Cikgu Harthono

Cikgu Harthono Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cikgu Harthono, Tutor/Teacher, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sandakan.

11/06/2026

Salam Jumaat

14/05/2026

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

رَبَّنَاۤ اِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَا دِيًا يُّنَا دِيْ لِلْاِ يْمَا نِ اَنْ اٰمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَاٰ مَنَّا ۖ رَبَّنَا فَا غْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّاٰتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْاَ بْرَا رِ
robbanaaa innanaa sami'naa munaadiyay yunaadii lil-iimaani an aaminuu birobbikum fa aamannaa robbanaa faghfir lanaa zunuubanaa wa kaffir 'annaa sayyi-aatinaa wa tawaffanaa ma'al-abroor

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;"
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 193)

“Pada awal abad ke-19, Singapura sebenarnya didiami majoriti orang Melayu dan komuniti tempatan Nusantara. Namun selepas...
11/05/2026

“Pada awal abad ke-19, Singapura sebenarnya didiami majoriti orang Melayu dan komuniti tempatan Nusantara. Namun selepas penjajahan British bermula pada tahun 1819, kemasukan besar-besaran buruh dan pedagang dari China mengubah landskap demografi p**au itu sedikit demi sedikit.

Dasar kolonial British membuka pelabuhan bebas, membawa masuk tenaga kerja asing untuk ekonomi lombong, perdagangan dan pembangunan bandar. Dalam beberapa dekad sahaja, pop**asi Cina meningkat mendadak sehingga akhirnya menjadi majoriti di Singapura.

Sejarah ini bukan sekadar soal kaum, tetapi bagaimana penjajahan, ekonomi dan migrasi membentuk identiti sesebuah negara. Dari sebuah p**au kecil majoriti Melayu… Singapura berubah menjadi negara moden majoriti Cina yang kita kenal hari ini.”

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk mengambil alih beberapa lagi entiti strategik daripada Kerajaan Persekutuan, s...
10/05/2026

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk mengambil alih beberapa lagi entiti strategik daripada Kerajaan Persekutuan, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan autonomi ekonomi serta kawalan terhadap aset penting negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata langkah itu selari dengan agenda memperluaskan hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, langkah itu akan dilaksana berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

"Sebab itu dalam tempoh enam tahun lalu, kita mengambil langkah mengukuhkan ekonomi dengan mengambil alih kuasa tenaga Empangan Hidroelektrik Bakun daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kita mengambil alih Pelabuhan Bintulu; mewujudkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan syarikat penerbangan AirBorneo; serta mengambil alih majoriti ekuiti bank komersial Affin Bank.

"Malah, banyak lagi yang kita hendak ambil alih daripada Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Kira-kira 3,000 pekerja daripada 34 kesatuan sekerja, hadir pada perhimpunan itu.

Bagaimanapun, Abang Johari tidak menjelaskan lanjut apa entiti strategik baharu yang akan diambil alih itu.

Katanya, pengambilalihan serta kewujudan banyak entiti strategik itu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, anak Sarawak akan diberikan latihan yang betul dengan memfokus kursus dalam bidang teknikal.

"Mulai tahun ini, Kerajaan Sarawak menawarkan 64 program di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Sarawak untuk melahirkan anak Sarawak yang pakar dalam bidang sains, kewangan serta undang-undang baharu, termasuk undang-undang siber," katanya.

Sementara itu pada majlis sama, beliau turut melancarkan 'Job Sarawak', iaitu platform pekerjaan rasmi Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat negeri ini mendapatkan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan padanan kerjaya dengan majikan tempatan.

Inisiatif itu adalah sebahagian usaha memperkukuhkan pembangunan modal insan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Sarawak, khususnya dalam sektor strategik.

Kredit sumber: Berita Harian

07/05/2026

Salam Jumaat

KOTA KINABALU: Kegiatan penyambungan elektrik secara haram atau “curi karen” di Sabah kini semakin membimbangkan apabila...
07/05/2026

KOTA KINABALU: Kegiatan penyambungan elektrik secara haram atau “curi karen” di Sabah kini semakin membimbangkan apabila sambungan tanpa kebenaran dikesan berleluasa terutama di kawasan setinggan dan premis haram.

