bola Jaring Prasekolah SK Karamunting yang sekali lagi berjaya muncul Juara Daerah Sandakan, sekali gus melayakkan diri mewakili daerah ke Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Negeri Sabah 2026.

Kontinjen akan bertolak ke Kota Kinabalu pada 20 Julai 2026, manakala pertandingan akan berlangsung pada 22 hingga 23 Julai 2026 di Kompleks Sukan Tun Adnan, Kota Kinabalu.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar anak-anak Prasekolah SK Karamunting sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan, semangat juang yang tinggi serta dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan. Semoga mereka berjaya mengharumkan nama Daerah Sandakan dan SK Karamunting.

Selamat maju jaya, wirawati kecil SK Karamunting! Kami warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Hari ini sekolah berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada bekas pelajar SRK Kg. Karamunting sesi 1972–1977.Sem...
18/07/2026

Hari ini sekolah berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada bekas pelajar SRK Kg. Karamunting sesi 1972–1977.

Semoga pertemuan ini mengimbau kembali kenangan indah zaman persekolahan, mengeratkan ukhwah serta menjadi inspirasi kepada warga sekolah hari ini.

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk kembali menjejakkan kaki ke alma mater tercinta. Semoga silaturahim yang terjalin terus berkekalan. 🫶🏻

🔥KARAMUNTING RUN 2.0 KEMBALI!🔥Jom Meriahkan Acara Larian Jogathon sekolah kita bersama anak-anak!📅 Tarikh Larian: 26 SEP...
17/07/2026

🔥KARAMUNTING RUN 2.0 KEMBALI!🔥

Jom Meriahkan Acara Larian Jogathon sekolah kita bersama anak-anak!

📅 Tarikh Larian: 26 SEPTEMBER 2026 (Sabtu)

🏃‍♂️ KATEGORI:
• 2.5KM Challenge - Terbuka untuk Murid Tahun 4, 5 & 6
• 5KM Fun Run - Terbuka untuk semua

👕 *YURAN PENDAFTARAN:
• Baju + Medal + e-Sijil : RM60
• Medal + e-Sijil Sahaja : RM20
• Untuk murid SK Karamunting adalah ⁠PERCUMA
(Design baju memang lawa & medal pun premium!)

🏆 HADIAH WANG TUNAI bagi Kategori 2.5KM Challenge
(Tahun 4,5, & 6):
🥇Johan: RM100
🥈Naib Johan: RM50
🥉Tempat Ke-3: RM30

🏆 HADIAH HAMPER bagi Kategori 5KM FUN RUN:
🥇Johan
🥈Naib Johan
🥉Tempat Ke-3

⏰ Tarikh Tutup Pendaftaran:
15 OGOS 2026

📲 Daftar & maklumat lanjut, sila SCAN QR Code di poster atau tekan di bawah.
📌Link Pendaftaran :
https://forms.gle/2jC8cvVSGdi7Ley27
📌Link Maklumat Penyertaan:
https://linktr.ee/karamuntingrun

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
En. Abdul Rahman Baagun
(PK Kokurikulum) - 0138842021
atau
En. Idris Hamid
(SU Kokurikulum) - 01112340784

📌Jom kita support anak-anak kita kekal cergas dan aktif! Penyertaan ibu bapa dan orang ramai juga amat dialu-alukan untuk kategori 5KM Fun Run.

Sekian, Terima kasih.

Address

W. D. T 25
Sandakan
90009

Telephone

+6089611986

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan - SKKS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan - SKKS:

Shortcuts

Share

Category