Sekolah Agama Rakyat Taman Samudera

Sekolah Agama Rakyat Taman Samudera SAR Taman Samudera ini telah mula beroperasi pada 04hb Mac 2002.

16/12/2023

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ

06/10/2022

Alhamdulillah.

Tahniah adik Ammar Arsyad B. Rafezan (alumni SAR Taman Samudera). Tahniah juga kepada En. Rafezan & Isteri.

Semoga kita semua direzekikan zuriat keturunan yang soleh/solehah dan istiqamah dalam menjadikan AlQuran sebagai pelita, teman dan pegangan dalam kehidupan di dunia & di akhirat, insha’Allah aamiin Ya Robbal’aalamiin 🤲🏼

Program Sempena Maal Hijrah 1444Alhamdulillah,Telah berlangsung pertandingan Bercerita, Azan & Iqomah dengan jayanya pad...
03/09/2022

Program Sempena Maal Hijrah 1444

Alhamdulillah,

Telah berlangsung pertandingan Bercerita, Azan & Iqomah dengan jayanya pada 1 dan 2 September 2022 (Khamis & Jumaat), bersamaan 4 dan 5 Safar 1444 hijriah.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada murid-murid Sekolah Agama Rakyat Taman Samudera sebagai salah satu wadah mengasah bakat dalam diri masing-masing.

Semoga anak-anak SAR Taman Samudera dapat menyertai lagi program-program sebegini pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

🫶

07/08/2022

Ucapan Salam Maal Hijrah 💕

06 Ogos 2022, bersamaan 8 Muharram 1444h / SabtuAlhamdulillah,Telah berlangsung majlis sambutan awal Muharram 1444 hijri...
07/08/2022

06 Ogos 2022, bersamaan 8 Muharram 1444h / Sabtu

Alhamdulillah,

Telah berlangsung majlis sambutan awal Muharram 1444 hijriah dan doa selamat di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Samudera, RK TLDM.

Majlis diserikan lagi dengan pertandingan mewarna anak-anak tahap 1 dan tazkirah daripada Al Fadhil Ustaz Abdullah Abd Gafur tentang peristiwa hijrah.

04/08/2022

الحمدلله 🤲🏼

04/08/2022

Alhamdulillah ‘ala kulli haal..

Telah berlabuh Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan pada 28 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut.

Kedua-dua peserta yang mewakili bahagian Sandakan dari Sekolah Agama Rakyat Taman Samudera telah dinobatkan sebagai Johan🥇 dalam kategori masing-masing iaitu Tilawah Al Quran (qariah) & Bercerita (perempuan). Alhamdulillah & setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada adik:

1) Aqilah Husna Bt. Mohd Sobrye
(Bercerita)
2) Fatimah AzZahra Bt. Mohd Nazri
(Tilawah Al Quran)

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang mewakili bahagian Sandakan kerana telah membuat persembahan sehabis baik. Menang atau kalah sudah menjadi adat dalam sesebuah pertandingan. Apa yang penting, pengalaman yang diperoleh itu yang paling berharga 😇.

In shaa Allah, tahun depan kita berusaha lagi 🤩

Link video Johan bercerita 👇🏼

https://youtu.be/v9q-ST6Vyr0

Catatan Majlis Ihtifal Ilmi  Peringkat Daerah Sandakan (MIIPDS) ✍🏼 Khamis, 23 Jun 2022 bersamaan 23 Zulkaedah 1443 hijri...
23/06/2022

Catatan Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Daerah Sandakan (MIIPDS) ✍🏼

Khamis, 23 Jun 2022 bersamaan 23 Zulkaedah 1443 hijriah

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah🤲🏼

Sekalung tahniah kepada semua peserta yang menyertai MIIPDS 2022/1443 pada hari ini kerana telah sehabis daya memberikan persembahan yang terbaik dalam 5 acara yang dipertandingkan iaitu, Tilawah Al Quran, Hafazan Al Quran, Maharah Qiraah Wal Kitaabah, Bercerita & Seni Khat 🥰

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan ibu bapa yang tanpa lelah memberikan sokongan & tunjuk ajar agar anak-anak semua dapat memberikan persembahan yang terbaik 👏🏽

Untuk anak-anak Sekolah Agama Rakyat Taman Samudera, alhamdulillah dengan keputusan 2 Johan & 3 tempat ketiga 🤲🏼

Kalah atau menang sememangnya adat pertandingan. Lebih dari itu, anda semua adalah juara kerana telah berjaya mewakili sekolah pada hari ini. Pengalaman itulah sebenarnya yang paling berharga.

Syabas & tahniah sekali lagi 🥳👏🏽

"a champion is someone who gets up, even when he can't"


18/05/2022

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin. Selamat hari guru 👋🏼🥰

17hb Mei 2022, Selasa. Bersamaan 16 Syawal 1443hAlhamdulillah wa syukurillah, Telah berlangsung sambutan hari raya aidil...
18/05/2022

17hb Mei 2022, Selasa. Bersamaan 16 Syawal 1443h

Alhamdulillah wa syukurillah,

Telah berlangsung sambutan hari raya aidilfitri & hari guru peringkat Sekolah Agama Rakyat Taman Samudera, Sandakan.

Syukran wa jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat. Guru-guru, para pelajar, ibu bapa & penjaga pelajar-pelajar sekalian atas usaha & kerjasama menyediakan juadah yang lazat serta menyiapkan anak-anak semua agar kelihatan anggun dan tampan berhari raya. Hanya Allah swt sahajalah yang selayaknya dapat membalas jasa kalian semua atas usaha ini, aamiin Ya Mujib 🤲🏼

Semoga kita semua sentiasa beroleh kejayaan dunia wal akhirah serta selalu dalam lindungan, rahmat & redha Allah swt, aamiin Ya Robbal’aalamin 🤲🏼




Dengan harapan dan doa, Allah lenyapkanlah covid19 dari muka bumi ini.. Rindu anak-anak SAR Taman Samudera. Semoga keada...
26/03/2020

Dengan harapan dan doa, Allah lenyapkanlah covid19 dari muka bumi ini.. Rindu anak-anak SAR Taman Samudera. Semoga keadaan pulih dengan lebih baik lagi, inshaaAllah..

آمين آمين يا الله

09/03/2020

Nasyid: Pertiwi Samudera (Tempat Ketiga)

Address

Taman Tsun Ngen, Batu 5, RK TLDM Taman Samudera
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 07:00 - 10:30
14:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 10:30
14:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 10:30
14:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 10:30
14:00 - 17:30
Friday 07:00 - 10:30
14:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Rakyat Taman Samudera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category