25/01/2022
MODEL PENYURAIAN MURID SK MAWAR 2022
Kementerian Pendidikan memperkenalkan lima model sebagai panduan untuk pergerakan keluar masuk murid semasa sesi persekolahan bermula.
Model 1 adalah menggunakan ruang menunggu dalam kawasan sekolah dan Model 2 adalah laluan terarah dan sehala. Model 3 adalah kawalan keberadaan murid oleh polis, Rela, pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan ibu bapa dan guru, alumni, kumpulan sokongan ibu dan sukarelawan iaitu ibu bapa dan komuniti. Model 4 adalah penyuraian murid secara berperingkat manakala Model 5 adalah menunggu dalam bilik darjah atau sistem panggilan.
Justeru, penggabungan model boleh dilaksanakan mengikut situasi dan kesesuaian sekolah dengan pergerakan murid dari kelas ke pintu pagar sekolah adalah berdasarkan pada model penyuraian yang telah dipilih oleh pihak sekolah.
Setelah perbincangan yang rapi dengan analisa terperinci antara pihak pentadbiran SK Mawar bersama Jawatankuasa PIBG SK Mawar memutuskan untuk menggunapakai penggabungan Model 1 dan Model 2. Model ini dipilih adalah berdasarkan kesesuaian sekolah dengan pergerakan aliran trafik kenderaan ibubapa/penjaga dan penyediaan ruang menunggu murid yang strategik. Proses penyuraian ini berkuatkuasa 24 Januari 2022.