Fazri Classroom

Fazri Classroom Providing materials, educational videos for primary special education in learning disabilities

Having fun today with my year 1 turning their art into digital artwork today
08/04/2025

Having fun today with my year 1 turning their art into digital artwork today

20/03/2025
PAJSK sekolah anda ralat?Ralat datang dari kelas khas rendah tahap 1?Sedikit perkongsian untuk menyelesaikan ralat terse...
12/01/2025

PAJSK sekolah anda ralat?
Ralat datang dari kelas khas rendah tahap 1?

Sedikit perkongsian untuk menyelesaikan ralat tersebut. Harap perkongsian ini dapat membantu masalah yang dihadapi majoriti sekolah yang ada PPKI di Malaysia ini.

Kredit video daripada Cikgu Rizal Hamid

Semoga video ini dapat membantu semua guru yang terlibat bagi menyelesaikan masalah ralat yang melibatkan sekolah rendah (kelas khas rendah) bagi kelas tahap 1

Hari ini bersama anak anak murid menyediakan bahan untuk dipamerkan nanti pada 26 Oktober 2024 di Padang Bandar Sandakan...
23/10/2024

Hari ini bersama anak anak murid menyediakan bahan untuk dipamerkan nanti pada 26 Oktober 2024 di Padang Bandar Sandakan.

“to focus on what is strong, not what is wrong”Konsep ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan senario.Sebagai...
18/08/2024

“to focus on what is strong, not what is wrong”

Konsep ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan senario.Sebagai guru Pendidikan Khas yang menerima murid dengan pelbagai diagnos, konsep ini amatlah dekat dengan saya.

Sudah menjadi lumrah sebagai pendidik untuk bersifat menyelesaikan dan menyediakan intervensi kepada masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid namun konteks dan situasi tersebut agak berbeza dalam dunia Pendidikan Khas.

Pepatah di atas adalah sebahagian daripada falsafah kecil dalam Pendekatan Strength-Based, Talent-Focused yang saya terapkan dalam memastikan kemenjadian murid-murid Pendidikan Khas saya berada pada tahap optimum.

Sejak tiga tahun yang lalu, saya mengaplikasikan pendekatan inj dalam melihat sesuatu yang lebih baik dalam diri murid-murid Pendidikan Khas saya walau apa pun diagnos mereka. Pendekatan yang membantu merubah pemikiran saya sebagai pendidik ini memberi peluang kepada semua murid saya untuk berjaya pada bakat dan kekuatan masing-masing. Selain itu, pendekatan ini menghasilkan satu suasana dan persekitaran yang lebih baik.

Hakikatnya, idea pendekatan ini sangatlah mudah. sebagai manusia tiada siapa yg ingin dinilai berdasarkan kelemahan dan keburukan masing-masing. Jadi berlakulah adil kepada semua.

Begitulah cerita bahagian pertama ini. Nantikan bahagian seterusnya…

30/06/2024

As a teacher i believe it’s not who i am but what i do to my students that matters to me

All In One Price!Dapatkan SOFTCOPY modul penulisan sekarang juga. Sesuai untuk:✅ murid Pendidikan Khas✅ murid Pra Sekola...
23/06/2024

All In One Price!

Dapatkan SOFTCOPY modul penulisan sekarang juga.

Sesuai untuk:

✅ murid Pendidikan Khas
✅ murid Pra Sekolah
✅ murid Tahap 1 sekolah rendah
✅ kanak-kanak 5-7 tahun

Harga terhad kepada 20 pembeli awal sahaja

Sekiranya berminat untuk mengetahui maklumat lanjut dan ingin membeli, sila tekan link di bawah

https://wa.me/60139830914?text=AllInOnePrice

28/05/2024

[SLOT 1]🎙 SIMPOSIUM
“Sahabat OKU: Apakah Peranan Kita?”

Pernah anda berhadapan dengan OKU?

Apakah tindakan anda sebagai orang tipikal apabila berhadapan dengan OKU?

Sekiranya di dalam kelas atau tempat kerja anda mempunyai golongan OKU, apa yang perlu anda lakukan?

Jom, kita ikuti simposium karnival Inklufest yang bertajuk :

SAHABAT OKU : APAKAH PERANAN KITA?

Bersama panelis muda yang sentiasa menjadi sukarelawan bersama dengan golongan OKU.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda semua. 🤩Penyertaan adalah secara PERCUMA!

Jom sertai kami:
http://surl.li/ttpfy

Karya anak-anak murid vs karya cikgunya Alhamdulillah selesai akhirnya projek ke-4 anak anak murid untuk bulan ni….cikgu...
28/05/2024

Karya anak-anak murid vs karya cikgunya

Alhamdulillah selesai akhirnya projek ke-4 anak anak murid untuk bulan ni….cikgu nya pun tak nak kalah tumpang sekali ikut pameran nanti..

