SMITI Imam Al-Bukhari, Sandakan, Sabah

SMITI Imam Al-Bukhari, Sandakan, Sabah Laman Rasmi Facebook SMITI Imam Al-Bukhari, Sandakan, Sabah

“PENDIDIK RABBANI, MALAYSIA SEJAHTERA”Di tangan seorang guru,kapur yang kecil mampu melakar masa depan sebuah bangsa.Di ...
16/05/2026

“PENDIDIK RABBANI, MALAYSIA SEJAHTERA”

Di tangan seorang guru,
kapur yang kecil mampu melakar masa depan sebuah bangsa.

Di bibir seorang murabbi,
lahir kata-kata yang bukan sekadar mengajar manusia membaca… Tetapi mengajar manusia mengenal Tuhan.

Namun hari ini,
kita sedang berhadapan zaman yang semakin canggih teknologinya,
tetapi semakin haus adabnya.
Ilmu berkembang pantas,
tetapi akhlak semakin dipandang ringan.

Anak-anak mampu menguasai dunia di hujung jari, namun semakin ramai yang kehilangan arah hidup dan tujuan akhirat.

Sebab itu dunia tidak hanya memerlukan pengajar,
tetapi dunia sedang merindui lahirnya kembali Pendidik Rabbani.

Pendidik yang mendidik dengan hati, mendidik dengan kasih sayang, menegur kerana Allah dan membina manusia bukan sekadar untuk berjaya di dunia, tetapi selamat hingga ke syurga.

Guru Rabbani bukan sekadar menyampaikan silibus, tetapi memikul amanah kenabian.
Membentuk jiwa. Menyelamatkan generasi.
Menjadi cahaya ketika masyarakat mula kehilangan pedoman.

Jika hari ini masih ada anak muda yang menjaga solatnya,
menghormati ibu bapanya,
mencintai ilmu dan agama…
di belakangnya pasti ada guru yang pernah bersabar mendidiknya dalam diam.

Sempena Hari Guru ini,
saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh para pendidik.
Teruslah menjadi obor yang menerangi zaman.
Kerana membina manusia jauh lebih besar nilainya
daripada membina bangunan dan kemajuan material.

SELAMAT HARI GURU | PENDIDIK RABBANI, MALAYSIA SEJAHTERA

UST TARMIZI YAHYA
Pengarah
SMITI Negeri Sabah
Pengerusi
Pertubuhan Pendidikan Integrasi Teras Islam Sabah (PERINTIS)

[JOM INFAK: SERENDAH RM1]Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sempena Jumaat yang mulia ini, SMITI Imam Al-Bukhari...
15/05/2026

[JOM INFAK: SERENDAH RM1]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena Jumaat yang mulia ini, SMITI Imam Al-Bukhari, Sandakan membuka peluang kepada ibu bapa dan masyarakat untuk turut bersama menyumbang secara sukarela, serendah RM1, bagi menampung keperluan semasa sekolah.

Setiap sumbangan merupakan sokongan bermakna dalam usaha membina generasi Qurani.

“MEMBINA GENERASI ISLAM RABBANI”

Jazakumullahu khairan atas sokongan dan keprihatinan anda.

Alhamdulillah, Kursus Asas Pengurusan SMITI Borneo telah pun melabuhkan tirainya✨Datang dengan penuh semangat, pulang me...
11/05/2026

Alhamdulillah, Kursus Asas Pengurusan SMITI Borneo telah pun melabuhkan tirainya✨

Datang dengan penuh semangat, pulang membawa ilmu, pengalaman berharga serta ukhwah yang semakin erat.

Sepanjang kursus ini, banyak perkongsian bermanfaat, gelak tawa dan pengajaran yang membuka mata serta menambahkan lagi rasa amanah sebagai seorang pendidik.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkukuh lagi pendidikan dan tarbiah buat anak-anak SMITI 💚📚

Yang jauh dirapatkan, yang biasa menjadi lebih mesra

------------------------------------

MAKLUMAN SUMBANGAN

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan kemudahan pendidikan yang lebih baik, pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi pembelian tanah dan pembangunan SMITI Imam Al-Bukhari.

