POLITEKNIK SANDAKAN SABAH

POLITEKNIK SANDAKAN SABAH Satu-satunya Politeknik di Borneo yang Menawarkan Program Agroteknologi dan Teknologi Akuakultur

18/09/2026
18/09/2026
18/09/2026
3 HARI LAGI MENJELANG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026πŸ“… Tarikh Sidang 1 : 21 September 2026...
18/09/2026

3 HARI LAGI MENJELANG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026

πŸ“… Tarikh
Sidang 1 : 21 September 2026 (Graduan Sesi I 2024/2025)
Sidang 2 : 22 September 2026 (Graduan Sidang II 2024/2025)
Sidang 3 : 23 September 2026 (Graduan Politeknik Sandakan dan Politeknik Tawau Sabah)
Sidang 4: 24 September 2026 (Graduan Kolej Komuniti Zon Sabah)

πŸ“ Tempat
Dewan Rafflesia,
Politeknik Kota Kinabalu

Tahniah kepada semua graduan!
Semoga urusan persiapan konvokesyen anda dipermudahkan.






3 HARI LAGI MENJELANG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026

πŸ“… Tarikh
Sidang 1 : 21 September 2026 (Graduan Sesi I 2024/2025)
Sidang 2 : 22 September 2026 (Graduan Sidang II 2024/2025)
Sidang 3 : 23 September 2026 (Graduan Politeknik Sandakan dan Politeknik Tawau Sabah)
Sidang 4: 24 September 2026 (Graduan Kolej Komuniti Zon Sabah)

πŸ“ Tempat
Dewan Rafflesia,
Politeknik Kota Kinabalu

Tahniah kepada semua graduan!
Semoga urusan persiapan konvokesyen anda dipermudahkan.






18/09/2026

🌿 SUKARELAWAN POLYCC ZON SABAH CIPTA KENANGAN DI SALAROM TAKA

Bukan sekadar turun ke lapangan, tetapi hadir untuk menyumbang, berbakti dan membina hubungan bersama komuniti.

Selama empat hari di Kampung Salarom Taka, Nabawan, semangat kesukarelawanan disatukan menerusi penglibatan 12 institusi PolyCC Zon Sabah dalam pelbagai aktiviti khidmat komuniti bersama masyarakat setempat.

Turut menyumbang dalam program ini ialah wakil Politeknik Sandakan Sabah, Norman Jaidi @ Adrian dan Edward Torty Anak Danyco, di bawah penyeliaan Cik Allyvera Era Leminit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sukarelawan PolyCC Zon Sabah @ Salarom Taka 2026, khususnya komuniti Kampung Salarom Taka atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. 🀝🌱





PSS TURUN PADANG, BAWA KEPAKARAN AKUAKULTUR KE JOWO FARMLAHAD DATU, 17 September 2026 - Politeknik Sandakan Sabah (PSS) ...
18/09/2026

PSS TURUN PADANG, BAWA KEPAKARAN AKUAKULTUR KE JOWO FARM

LAHAD DATU, 17 September 2026 - Politeknik Sandakan Sabah (PSS) menerusi Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri telah melaksanakan Konsultasi Pembinaan Hatcheri Ikan di Jowo Farm, Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu.

Sesi konsultasi melibatkan tiga orang pensyarah bidang Teknologi Akuakultur, iaitu Ts. Imran Affandi bin Baki, Ts. Ruzaini Binti Ahmad dan Ts. Tommy Julian.

Konsultasi ini memberi tumpuan kepada penilaian kesesuaian tapak serta cadangan teknikal bagi perancangan pembinaan hatcheri ikan berdasarkan keadaan tapak dan keperluan operasi pihak pengusaha.

Selain menjadi ruang perkongsian kepakaran dalam bidang teknologi akuakultur, sesi ini turut memperlihatkan peranan PSS sebagai institusi TVET dalam menyumbang kepakaran kepada industri dan komuniti, di samping memperkukuh jaringan kerjasama dalam sektor akuakultur di Sabah.

Semoga hasil konsultasi ini dapat memberi manfaat kepada pihak Jowo Farm serta menyokong perancangan pembangunan aktiviti akuakultur di Tungku, Lahad Datu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jowo Farm atas kerjasama dan kesudian menerima sesi konsultasi ini.



16/09/2026

5 HARI LAGI MENJELANG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026 !

πŸ“… Tarikh
Sidang 1 : 21 September 2026 (Graduan Sesi I 2024/2025)

Sidang 2 : 22 September 2026 (Graduan Sidang II 2024/2025)

Sidang 3 : 23 September 2026 (Graduan Politeknik Sandakan dan Politeknik Tawau Sabah)

Sidang 4: 24 September 2026 (Graduan Kolej Komuniti Zon Sabah)

πŸ“ Tempat
Dewan Rafflesia,
Politeknik Kota Kinabalu

Tahniah kepada semua graduan!
Semoga urusan persiapan konvokesyen anda dipermudahkan.




πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎDari Bumi Di Bawah Bayu, Politeknik Sandakan Sabah mengucapkan Selamat Hari Ma...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dari Bumi Di Bawah Bayu, Politeknik Sandakan Sabah mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian terus menjadi kekuatan kita dalam membina Malaysia yang progresif dan sejahtera.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga Politeknik Sandakan Sabah πŸ‡²πŸ‡Ύ

15/09/2026

6 HARI LAGI MENJELANG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026

πŸ“… Tarikh
Sidang 1 : 21 September 2026 (Graduan Sesi I 2024/2025)
Sidang 2 : 22 September 2026 (Graduan Sidang II 2024/2025)
Sidang 3 : 23 September 2026 (Graduan Politeknik Sandakan dan Politeknik Tawau Sabah)
Sidang 4: 24 September 2026 (Graduan Kolej Komuniti Zon Sabah)

πŸ“ Tempat
Dewan Rafflesia,
Politeknik Kota Kinabalu

Tahniah kepada semua graduan!
Semoga urusan persiapan konvokesyen anda dipermudahkan.






πŸ“ SCENIC INNOVATION CONNECT – SANDAKAN EDITIONPoliteknik Sandakan Sabah (PSS) terus memperkukuh jaringan strategik bersa...
15/09/2026

πŸ“ SCENIC INNOVATION CONNECT – SANDAKAN EDITION

Politeknik Sandakan Sabah (PSS) terus memperkukuh jaringan strategik bersama industri dan pemegang taruh menerusi penglibatan Puan Asmahani Binti Asmara, Ketua Unit Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC) PSS sebagai Panel 1 dalam Forum bertajuk β€œKolaborasi Rentas Sektor, Bagaimana ESG Boleh Diimplementasikan di Lapangan?”

Program anjuran Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) ini menghimpunkan wakil daripada pelbagai sektor bagi membincangkan pendekatan praktikal dalam menerapkan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) dalam organisasi dan ekosistem masyarakat.

Dalam forum ini, Puan Asmahani mengetengahkan perspektif pendidikan TVET, khususnya kepentingan kolaborasi antara institusi pendidikan, industri, komuniti dan sektor awam dalam melahirkan bakat yang bukan sahaja kompeten, malah mempunyai kesedaran terhadap kelestarian, tanggungjawab sosial dan tadbir urus yang baik.

Penglibatan PSS dalam forum ini mencerminkan komitmen institusi dalam memperluas jaringan kerjasama serta menyokong pembangunan ekosistem TVET yang lebih mampan, inklusif dan berimpak.

Terima kasih SCENIC atas jemputan dan platform perkongsian yang bermakna ini.

Address

Education Hub, Jalan Sungai Batang, Batu 10
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6089228351

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLITEKNIK SANDAKAN SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share