Selain mencuri bekalan elektrik untuk kegunaan sendiri, ada pihak dipercayai turut menjadikan kegiatan ini sebagai sumber keuntungan dengan menjual semula bekalan elektrik secara haram kepada penghuni lain.

Pendawaian tidak selamat, kabel berselirat dan sambungan terus ke talian utama turut meningkatkan risiko kebakaran besar serta mengancam nyawa penduduk.

Di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pesalah.

Antara peruntukan utama ialah:

1. Seksyen 61(1) dan 61(3) — mencuri atau menggunakan bekalan elektrik secara haram boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta dan penjara sehingga 10 tahun.

2. Kesalahan berulang p**a boleh membawa hukuman lebih berat termasuk denda sehingga RM5 juta.

3. Individu yang didapati melakukan sambungan tanpa kebenaran atau memintas meter elektrik turut boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk penjara.

4. Di bawah Seksyen 8(1)(b), mana-mana pihak yang menjual atau membekalkan elektrik tanpa lesen sah juga boleh didenda sehingga RM1 juta serta dipenjara sehingga 10 tahun.

Walaupun hukuman berat telah diperkenalkan, kegiatan “curi karen” dilihat masih berlaku secara terbuka sehingga menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan di lapangan.

Isu ini bukan sahaja menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada negeri, malah menjadikan kawasan penempatan haram sebagai “bom jangka” yang boleh mencetuskan tragedi kebakaran pada bila-bila masa.

KOTA KINABALU: Ag Mohd Tahir Mohd Talib bersama isterinya Fauziah Piut serta bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri,...
07/05/2026

KOTA KINABALU: Ag Mohd Tahir Mohd Talib bersama isterinya Fauziah Piut serta bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri, Lim Lam Beng akan mengetahui nasib mereka pada 19 Mei ini sama ada didapati bersalah atau dibebaskan daripada pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit dan barangan mewah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat menetapkan tarikh keputusan itu selepas mendengar hujahan akhir pihak pembelaan di Kota Kinabalu, dengan hujahan bagi Lim didengar pada Rabu manakala hujahan Ag Mohd Tahir dan Fauziah berlangsung pada Selasa.

Ag Mohd Tahir, 63, berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Fauziah, 61, p**a menghadapi 19 pertuduhan di bawah seksyen sama.

Pasangan itu turut berdepan dua pertuduhan bersama membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta selain pemilikan pelbagai barangan mewah yang dipercayai hasil aktiviti haram.

Sementara itu, Lim, 72, menghadapi empat pertuduhan melibatkan pemilikan sebuah Toyota Land Cruiser, wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang dipercayai diperoleh daripada aktiviti menyalahi undang-undang.

Menurut pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk sebuah pejabat di Kota Kinabalu, sebuah rumah di Sembulan dan beberapa cawangan bank antara 4 Oktober hingga 8 November 2016.

Ketiga-tiga tertuduh pertama kali didakwa pada 29 Disember 2016 sebelum perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018. Namun, prosiding berdepan kelewatan susulan pandemik COVID-19 serta beberapa permohonan interlocutori.

Pihak pendakwaan menutup kes pada 16 Mei 2024 selepas memanggil seramai 46 saksi. Pada 4 Disember 2024, mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga tertuduh membela diri.

Ag Mohd Tahir memulakan pembelaannya pada 30 April 2025 dan memanggil 12 saksi pembelaan termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Joseph Pairin Kitingan, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Raymond Tan Shu Kiah, selain dua bekas setiausaha tetap dan dua adiknya.

Fauziah p**a memberi keterangan tanpa bersumpah pada 26 September 2025 manakala Lim mengemukakan pembelaannya pada 22 Oktober 2025.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah bersama pasukan peguamnya, sementara Lim diwakili Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Kelvin Wong. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat dan Haresh Prakash Somiah.

TERKINI | Isu skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kembali menjadi perhatian apabila bebera...
06/05/2026

TERKINI | Isu skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kembali menjadi perhatian apabila beberapa aktivis menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan kes yang dilihat semakin perlahan dan tidak menyeluruh. Mereka turut memberi bayangan kemungkinan penganjuran satu lagi himpunan besar sebagai desakan kepada...

[Berita penuh di ruangan komen]

Address

Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Harthono posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category