Sumbangan boleh disalurkan secara terus di premis sekolah atau melalui sumbangan dalam talian ke akaun berikut:

SMITI IMAM AL-BUKHARI MANAGEMENT
Bank Muamalat
No. Akaun: 10030000738718

Sebarang pertanyaan (Sumbangan/Pendaftaran):
📞 017-2637308 (Pejabat)

[SOROTAN SUKAN MINGGUAN SMITI IMAM AL-BUKHARI]18 Zulkaedah 1447H | 6 Mei 2026Bah, mari kita saksikan aksi dan perkembang...
07/05/2026

[SOROTAN SUKAN MINGGUAN SMITI IMAM AL-BUKHARI]
18 Zulkaedah 1447H | 6 Mei 2026

Bah, mari kita saksikan aksi dan perkembangan sukan anak-anak murid kita sepanjang minggu ini — kecergasan fizikal adalah kunci kepada ketajaman minda!

Kita percaya bahawa pembangunan sahsiah pelajar perlulah seimbang. Selain memberi fokus kepada hafalan Al-Quran dan Akademik, aktiviti sukan turut diterapkan bagi membina disiplin serta ketahanan diri pelajar. Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja kuat rohaninya, malah cergas dan tangkas fizikalnya.

------------------------------------

MAKLUMAN SUMBANGAN

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan kemudahan pendidikan yang lebih baik, pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi pembelian tanah dan pembangunan SMITI Imam Al-Bukhari.

Sumbangan boleh disalurkan secara terus di premis sekolah atau melalui sumbangan dalam talian ke akaun berikut:

SMITI IMAM AL-BUKHARI MANAGEMENT
Bank Muamalat
No. Akaun: 10030000738718

Sebarang pertanyaan (Sumbangan/Pendaftaran):
📞 017-2637308 (Pejabat)

30/04/2026

[JOM BELAJAR BAHASA ARAB BERSAMA SMITI IMAM AL-BUKHARI]
12 Zulkaedah 1447H | 30 April 2026

Bah, mari kita bersama-sama pelajari Bahasa Arab — walaupun hanya 1 minit sehari, itu sudah memadai sebagai permulaan 😊

------------------------------------

MAKLUMAN SUMBANGAN

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan kemudahan pendidikan yang lebih baik, pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi pembelian tanah dan pembangunan SMITI Imam Al-Bukhari.

Sumbangan boleh disalurkan secara terus di premis sekolah atau melalui sumbangan dalam talian ke akaun berikut:

SMITI IMAM AL-BUKHARI MANAGEMENT
Bank Muamalat
No. Akaun: 10030000738718

Sebarang pertanyaan (Sumbangan/Pendaftaran):
📞 017-2637308 (Pejabat)

🏆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐌𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 🏆Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kontinjen   yang diwakili oleh ...
29/04/2026

🏆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐌𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 🏆

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kontinjen yang diwakili oleh SMITI Darul Hadis Sabah, Putatan & SMITI Al-Hafidz, Kota Kinabalu atas kejayaan membanggakan meraih dua (2) Johan dalam Mahrajan Ilmi SMITI Malaysia (MISMA) Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

-------------------------------------------

MAKLUMAN SUMBANGAN

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan kemudahan pendidikan yang lebih baik, pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi pembelian tanah dan pembangunan SMITI Imam Al-Bukhari.

Sumbangan boleh disalurkan secara terus di premis sekolah atau melalui sumbangan dalam talian ke akaun berikut:

SMITI IMAM AL-BUKHARI MANAGEMENT
Bank Muamalat
No. Akaun: 10030000738718

Sebarang pertanyaan (Sumbangan/Pendaftaran):
📞 017-2637308 (Pejabat)




Tahniah diucapkan kepada para peserta SMITI Imam Al-Bukhari atas pencapaian yang membanggakan dalam Mahrajan Ilmi SMITI ...
29/04/2026

Tahniah diucapkan kepada para peserta SMITI Imam Al-Bukhari atas pencapaian yang membanggakan dalam Mahrajan Ilmi SMITI Malaysia (MISMA) Peringkat Negeri Sabah sebelum ini!

