P184 Libaran STAR Sabah GRS

P184 Libaran STAR Sabah GRS Penyelaras Parti STAR Sabah zon Sandakan
Mohd Ridzuwan bin Abidin

10/11/2025
Majlis Rumah terbuka Parti Star Sabah yang dirasmikan oleh YAB Datuk seri Dr Jeffrey Kitingan Presiden star Sabah Timbal...
03/04/2025

Majlis Rumah terbuka Parti Star Sabah yang dirasmikan oleh YAB Datuk seri Dr Jeffrey Kitingan Presiden star Sabah Timbalan ketua menteri 1 Sabah . Turut hadir Ketua Bahagian Star Sabah sg sibuga Mohd Ridzuwan Abidin.
Selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada umat Islam,Dan chinese komuniti Sandakan.

Majlis berbuka puasa bersama uppm Sandakan
23/03/2025

Majlis berbuka puasa bersama uppm Sandakan

PBSTAR: GABUNGAN KUASA ORANG ASAL SABAH MENUJU PRN17Dunia politik Sabah bakal mengalami perubahan besar! Dua parti utama...
17/03/2025

PBSTAR: GABUNGAN KUASA ORANG ASAL SABAH MENUJU PRN17

Dunia politik Sabah bakal mengalami perubahan besar! Dua parti utama yang memperjuangkan hak masyarakat peribumi, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), kini bersetuju untuk bergabung dalam satu entiti baharu yang lebih kuat – PBSTAR (Parti Bersatu Sabah Tanah Airku).

Penggabungan ini bukan sekadar penyatuan parti, tetapi satu strategi politik besar yang akan memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) hujung tahun ini.

“TIADA LAGI PECAH BELAH, SABAH UNTUK SABAHAN!”

Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, mengesahkan bahawa usaha ini telah lama dirancang dan kini memasuki fasa akhir sebelum dimuktamadkan secara rasmi.

“Kami mahu percepatkan proses ini sebelum pilihan raya. PBS telah bersetuju untuk saya memimpin gabungan ini,” katanya dalam satu wawancara eksklusif.

Beliau turut menegaskan bahawa model penyatuan ini telah diuji di Tambunan, dengan dirinya sebagai ketua bahagian dan Datuk Daniel Kinsik dari PBS sebagai timbalan.

“Kita mahu elakkan perpecahan undi dalam kalangan masyarakat orang asal Sabah. Dengan PBSTAR, rakyat diberi pilihan lebih kukuh, dan GRS akan menjadi lebih stabil sebagai kerajaan negeri,” jelasnya.

PBSTAR: SIMBOL PENYATUAN ORANG ASAL SABAH

PBSTAR bukan hanya sekadar gabungan dua parti, tetapi lambang kesepaduan semua anak negeri Sabah tanpa mengira kaum, agama atau budaya.

“PBSTAR bukan hanya untuk masyarakat Kadazan-Dusun-Murut-Rungus (KDMR), tetapi terbuka kepada semua rakyat Sabah. Politik negeri ini harus dikawal oleh rakyat Sabah sendiri, tanpa pengaruh luar,” tegas Dr. Jeffrey.

Langkah ini disifatkan sebagai satu titik perubahan besar dalam landskap politik Sabah, memecahkan dominasi politik yang selama ini dikuasai oleh parti-parti luar.

PBSTAR PERKUKUH GRS MENUJU PRN17

Penggabungan ini bukan sahaja mengukuhkan barisan GRS, tetapi juga memberi kelebihan besar kepada gabungan tersebut dalam menghadapi PRN17.

“Ini adalah kesinambungan daripada kerjasama erat antara PBS dan STAR sejak PRN16 lalu. Kini, kita bergerak ke hadapan sebagai satu entiti yang lebih mantap,” katanya.

Beliau menekankan bahawa PBSTAR akan menjadi tonggak baharu dalam memastikan kestabilan politik negeri, memberikan Sabah kepimpinan yang benar-benar berpaksikan rakyat tempatan.

RUNDINGAN DIPERCEPAT, STRATEGI DIPERKUKUH

Jawatankuasa khas antara PBS dan STAR telah ditubuhkan bagi mempercepatkan perbincangan mengenai struktur dan mekanisme penggabungan.

Nama rasmi parti baharu ini masih dalam perbincangan, namun PBSTAR telah dipersetujui sebagai cadangan utama.

“Kami juga telah memaklumkan pucuk pimpinan GRS mengenai perkara ini. Maklum balas setakat ini sangat positif, dan ini mungkin membuka ruang untuk parti lain turut serta,” kata Dr. Jeffrey.

FOCUS PBSTAR: HAK SABAH & PEMBANGUNAN MENYELURUH

Dengan pelancaran PBSTAR, Dr. Jeffrey yakin Sabah akan memiliki suara yang lebih lantang dalam rundingan dengan kerajaan Persekutuan, terutama berkaitan:

✅ Hak-hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
✅ Royalti minyak dan gas
✅ Pelaksanaan pembangunan saksama di seluruh negeri

“PBSTAR akan membawa suara rakyat Sabah dalam memperjuangkan hak negeri ini. Kami mahu pastikan semua kaum di Sabah menikmati arus pembangunan yang sama,” katanya.

Lebih daripada sekadar gabungan politik, PBSTAR adalah satu gerakan rakyat Sabah untuk menentukan haluan sendiri tanpa dipengaruhi oleh kuasa luar.

PBSTAR: KEBANGKITAN POLITIK TEMPATAN

PBS, yang diasaskan pada tahun 1985, pernah menjadi parti dominan dalam politik Sabah. Namun, sejak awal 1990-an, perpecahan dan budaya lompat parti telah melemahkan kedudukan politik peribumi.

Kini, dengan penubuhan PBSTAR, satu era baharu bakal bermula—era di mana politik Sabah dikendalikan oleh rakyat Sabah sendiri.

“Inilah masanya kita menentukan masa depan kita sendiri. PBSTAR adalah simbol penyatuan ini,” tegas Dr. Jeffrey.

Dengan PBSTAR menjadi komponen utama GRS, harapan semakin tinggi bahawa gabungan ini mampu meraih kemenangan besar dalam PRN17, memastikan Sabah kekal stabil dan makmur di bawah kepimpinan anak jati negeri.

“Kami percaya, dengan PBSTAR, rakyat Sabah akan kembali bersatu. Inilah masa kita, anak negeri Sabah, menentukan arah tuju tanah air kita sendiri,” katanya penuh keyakinan.

PBSTAR bukan sekadar gabungan parti—ia adalah lambang kebangkitan rakyat Sabah!

-sumber starsabah.org
-mediaSTARTambunan

29/01/2025

Sandakan, 27 Januari – Sempena Tahun Baru Cina yang kian menjelang, Ketua Bahagian Sungai Sibuga, Mohd Ridzuan, bersama Ahli Chinese Task Force STAR Sabah, Isaac Wong, telah mengunjungi tiga media utama berbahasa Cina di daerah Sandakan bagi menyampaikan limau mandarin sebagai simbol perpaduan dan...

Bersama pemimpin kanan yg hebat2 dalam parti star sabah
01/12/2024

Bersama pemimpin kanan yg hebat2 dalam parti star sabah

28/07/2024

Address

Libaran Sandakan
Sandakan
90000

Telephone

+601159097639

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P184 Libaran STAR Sabah GRS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category