13/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa bekas pelajar kami Sesi Julai 2024, MUHAMMAD AFHAM BIN ABD KADIR, Kursus Diploma Pengajaran TVET-i telah kembali ke rahmatullah pada 12 MEI 2026 (SELASA).
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Marilah kita sedekahkan Surah Al-Fatihah dan mendoakan agar keluarga beliau diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَـٰلِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِينَ)
Semoga Allah menerima segala amal baik Allahyarham dan memberi ganjaran syurga buatnya.