Setinggi-tinggi tahniah kepada:
🥉 Adik Ubaidah Al Jarrah bin Safaruddin – Tempat Ketiga, Pertandingan Tilawah
🥉 Adik Mohammad Effendi Edulan bin Abdullah – Tempat Ketiga, Pertandingan Pidato Bahasa Melayu

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih dan kesungguhan para pelajar sendiri dalam menjalani latihan serta persediaan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan doa sepanjang penyertaan kontinjen Sandakan ke MISMA Negeri Sabah.

-------------------------------------------

MAKLUMAN SUMBANGAN

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan kemudahan pendidikan yang lebih baik, pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi pembelian tanah dan pembangunan SMITI Imam Al-Bukhari.

Sumbangan boleh disalurkan secara terus di premis sekolah atau melalui sumbangan dalam talian ke akaun berikut:

SMITI IMAM AL-BUKHARI MANAGEMENT
Bank Muamalat
No. Akaun: 10030000738718

Sebarang pertanyaan (Sumbangan/Pendaftaran):
📞 017-2637308 (Pejabat)

28/04/2026

[AKTIVITI "ENGLISH DICTATION" - TINGKATAN 1]
9 Zulkaedah 1447H | 27 April 2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Aktiviti English Dictation telah berlangsung bagi pelajar Tingkatan 1 bertempat di SMITI Imam Al-Bukhari.

Aktiviti ini merupakan inisiatif sekolah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui kaedah yang lebih menarik dan mampu meningkatkan minat mereka terhadap bahasa Inggeris.

Antara pengisian kelas:

1. Latihan mendengar (listening) melalui sesi dictation.
2. Teknik mengeja dan menulis ayat dengan betul.
3. Pembetulan kesalahan serta bimbingan berfokus oleh guru.

------------------------------------

MAKLUMAN SUMBANGAN

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan kemudahan pendidikan yang lebih baik, pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi pembelian tanah dan pembangunan SMITI Imam Al-Bukhari.

Sumbangan boleh disalurkan secara terus di premis sekolah atau melalui sumbangan dalam talian ke akaun berikut:

SMITI IMAM AL-BUKHARI MANAGEMENT
Bank Muamalat
No. Akaun: 10030000738718

Sebarang pertanyaan (Sumbangan/Pendaftaran):
📞 017-2637308 (Pejabat)

[KELAS ASAS CANVA SIRI 1 – PEMANTAPAN KREATIVITI DIGITAL]28 Syawal 1447H | 17 April 2026Alhamdulillah, segala puji bagi ...
18/04/2026

[KELAS ASAS CANVA SIRI 1 – PEMANTAPAN KREATIVITI DIGITAL]

28 Syawal 1447H | 17 April 2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada hari Jumaat yang lalu, telah berlangsung Kelas Asas Canva Siri 1 bertempat di NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) Cawangan Taman Mawar.

Program ini merupakan inisiatif sekolah untuk mendedahkan para pelajar kepada kemahiran reka bentuk digital, selaras dengan keperluan pendidikan masa kini yang mementingkan kreativiti dan inovasi.

Antara pengisian kelas:

- Pengenalan interface Canva.
- Teknik pemilihan warna dan tipografi.
- Asas penghasilan poster kreatif bagi tugasan sekolah.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) Cawangan Taman Mawar atas kerjasama dalam menyediakan kemudahan fasiliti dan sokongan sepanjang program ini berlangsung.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi demi pembangunan ilmu para pelajar.

------------------------------------

MAKLUMAN SUMBANGAN

Sumbangan untuk pembangunan prasarana digital dan pendidikan anak-anak boleh disalurkan ke:

SMITI IMAM AL-BUKHARI MANAGEMENT

Bank Muamalat
No. Akaun: 10030000738718

Sebarang pertanyaan (Sumbangan/Pendaftaran):

📞 017-2637308 (Pejabat)

Address

Sandakan
90000 TO 90999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMITI Imam Al-Bukhari, Sandakan, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share