Sepanjang 7 tahun dalam perkhidmatan ini adalah penyertaan ke-4 anak anak murid saya dalam pertandingan. Tidak mensasark...
27/05/2024

Sepanjang 7 tahun dalam perkhidmatan ini adalah penyertaan ke-4 anak anak murid saya dalam pertandingan.

Tidak mensasarkan apa apa anugerah atau pingat. Hanya inginkan mereka faham mengenai dunia Problem-based learning mengikut aras mereka sebagai MBPK Pembelajaran

Harap harap yg membaca post ini dapat menyokong dan memberi “like” pada video youtube mereka 🙏

Dilema oh Dilema…Walaupun dah lepas 5 tahun pertama dalam perkhidmatan ada seperkara menghantui fikiran saya sejak beber...
14/05/2024

Dilema oh Dilema…

Walaupun dah lepas 5 tahun pertama dalam perkhidmatan ada seperkara menghantui fikiran saya sejak beberapa bulan ke belakangan ini.

Dilema nak fokus perkembangan kerjaya sebagai seorang guru atau nak fokus jaga kemenjadian murid. Apapun pilihannya salah satu perlu dikorbankan…

Nak dipendekkan cerita, jujur cakap lepas COVID 19 tempoh hari saya memilih untuk bertukar arah dan fokus kepada kemenjadian anak anak murid saya berbanding kemenjadian diri sendiri. Memang nekad dah ni. Apa-apa pun utamakanlah dulu anak murid.

Sebab nak fokus dengan kemenjadian anak anak murid banyak jugalah peluang untuk serlahkan diri terlepas macam pertandingan inovasi, ikut anugerah itu ini, bentang kajian, pergi bengkel sana sini dan lain lain lagi tapi kata orang itulah pakejnya bila kita sudah memilih pasti ada pilihan yg terpaksa kita korbankan

Nak seimbangkan dua benda ni sangat sukar jadi daripada kita kejar benda yang tak dapat baik kita jaga yang dikendong daripada bercicirankan…(ini baru cakap nak seimbangkan dua benda dalam kerjaya, belum lagi kerjaya dan keluarga….taubat dibuatnya🙏🙏)

Tapi tiga tahun pertama dalam kerjaya pun dah puas jadi gila dah…tahun pertama lagi dah ke sana ke sini bentang kajian, published paper, ikut pertandingan inovasi sana sini, berbengkel sana sini, kumpul pencapaian sana sini. Alhamdulillah banyak kenangan dan cerita. Jadi kira cukup dah lah tu kan

Setiap kali nampak iklan pertandingan atau apa apa, mesti ada sikit rasa rindu sebab sekarang sudah tidak seperti dulu. Bayangkan pagi training anak-anak murid, pastu sambung mengajar pastu petang training lagi dengan anak anak murid, sampai rumah pun hanya untuk makan dan tidur…keluar subuh balik Isyak begitulah kehidupan. Jangan mental ja kata orang

Apabila mengajar murid-murid Pendidikan Khas sekolah rendah ni faham-faham jelah struggles nya mcm mana. Inikan lagi nak menilik bakat dan kelebihan mereka. Kadang-kadang belum sempat menuai hasil, mereka dah naik ke tingkatan. Begitulah hakikatnya

Tapi Alhamdulillah semuanya berbaloi. Allah Maha Adil. Penat lelah terbayar.Biarpun anak-anak murid saya Pendidikan Khas tapi penglibatan mereka sehingga peringkat antarabangsa tiap tahun. Ada yang pernah johan kebangsaan, johan negeri, johan daerah, ada yang on the way nak jadi atlet Para Sukma dan ada yang dah terkenal sampai ke luar negara (cer teka siapa? 🤭)

Berbaloi tak pilih jalan ini?
Ya berbaloi, sebab fokus dengan kemenjadian anak anak murid ni lah rezeki banyak singgah dengan saya. Anugerah dari peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa semua dah dapat, APC pun dah dapat, GC pun dah dapat. Semua rezeki yg dapat dalam 6 tahun perkhidmatan ni banyak datang dari tempias jaga kemenjadian anak anak murid.

So my lesson was
Instead of trying to be superhuman, I become less super and more human.
Instead of becoming the teacher I want to be, I become the teacher my students need me to be

Another day another practice tapi tulah hbis kelas terus cabut satu demi satu pastu cikgu dia lah yg kena kemas 🤦🏼‍♂️Any...
17/04/2024

Another day another practice tapi tulah hbis kelas terus cabut satu demi satu pastu cikgu dia lah yg kena kemas 🤦🏼‍♂️

Anyway, for me this is milestones. Nak ajar murid Pendidikan khas kena banyak SABARRR

Ni baru praktis tak tahu lagi karya akhir untuk pameran mereka mcm mana nanti…harap harap menjadi lah percaturan tahun ke-4 kami

Address

Sandakan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fazri Classroom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fazri Classroom:

Shortcuts

Share

Category