17/03/2020
Salam Sejahtera.
Kepada;
Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid
SMJK Tiong Hua Sandakan.
*PENUTUPAN SMJK TIONG HUA EKORAN PENULARAN WABAK COVID19*
Dengan penuh tanggungjawab, merujuk kepada *Perintah Kawalan Pergerakan* melalui *Perutusan Khas YAB Perdana Menteri* bertarikh 16 Mac 2020, jam 10.00 malam ekoran penularan *Virus COVID19* . Pihak pentadbiran sekolah telah mengambil keputusan penutupan sementara SMJK Tiong Hua mulai *18 hingga 31 Mac 2020*. Sekolah akan beroperasi semula pada *01 April 2020*.
Pihak pengurusan sekolah akan sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan situasi ini dan akan memaklumkan kepada tuan/puan (ibu bapa/penjaga murid). Walau bagaimanapun, tuan/puan janganlah berasa cemas kerana kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah dan tindakan bagi mengawal dan mengatasi permasalahan ini.
Sekian terima kasih.
Unit Pentadbiran
SMJK Tiong Hua
Sandakan.