11/11/2025
Semoga Guru kami dilindungi Allah taala..
Bersangka baik kepada Allah
(حسن الظن بالله)
bermaksud mempercayai dengan sepenuh hati bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan. sama ada nikmat yang menggembirakan atau ujian yang menyakitkan. semuanya datang daripada kasih sayang, hikmah, dan kebijaksanaan Allah SWT.
Orang yang beriman yakin bahawa setiap ketentuan Allah pasti ada rahmat di sebaliknya, walaupun kadang kala rahmat itu tersembunyi di sebalik ujian.
Firman Allah SWT:
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.
(Al-Baqarah 156)
Ayat ini mengajar kita untuk sentiasa redha dan berbaik sangka kepada Allah, kerana setiap ujian adalah jalan menuju rahmat dan pengampunan-Nya.
Hadis Qudsi
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
قال الله تعالى: أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه
إذا ذكرني
Allah berfirman:
Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku.
Di sini menegaskan bahawa apabila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan memberi sesuai dengan sangkaan itu. penuh kasih, rahmat dan kebaikan dari Allah Azza wajallah.