26/04/2024
Program Motivasi & Jati Diri 2024 di SRK St Monica Sandakan bersama Unit Bimbingan Kaunseling TMFS serta 10 orang pelajar Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) yang terpilih.
Objektif program ini adalah untuk pendedahan ilmu kepada para pelajar tahun 6 dalam persediaan minda ke arah pendidikan menengah. Selain itu, program kolabrasi ini juga bermanfaat buat Badan kepimpinan Pelajar MRSM TMFS dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan menyemai semangat untuk terus menyumbang idea serta tenaga kepada komuniti masyarakat khususnya daerah Sandakan.