17/08/2026
๐ Perhimpunan Mingguan PPNI
๐๏ธ Selasa, 18 Ogos 2026
๐ Perkarangan Pondok Pesantren Nurul Ihsan
ุจูุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
ู
Alhamdulillah, Perhimpunan Mingguan PPNI telah berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian yang bermanfaat.
Majlis dikendalikan oleh Pengacara Majlis, Putri Nur Syazwani binti Jabir.
Tazkirah telah disampaikan oleh Siti Zulaikha binti Roslan dengan tajuk โKelebihan Selawatโ. Beliau mengingatkan para pelajar tentang keutamaan berselawat ke atas Rasulullah SAW serta menggalakkan agar amalan tersebut diperbanyakkan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, Penolong Ketua Pengawas turut menyampaikan nasihat agar para pelajar sentiasa memperbanyakkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT, sama ada dalam keadaan senang mahupun susah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Mohd Aiman bin Abdullah.
โจ Semoga pengisian pada kali ini menjadi peringatan buat kita semua untuk memperbanyakkan selawat, mensyukuri nikmat Allah SWT dan sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.