SK PARIS 3

SK PARIS 3 Facebook rasmi SK PARIS 3 KINABATANGAN, SABAH.

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KINABATANGANGuru pengiring:cikgu GGcikgu ConstPencapaian:MUHAMMAD FAKHRUL SYAHMI BIN SUHAIP...
12/02/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KINABATANGAN
Guru pengiring:
cikgu GG
cikgu Const
Pencapaian:
MUHAMMAD FAKHRUL SYAHMI BIN SUHAIPA(JOHAN🥇)
MUHAMMAD YASDAN BIN YUNUS(KETIGA🥉)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah mewakili SKP3 dalam kejohanan ini. Terima kasih kepada barisan pentadbir,guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan. Semoga lebih banyak kejayaan dilakar pada masa akan datang.

Alhamdulillah, Majlis Watikah Pelantikan dan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2026 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling den...
11/02/2026

Alhamdulillah, Majlis Watikah Pelantikan dan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2026 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM SK Paris 3 telah berjaya dilaksanakan pada *3 Februari 2026 (Selasa)*.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Penghargaan khas turut diucapkan kepada Inpektor Penjara Bukhari (Pegawai Penjara Lahad Datu) atas perkongsian ceramah disiplin serta Cikgu Royle (GBK SMK Paris) atas pengendalian slot LDK yang sangat bermakna. 🌸

Perkemahan pada 14–15 September lalu di SK Paris 3 berlangsung penuh meriah dengan penglibatan ahli kelab, persatuan dan...
20/11/2025

Perkemahan pada 14–15 September lalu di SK Paris 3 berlangsung penuh meriah dengan penglibatan ahli kelab, persatuan dan unit beruniform. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memupuk disiplin, semangat kerjasama dan nilai kepimpinan dalam kalangan peserta. Suasana ceria serta semangat berpasukan jelas terpancar sepanjang program.

Pengalaman bermakna ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah, malah memberi peluang kepada murid untuk mengasah potensi diri melalui cabaran yang disediakan. Kenangan indah yang tercipta pasti menjadi inspirasi untuk terus melangkah maju dengan jati diri unggul.

Sebagai usaha memperkukuh persediaan murid menghadapi UASA, SK Paris 3 telah menganjurkan Klinik UASA 2025 pada 30 Septe...
14/10/2025

Sebagai usaha memperkukuh persediaan murid menghadapi UASA, SK Paris 3 telah menganjurkan Klinik UASA 2025 pada 30 September hingga 2 Oktober 2025, bertempat di dewan sekolah.

Program ini melibatkan semua murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang bakal tiba, serta murid Tahun 3 sebagai pendedahan awal menjelang kemasukan ke Tahap 2 tahun hadapan.

Sepanjang klinik, murid diberi pendedahan terhadap format soalan UASA, teknik menjawab, dan tips penting bagi subjek-subjek teras. Kehadiran penceramah luar sekolah turut memperkaya program dengan ilmu dan motivasi yang bermakna untuk para pelajar.

Semoga usaha ini menjadi pembakar semangat buat murid-murid untuk lebih bersedia dan yakin menghadapi ujian yang akan datang. Teruskan usaha, teruskan belajar! 🌟💪

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat Fasa 2 peringkat SK Paris 3 yang berlangsung pada 9 Oktober yang lalu telah berjalan de...
14/10/2025

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat Fasa 2 peringkat SK Paris 3 yang berlangsung pada 9 Oktober yang lalu telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan. 🌙✨

Program ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman serta amalan solat dalam kalangan murid-murid melalui bimbingan secara teori dan praktikal. Dari wuduk hingga bacaan dalam solat, semuanya dipelajari dengan penuh minat dan kesungguhan.

Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi amalan berterusan, dan membentuk anak-anak yang rajin bersolat serta menghargai tuntutan agama dalam kehidupan seharian.

Hari Sukan Negara yang berlangsung pada 11 Oktober lalu berjaya diadakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan!...
14/10/2025

Hari Sukan Negara yang berlangsung pada 11 Oktober lalu berjaya diadakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan! 💪✨

Antara aktiviti yang menceriakan pagi tersebut adalah senamrobik bersama warga SMK Paris, yang bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara dua sekolah, malah menyemarakkan semangat "Sukan Menyatukan Kita". 🤝🎉

Terima kasih kepada semua pelajar, guru, dan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga semangat ini terus hidup dan menjadi budaya sihat dalam komuniti kita.

Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Paris 3 telah diadakan pada 9 September 2025 dengan penuh meriah dan bermak...
10/09/2025

Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Paris 3 telah diadakan pada 9 September 2025 dengan penuh meriah dan bermakna. Acara bermula dengan perarakan diketuai Cikgu Haziq, diikuti bacaan Yassin dan Tahlil oleh Ustaz Hareez. Murid-murid turut menonton tayangan video animasi Bilal yang memberi pengajaran tentang keteguhan iman serta kasih sayang kepada Rasulullah SAW.

Program diteruskan dengan ucapan perasmian dan ceramah Maulid oleh Ustaz Luqman yang menekankan akhlak Rasulullah sebagai teladan kehidupan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta sebelum bersurai pada tengah hari.

⭐HARI SUKAN SK PARIS 3⭐Temasya sukan tahunan SK Paris 3 telah diadakan pada 21-23 Ogos tempohari. Acara sukan tahun ini ...
25/08/2025

⭐HARI SUKAN SK PARIS 3⭐

Temasya sukan tahunan SK Paris 3 telah diadakan pada 21-23 Ogos tempohari. Acara sukan tahun ini bermula dengan mencabar apabila hari pertama cuaca tidak menyebelahi dan hujan turun lebat pada awal pagi, menyebabkan acara bermula lewat.

Kali ini Rumah Biru tampil cemerlang merangkul tempat pertama juara keseluruhan, diikuti dengan Rumah Kuning, Hijau dan Merah.

Atlet-atlet rumah sukan berentap gigih bagi meraih mata dan pingat bagi rumah masing-masing. Ibu bapa juga memberikan sokongan yang padu kepada anak-anak semasa kejohanan. Semoga semangat kesukanan dan kerjasama sentiasa tersisip teguh dalam jiwa warga SK Paris 3.

Sejarah tercipta! ✨ Pertama kali SK Paris 3 melangkah ke Techlympics Zon Sabah 2025.Berikut merupakan kompilasi gambar d...
24/08/2025

Sejarah tercipta! ✨ Pertama kali SK Paris 3 melangkah ke Techlympics Zon Sabah 2025.

Berikut merupakan kompilasi gambar daripada sebelum pertandingan, semasa dan selepas pertandingan. Antara kategori yang diikuti termasuklah:

1) Robot Tempur - Separuh Akhir
2) EZ Rover Fast Coder
3) CSI
4) Pemikiran Komputasi EZbot

Semoga ini menjadi titik awal kepada lebih banyak pendedahan dan pencapaian SK Paris 3 dalam bidang STEM. 💪☺️


23/07/2025

📌 Lawatan Bimbingan Profesional Sekolah (BProS JPNS)
📅 22 Julai 2025
📍 SK Paris 3

Alhamdulillah, satu lawatan bimbingan yang bermakna telah berlangsung bersama pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan PPD Kinabatangan. Lawatan ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan amalan PdPC serta menambah baik aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Antara pengisian sepanjang sesi BProS ini:
🔹 Perbincangan strategik bersama barisan pentadbir sekolah
🔹 Pencerapan PdPC terhadap Cikgu Fatimah untuk subjek Sains
🔹 Cadangan penambahbaikan merangkumi aspek:
• Program PLaN
• Intervensi murid Tahun 1
• Penggunaan platform DELIMa
• Pelaksanaan PBD dan UASA
• Prasekolah
• Pendekatan STEM
• Program Pemulihan Khas
🔹 Penyemakan evidens fail panitia mata pelajaran
🔹 Sesi rumusan dan maklum balas profesional

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
✨ En. Hazmie Abdul Hamid (JPNS)
✨ En. Asiang Andud (Sektor Pembelajaran, PPD Kinabatangan)

Atas segala bimbingan, sokongan serta input yang amat bermakna demi kecemerlangan pendidikan di sekolah kami. Semoga segala teguran dan cadangan penambahbaikan dapat diambil tindakan demi manfaat bersama.

Address

Kampung Paris 3
Sandakan
90200

Telephone

089575209

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK PARIS 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share