SMK Segaliud Sandakan - Rasmi

SMK Segaliud Sandakan - Rasmi Bersama Memburu Kegemilangan

✨KARNIVAL SENI & SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026✨Tarikh : 6 - 9 Ogos 2026Tempat : Kompleks...
10/08/2026

✨KARNIVAL SENI & SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026✨

Tarikh : 6 - 9 Ogos 2026
Tempat : Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Alhamdulillah Karnival ini sudah pun melabuhkan tirai untuk Peringkat Negeri Sabah. Untuk makluman semua seramai 9 orang pelajar dari SMK Segaliud telah terlibat untuk mewakili PPD Sandakan ke karnival ini. Seramai 22 Daerah berasrama telah berentap dalam satu pentas yang sama untuk kategori Tarian Joghee Kreasi & Nyanyian Duo Irama Malaysia pada kali ini.

Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudah, PPD Sandakan telah berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik & Johan bagi Kategori Nyanyian Duo Sekolah Menengah yang telah diwakili oleh Al-Fattah Zulquzaimie (3C) dan pasangan duetnya dari SMK Batu Sapi. Mereka akan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang pada hujung bulan ini.

Untuk Kategori Tarian Joghee Kreasi, anak didik ini sudahpun buat sehabis baik tetapi tahun ini rezeki tidak berpihak kepada kita untuk Top 5. InsyaAllah kita akan cuba lagi untuk tahun-tahun yang akan datang nanti. Teruskan memberi sokongan kepada anak-anak SMK Segaliud.

Syabas & Tahniah buat semua peserta & guru-guru pembimbing yang terlibat 🥳 Sudah sampai ke peringkat ini pun sudah menjadi kebanggaan buat warga sekolah dan daerah Sandakan. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kejayaan & memberikan sokongan untuk mereka semua 🤍

Selamat Maju Jaya untuk adik Al-Fattah Zulquzaimie & pasangan duetnya di Peringkat Kebangsaan nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan buat mereka berdua 🥰

"Bersama Memburu Kegemilangan"

[ KARNIVAL SENI & SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI 2026 ]Tarikh : 6/8/2026 (Khamis)Assalamualaikum dan Selam...
06/08/2026

[ KARNIVAL SENI & SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI 2026 ]

Tarikh : 6/8/2026 (Khamis)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, untuk makluman semua, sekolah SMK Segaliud yang mewakili daerah Sandakan untuk Karnival Seni & Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri 2026 akan menuju ke Kota Kinabalu.

Doakan semoga semuanya dipermudah dan semoga anak-anak didik ini memperoleh kejayaan disana.

Terima Kasih Semua 🤍.

Kontinjen ini mewakili PPD Sandakan.

"Bersama Memburu Kegemilangan"

[ TAMAT LATIHAN MENGAJAR ]Terima Kasih, Cikgu Masdidiratna! 🌸📚Setelah menamatkan tempoh latihan mengajar di sekolah ini,...
05/08/2026

[ TAMAT LATIHAN MENGAJAR ]

Terima Kasih, Cikgu Masdidiratna! 🌸📚

Setelah menamatkan tempoh latihan mengajar di sekolah ini, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Masdidiratna atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menjalani praktikal.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh di sini menjadi bekalan berharga untuk melangkah ke alam pendidikan sebagai seorang pendidik yang cemerlang, berwibawa dan berinspirasi.

Selamat maju jaya dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang guru. Semoga terus berjaya dan sentiasa dipermudahkan dalam setiap langkah.

Tidak dilupakan juga kepada Cikgu Fauziah selaku mentor dan guru pembimbing dengan menunjukkan selok-belok dan tunjuk ajar dalam dunia pendidikan.

Terima kasih atas segala sumbangan. Semoga bertemu lagi pada masa hadapan. ❤️

"Bersama Memburu Kegemilangan"

[ PERTANDINGAN KEMAHIRAN KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA) DAERAH SANDAKAN 2026 ]Salam sejahtera kepada semua ibu ba...
01/08/2026

[ PERTANDINGAN KEMAHIRAN KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA) DAERAH SANDAKAN 2026 ]

Salam sejahtera kepada semua ibu bapa / penjaga. Untuk makluman, sekolah kita telah menghantar pasukan KASPA dalam pertandingan kemahiran peringkat daerah.

Alhamdulillah, anak-anak Segaliud berjaya mendapat Johan Keseluruhan dalam pertandingan kali ini.

Pada kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada ibu bapa / penjaga yang memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak.

Tidak lupa juga ibu bapa / penjaga yang telah memberi sumbangan dalam bentuk air mineral dan wang tunai.

Akhir kalam, semoga pengalaman daripada perkhemahan ini dapat menjadi satu pengalaman berguna kepada anak-anak dan semoga ibu bapa / penjaga dapat sentiasa menyokong aktiviti yang disertai oleh anak-anak.

Berikut merupakan Keputusan Pertandingan dalam Pertandingan Kemahiran KASPA 2026:

1. Melawan Kebakaran Lelaki : Johan
2. Melawan Kebakaran Perempuan : Naib Johan
3. Menyelamat Lelaki : Naib Johan
4. Menyelamat Perempuan : Johan
5. Perawatan Awal Lelaki : Tempat ketiga
6. Perawatan Awal Perempuan : Johan

Keseluruhan : JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN KASPA 2026

Terima kasih atas sokongan dan doa semua guru.

✨PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMK SEGALIUD 2026 ✨Tarikh : 17 - 19 Julai 2026 (Jumaat - Ahad)~ Lanjutan gambar sep...
19/07/2026

✨PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMK SEGALIUD 2026 ✨

Tarikh : 17 - 19 Julai 2026 (Jumaat - Ahad)

~ Lanjutan gambar sepanjang perkhemahan berlangsung 😁

[ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMK SEGALIUD 2026 ]Tarikh : 17 - 19 Julai 2026 (Jumaat - Ahad)Hari ini tiba di har...
19/07/2026

[ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMK SEGALIUD 2026 ]

Tarikh : 17 - 19 Julai 2026 (Jumaat - Ahad)

Hari ini tiba di hari terakhir perkhemahan unit badan beruniform tahun 2026. Hari yang kita nantikan dengan pelbagai perasaan—antara gembira kerana dapat menamatkan perjalanan ini dengan jayanya, dan sedikit hiba kerana akan meninggalkan kenangan indah yang telah dicipta bersama.

Dalam tempoh perkhemahan ini, pelajar telah mempelajari banyak perkara. Pelajar telah diuji dari segi mental dan fizikal. Saya yakin mereka semua telah keluar dari zon selesa dan menemui kekuatan baru dalam diri masing-masing.

Pengalaman ini bukan sahaja telah mengajar mereka tentang kepentingan kerjasama dan disiplin, tetapi juga memperkukuhkan jati diri sebagai ahli badan beruniform yang berwibawa.

Semoga segala kenangan dan pelajaran yang diperoleh di sini akan terus segar dalam ingatan dan menjadi pemangkin untuk kita semua menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah memberikan komitmen dan dedikasi sepanjang perkhemahan ini.

Semoga perjalanan pulang kita selamat, dan hingga kita bertemu lagi di program-program akan datang. Selamat maju jaya kepada semua.

"Bersama Memburu Kegemilangan"

Address

Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud, Peti Surat 2594
Sandakan
90729

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30

Telephone

+601165750200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Segaliud Sandakan - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Segaliud Sandakan - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category