Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz Sandakan

Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz Sandakan Menyediakan pengajian bagi kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Bidang pengajian yang disediakan adalah:
1. Tahfiz al-quran sehingga 5 juzu'
2.

Pengajian Agama mengikut silibus JHEAINS
3. Akademik mengikut silibus kementerian pelajaran Objektif Penubuhan:

1. Menyediakan sistem pendidikan Islam yang syumul.
2. Melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak Islami.
3. Mendekatkan anak-anak kepada Al-Quran dan menjadikan Al-Quran rutin bacaan.
4. Menyediakan alternatif kepada ibu bapa.
5. Melahirkan pelajar yang menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 5 juzu' dan cemerlang dalam akademik.
6. Melahirkan generasi yang mempunyai roh keislaman dalam kehidupan seharian. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami ditalian : 089-633374

22/08/2026
✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ | SRI DAR AL HUFFAZ ✨Malam ini, SRI Dar Al Huffaz disinari dengan cahaya kecintaan ke...
22/08/2026

✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ | SRI DAR AL HUFFAZ ✨

Malam ini, SRI Dar Al Huffaz disinari dengan cahaya kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ melalui Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang penuh dengan selawat, zikir dan penghayatan sirah Baginda.

Bukan sekadar sebuah majlis, tetapi sebuah perjalanan hati untuk mengenang insan agung yang menjadi rahmat buat seluruh alam. ❤️

Semoga lantunan selawat pada malam ini menjadi tanda cinta kita kepada Rasulullah ﷺ, menyuburkan hati dengan akhlak Baginda dan menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺ

🌙 Selawat dilantunkan, cinta disemai, akhlak Rasulullah ﷺ diteladani.


DarAlHuffaz


MEMO SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN UNTUK KELAS TAHUN 2Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa...
21/08/2026

MEMO SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN UNTUK KELAS TAHUN 2

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa kutipan sumbangan bagi pembelian penghawa dingin (aircond) untuk kelas Tahun 2 telah menerima sambutan yang amat baik daripada para penyumbang.

Berikut merupakan jumlah terkini sumbangan:

🎯 Sasaran Dana: RM4,762.00
💰 Jumlah Terkumpul: RM2,478.00
📌 Baki Sasaran: RM2,290.00

Alhamdulillah, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga serta para penyumbang yang telah memberikan sumbangan dan sokongan.

Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat bermakna dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk anak-anak Tahun 2.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan saham akhirat buat kita semua. 🤲🏻

Bagi yang masih ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan melalui:

Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun: PIBG SRIDAH
No. Akaun: 10043010018751
Reference: AIRCOND TAHUN 2

📞 Pertanyaan lanjut:

1. YDP PIBG – Tuan Mohd Razir bin Samsudin
013-590 2203
2. Muallimah Nurul Syahira Wong (Bendahari PIBG)
019-564 8748

Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan kepercayaan semua. 🌷

Bersama kita berusaha demi keselesaan dan masa depan anak-anak Tahun 2. 💚

💞*"Buktikan Cintamu Agungkan Nabimu"*💞Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh kepada semua warga SRI Dar AlHuffaz.Se...
20/08/2026

💞*"Buktikan Cintamu Agungkan Nabimu"*💞

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh kepada semua warga SRI Dar AlHuffaz.

Sempena Maulidur Rasul 1448 Hijrah. Sekolah kita akan menganjurkan *Huffaz Berselawat 2026.*

Marilah kita sama-sama meluangkan masa kita dan merebut keberkatan dengan memperingati dan menghayati sirah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam serta mengalunkan selawat dan salam kepada junjungan Nabi 💝 kita.

🗓️ *22 Ogos 2026 Sabtu*
⏰ *6.00 petang*
📍 *Dewan Sekolah*

Pengisian
🕌Solat berjemaah
📖Baca Yaasiin
📒Maulid & Qasidah
📿Selawat 100 kali
👳🏻‍♂️ Ceramah Oleh Ustaz Mohamad Khairi Kasiman

Semoga Allah SWT memilih kita dan memberikan kita taufiq untuk menghadiri majlis ini. 🤲🏻

_"...Aku mencintai Allah dan Rasulnya. Lalu Rasulullah menjawab : (di akhirat) engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai."_
_-riwayat bukhari_

📢 PENGAMBILAN MURID BAHARU SESI PERSEKOLAHAN 2027SEKOLAH RENDAH ISLAM DAR AL HUFFAZDengan penuh sukacita, Sekolah Rendah...
17/08/2026

📢 PENGAMBILAN MURID BAHARU SESI PERSEKOLAHAN 2027

SEKOLAH RENDAH ISLAM DAR AL HUFFAZ

Dengan penuh sukacita, Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz membuka permohonan pengambilan murid baharu bagi sesi persekolahan 2027 kepada ibu bapa dan penjaga yang berhasrat memberikan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan berteraskan nilai-nilai Islam kepada anak-anak.

Kami komited dalam menyediakan persekitaran pendidikan yang mengintegrasikan penguasaan al-Quran, pendidikan agama, kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah serta penglibatan dalam kokurikulum bagi membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

🎓 PROGRAM PENDIDIKAN YANG DITAWARKAN

1. PROGRAM TAHFIZ
📖 Berteraskan Silibus Hafazan al-Quran Sekolah bagi membimbing murid menguasai hafazan al-Quran secara sistematik dan berterusan.

2. PENDIDIKAN AGAMA
🕌 Berlandaskan kurikulum Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi memperkukuh kefahaman dan penghayatan ilmu-ilmu Islam.

3. PENDIDIKAN AKADEMIK
📚 Berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi memastikan perkembangan akademik murid dilaksanakan secara menyeluruh dan terarah.

