25/04/2026
近日,位于Kampung Bahagia发生的一场火灾,令数户家庭顿失家园,其中包括4位就读于政民幼儿园的幼生。灾难无情,人间有爱。为减轻受灾家庭的负担,政民幼儿园董事部迅速展开援助行动,向这4位幼生捐赠上学所需用品,包括园服、运动衣、书包、校鞋等基本学习与生活物资。
2026年4月23日(星期四),黄丽萍老师代表董事部,亲自将上述捐赠物资移交到4位幼生及其家长手中。现场气氛温馨感人,家长们对校方的关怀与援助深表感激。对于刚经历火灾打击的孩子们而言,这不仅是物质上的支持,更是一份温暖的鼓励,让他们能够安心继续学习生活。
与此同时,园方也特别感谢社会各界关怀人士慷慨解囊,捐赠儿童及成人衣物,为受灾家庭提供了及时的生活支援。这份来自社会的爱心,不仅缓解了灾民的燃眉之急,更让他们在困境中感受到人间温情。
政民幼儿园董事部表示,教育不仅在于知识的传授,更在于对孩子们身心的关怀。在社区遭遇困难时,校方有责任伸出援手,与家长及社会共同守护孩子的成长环境。
此外,董事部也呼吁社会各界持续关注受灾家庭的需要,携手传递爱心,让温暖延续。相信在大家的关怀与支持下,这些孩子能够早日走出阴霾,重拾笑容,继续在求学道路上稳步前行。
此次善举不仅体现了政民幼儿园对学生的关爱,也展现了社区团结互助的精神,为社会树立了良好的榜样。
Baru-baru ini, satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia telah menyebabkan beberapa keluarga kehilangan tempat tinggal, termasuk 4 orang murid dari Tadika Cheng Min. Dalam menghadapi musibah ini, pihak Lembaga Pengarah Tadika Cheng Min telah tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga yang terjejas.
Sebagai usaha membantu, pihak tadika telah menyumbangkan keperluan persekolahan kepada 4 orang murid tersebut, termasuk pakaian seragam, pakaian sukan, beg sekolah dan kasut sekolah.
Pada 23 April 2026 (Khamis), Cikgu Wong Lai Ping selaku wakil Lembaga Pengarah telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada murid-murid bersama ibu bapa mereka. Suasana penyerahan berlangsung dengan penuh rasa prihatin dan menyentuh hati. Para ibu bapa turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan.
Selain itu, pihak tadika juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai dan para penyumbang yang prihatin atas sumbangan pakaian kanak-kanak dan dewasa kepada keluarga yang terjejas. Sumbangan ini bukan sahaja membantu dari segi keperluan harian, malah memberi semangat kepada mangsa untuk terus bangkit daripada kesulitan.
Pihak Lembaga Pengarah Tadika Cheng Min menegaskan bahawa pendidikan bukan sekadar penyampaian ilmu, malah merangkumi aspek kebajikan dan kesejahteraan murid. Dalam saat komuniti berdepan kesukaran, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk saling membantu dan memastikan kebajikan kanak-kanak sentiasa terpelihara.
Sehubungan itu, pihak tadika turut menyeru orang ramai agar terus menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas, agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dalam masa terdekat.
Usaha murni ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan pihak tadika terhadap murid-muridnya, malah turut memperlihatkan semangat perpaduan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.