4. KOKURIKULUM & PEMBANGUNAN SAHSIAH
🌱 Memberikan penekanan kepada pembentukan karakter, kepimpinan, disiplin, kemahiran sosial dan perkembangan potensi murid secara holistik.

📎SYARAT KEMASUKAN
1. Berusia pada tahun 2027 :
- 7 tahun
- 8 hingga 12 tahun (mengikut kekosongan tahun semasa)
2. Menguasai Kemahiran Membaca, Menulis & Mengira.
3. Boleh melaksanakan pengurusan kendiri
4. Tidak mempunyai masalah tingkah laku
4. Lulus temuduga

📝 KAEDAH PERMOHONAN

Pilihan 1 — Permohonan Dalam Talian
📱 Imbas kod QR yang disediakan, lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan tekan “Hantar” setelah selesai.
( Pautan: https://forms.gle/9hN1Y53tx1531oTL6 )

Pilihan 2 — Permohonan Secara Fizikal
📄 Dapatkan borang permohonan di Pejabat Sekolah, lengkapkan borang tersebut dengan maklumat yang diperlukan dan serahkan kembali kepada pihak sekolah berserta dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan.

📅 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

7 OKTOBER 2026

📞 PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Pejabat Sekolah:
☎️ 089-669 494

WhatsApp:
📲https://wasap.my/6001165019296

✨ Pendidikan yang membina ilmu, membentuk akhlak dan mencorakkan masa depan.

Marilah bersama-sama kita memberikan asas pendidikan yang kukuh kepada generasi pewaris masa hadapan melalui sebuah sistem pendidikan yang mengintegrasikan al-Quran, ilmu agama, akademik dan pembangunan sahsiah secara holistik.

Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz
Melahirkan generasi berilmu, beriman, berakhlak dan berdaya saing.







Semoga Dipermudahkan, Calon SRU 2026 🌟📚Hari ini, 17 Ogos 2026, bermulalah peperiksaan percubaan buat murid-murid Tahun 6...
16/08/2026

Semoga Dipermudahkan, Calon SRU 2026 🌟📚

Hari ini, 17 Ogos 2026, bermulalah peperiksaan percubaan buat murid-murid Tahun 6, calon Sijil Rendah Ugama (SRU) 2026 yang akan berlangsung sehingga 21 Ogos 2026.

Anak-anak, hadapilah peperiksaan ini dengan tenang, yakin dan penuh tawakal. Bacalah soalan dengan teliti, jawab dengan bersungguh-sungguh dan gunakan segala ilmu serta persediaan yang telah dipelajari.

✨ Usaha dengan sebaiknya.
🤲 Doakan kejayaan.
❤️ Percayalah pada kemampuan diri.
☝️ Selebihnya, serahkan kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kekuatan mengingati ilmu yang telah dipelajari serta mempermudahkan setiap urusan sepanjang peperiksaan.

Selamat menduduki peperiksaan percubaan SRU 2026 buat semua calon Tahun 6!
💪 Buat yang terbaik, jangan mudah berputus asa.
🤲 Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

“Usaha, doa dan tawakal.” 🌷

SRU

🤝 Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru 2026Alhamdulillah, pada 15 Ogos 2026, telah berlangsung Program Permuafakatan ...
15/08/2026

🤝 Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru 2026

Alhamdulillah, pada 15 Ogos 2026, telah berlangsung Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz dalam suasana yang penuh harmoni dan bermakna.

Program ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa dalam usaha bersama membimbing, mendidik dan membentuk anak-anak agar menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan cemerlang.

Sesungguhnya, kejayaan pendidikan anak-anak bukanlah tanggungjawab sekolah semata-mata, tetapi merupakan hasil sinergi dan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. 🤝📚

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru serta seluruh warga Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz atas komitmen dan sokongan yang diberikan.

“Bersama Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Berhikmah.” 🌿✨






Selamat maju jaya kepada seluruh murid Tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pentaksiran Lisan Al-Quran SRU 2026 pada minggu...
03/08/2026

Selamat maju jaya kepada seluruh murid Tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pentaksiran Lisan Al-Quran SRU 2026 pada minggu ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kelancaran bacaan, keyakinan serta mempermudahkan segala urusan kalian. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, iringi dengan doa dan tawakal. Kami seluruh warga guru SRI Dar Al Huffaz sentiasa mendoakan kejayaan buat kalian.

Semoga berjaya dan semoga Allah memberkati setiap usaha kalian. 🤲

PERHIMPUNAN RASMISekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz SandakanPerhimpunan rasmi minggu ini berlangsung dalam suasana penuh...
03/08/2026

PERHIMPUNAN RASMI
Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz Sandakan

Perhimpunan rasmi minggu ini berlangsung dalam suasana penuh penghayatan .Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar murid.

Tahniah kepada Kelas Terbersih iaitu kelas Tahun 5 dan tahun 3 👏 Semoga menjadi contoh kepada semua.

Dijalankan juga sesi penyampaian hadiah bagi pencapaian terbaik subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Semoga murid-murid dapat meningkatkan lagi prestasi pada masa akan datang

📌 Pihak sekolah membuka ruang sumbangan bagi menyokong pembangunan sekolah

💳 Bank Muamalat
No. Akaun: 100300-0006-3714
Nama: Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz
Reference: Sumbangan Sekolah

Terima kasih atas sokongan semua. Semoga diberkati Allah SWT.

Address

Lot D3 & Lot D4, Fasa 1, Lorong Jaya 1, Bandar Labuk Jaya, Batu 7
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz Sandakan:

Shortcuts

Share